//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://www.taxiklia.net

Asal usul Grab



Saya sebenarnya sudah malas nak ulas isu teksi dan grab ini. Namun bagi menjelaskan asal usul Grab saya setuju untuk buat satu ulasan.

Asal usul Grab.

Aplikasi Grab sebelum ini dikenali sebagai MyTeksi. lanya dikhususkan untuk pelanggan membuat tempahan atas talian tanpa perlu menelefon operator teksi seiring dengan teknologi.

MyTeksi yang diasaskan oleh cucu kepada pemilik Tan Chong (Nissan) mula bertapak di negara ini melalui kerjasama dengan syarikat Teksi Comfort yang dimiliki oleh Datuk Aslah.

Comfort teksi merupakan syarikat yang mendominasi pasaran di kawasan Subang Jaya.

Ketika mula diperkenalkan aplikasi MyTeksi, pemandu teksi berpusu-pusu merebut peluang. Keutamaan diberikan kepada pemandu Comfort terlebih dahulu. Ye lah, teknologi canggih kut.

Setiap pemandu teksi yang berdaftar dibekalkan dengan kod tersendiri.

Tugas mereka adalah memastikan setiap penumpang yang naik teksi sama ada dari tepi jalan atau tempahan ndividu akan memuat turun aplikasi MyTeksi pada telefon bimbit mereka.

Setiap satu muat turun di telefon bimbit penumpang dengan menggunakan kod yang diberi, melayakkan pemandu teksi mendapat bonus.

Dalam erti kata lain, komisen introducer Hari demi hari semakin rancak aplikasi MyTeksi. Semakin ramai pelanggan yang guna dan apabila mengetahui pemandu teksi mendapat pendapatan yang lumayan, pemandu yang tidak celik IT juga mula turut belajar menggunakannya.

Berjuta data penumpang dikutip oleh pihak MyTeksi. Setelah mereka yakin dengan data yang ada, syarikat Comfort teksi dipinggirkan. Pemandu masih setia pada MyTeksi.

Bayangkan, dalam seminggu, pemandu boleh dapat bonus yang besar dengan hanya melengkapkan jumlah trip tertentu.

Malapetaka besar menunggu pemandu teksi bila Uber masuk ke negara ini. Kerajaan melalui salah satu anak syarikat pelaburan negara membuat pelaburan di dalam Uber Ketika ini, MyTeksi mula agak goyah.

MyTeksi bergantung hanya kepada teksi tetapi sedangkan Uber menggunakan kereta orang awam yang tidak mempunyai permit perdagangan.

Operasi Uber langsung tidak diganggu. Mungkin kerana Kerajaan ada saham didalamnya.

Melihat pada operasi Uber yang tidak diganggu dan jumlah komisen yang tinggi diambil dari pemandu Uber, MyTeksi dalam diam mula merekrut kenderaan persendirian.

Bagi mereka ini adalah peluang untuk membuat duit. Dengan pemandu teksi mereka hanya ambil komisen bermula dari 50sen sehingga maksima RM4 bagi setiap trip Lain pula ceritanya bila mereka rekrut kenderaan persendirian .

Mereka caj pemandu komisen pada kadar 20 % dari tambang penumpang .

Hah Tepuk . More money coming. Jika anda tauke syarikat sudah pasti anda akan beri lebih tugasan kepada kereta persendirian dari teksi.

Betul tak?

Sebab apa?

Lebih pendapatan.

Hari demi hari, tugasan untuk pemandu teksi yang menggunakan aplikasi MyTeksi semakin berkurangan.

Kerana apa?

Kerana dalam aplikasi ditunjukkan kepada pelanggan perbandingan harga. Gilalah, kalau pelanggan ambil yang mahal.

Betul tak?

Jika dahulu dalam satu minit, akan ada 10 tugasan yang muncul di aplikasi pemandu teksi, namun kini 10 minit hanya 1 tugasan.

Lama - kelamaan ramai pemandu teksi yang menarik diri dari aplikasi ini kerana ianya sudah tidak membantu .

Dari 90 % kini hanya tinggal 14 % sepertimana kata nenek Nancy Syukri.

Sudah cukup dengan pemandu persendirian, MyTeksi dijenamakan semula dengan nama Grab.

Disini tidak timbul isu pemandu teksi menolak teknologi. Mereka terlebih dahulu menggunakan aplikasi ini didalam negara.(yang pertama app taxi mongger pada tahun 2011).

Bilamana Kerajaan meluluskan akta e-hailing, ia sepatutnya telah berkuatkuasa serta merta.

Seharusnya Kerajaan bertindak tanpa perlu memberi tempoh yang panjang kepada syarikat e-hailing yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan ini untuk mendaftarkan kenderaan mereka kepada pihak berkuasa.

Tempoh satu tahun yang diberi adalah sekadar wayang yang akan diulang tayang dari masa ke semasa.

Kenapa perlu satu tahun sedangkan operasi syarikat e-hailing ini telah berada dalam pasaran selama 5 tahun.

Data pemandu pada mereka sudah cukup untuk terus mengarahkan segala yang ada dalam akta dipatuhi. Dan saya tidak peduli pun pada apa yang bakal datang di masa mendatang kerana saya yakin, bila kita beri servis terbaik, kita akan sentiasa dicari.

Rezeki Allah itu cukup luas. Insya-allah dengan doa dari emak, anak isteri, keluarga serta kawan-kawan, Allah akan mudahkan rezeki saya. Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal.

Abang Teksi
Brown Eyes Brown Cab
Shah Alam
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome