![]() |
taxi watch atau taxi monger adalah e-hailing pertama di gunakan oleh pemandu teksi sejak 2012 lagi. |
![]() |
penjenaman semula oleh taxi monger |
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
Assalamualaikum Datuk Seri.
Terlebih dahulu ingin saya memohon maaf kiranya ada catitan dibawah ini menyinggung DS.Saya adalah rakyat Malaysia yang bertugas sebagai Duta Kecil @ pemandu teksi.
DS,sewaktu pembentangan bajet 2017,saya tidak sedikit pun merasa terkejut dengan pengumuman DS mengajak rakyat untuk menjadi pemandu UBER.Keputusan DS telah kami jangkakan kerana kami mengetahui bahawa salah sebuah syarikat pelaburan negara iaitu Khazanah Nasional dan juga KWAP telah pun melabur di dalam syarikat(UBER) yang telah terbukti rugi di seluruh dunia (sehingga kini).Namun,saya agak terkilan kerana DS mengajak rakyat melanggar segala undang undang yang telah dibuat oleh Parlimen di mana DS merupakan ketuanya.Saya senaraikan beberapa point penting disini.
A.AKTA
Begitu banyak akta yang telah dilanggar antaranya :
1.AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (APAD)2010 yang mana disana jelas mengatakan kenderaan persendirian TIDAK dibenarkan menjalankan aktiviti mengambil penumpang dan menerima bayaran tambang.
2.AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1976
3.AKTA INSURAN
4.AKTA PERBANKAN
Bagi tujuan membeli kenderaan sebagai persendirian atau komersil.
Adakah segala akta ini telah diusulkan,dibahaskan,dipinda dan dilulus bagi membolehkan perkhidmatan kereta sapu beroperasi ?
B.E-HAILING
DS,mengajak pemandu Teksi menggunakan perkhidmatan e-hailing sebagai satu medium baru.Tahukah DS bahawa sebelum adanya UBER dan GRABCAR,kami pemandu teksi telah terlebih dahulu menggunakan perkhidmatan e-hailing (taxi watch atau taxi monger digunakan sejak 2012)ini selaras dengan kemajuan dunia teknologi.Pada mula segala berjalan dengan lancar namun apabila melihat Kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap kereta sapu profesional maka kami telah di sisihkan.Ini adalah kerana pihak mereka mendapati bahawa lebih mudah bagi mereka mencari keuntungan dengan menggunakan kenderaan persendirian.