//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://www.taxiklia.net

AWAS penguna Malaysia



Perhatian Utk Semua Rakyat Malaysia!

[Ada orang yang menerima panggilan dari +375602605281,+37127913091 atau sebarang nombor yang bermula dengan +375 atau +371... atau 081, hanya satu deringan dan terus putus dengan meninggalkan pesanan "missed call". 

Jika anda membuat panggilan semula ke nombor tersebut, anda akan dicas sebanyak $15-$30, dan semua senarai contact akan disalin dalam masa 3 saat.

Jika anda mempunyai maklumat akaun bank dalam telefon pintar anda, mereka boleh menyalinnya.

 Kod +375 dari Belarus dan kod +371 dari Latvia.

 Jangan jawab atau panggil balik nombor-nombor Tersebut

 Tolong hantar dan kongsi maklumat ini dengan rakan dan keluarga anda.

Kami Prihatin! Anda Bagaimana?
Sumber:

Disebalik Windows 7

Assalamualaikum dan salam bloger bagi yang belum memasuki keluarga besar islam :)
Saya percaya masih ramai pembaca di luar sana yang masih menggunakan W7 walaupun sekarang dah ada versi W8  
Di sini saya nak kongsikan  "triks tersembunyi" pada Windows 7.
Kebanyakkan pengguna memanggil ia sebagai "God Mode".

God Mode ialah suatu folder yang sengaja disembunyikan oleh pihak Microsoft kerana sebab-sebab tertentu.Fungsi God Mode ini ialah membenarkan pengguna menukar dan mengubah keseluruhan tetapan Windows 7 dalam hanya satu folder.


Contohnya sebelum ini anda hendak menukar password Windows anda,anda perlu klik pada butang start,control panel dan user account.Tapi jika pada God Mode ini anda hanya perlu klik pad folder God Mode dan pilih terus "Change Windows Password".Mudahkan?

Caranya begini.

1.Buat satu folder pada desktop.
2. Salin perkataan ini
GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}
3. Namakan semula folder itu tadi kepada nama kod diatas.
4. jika folder itu tadi akan bertukar icon maknanya anda berjaya

Klik pada folder seperti ikon diatas dan lihat sendiri apa itu God Mode.
Untuk maklumat semua,triks ini hanya berjaya pada Windows 7 sahaja.
 

 
Sumber: gempak org



Pemanduan: redah banjir

Teksi

BANJIR satu malapetaka atau bencana alam paling digeruni pemandu terutama apabila mereka terkandas dalam kesesakan jalan raya manakala paras air mulai naik mendadak sehingga enjin kenderaan tiba-tiba mati.

Musim hujan kebelakangan ini pasti meresahkan pemandu kerana selain kesesakan lalu lintas, pemandu bimbang terperangkap dalam banjir kilat.Justeru, anda perlu berhati-hati jika meredah air yang dalam kerana tindakan itu boleh mengundang musibah di kemudian hari.

Merentasi banjir boleh membahayakan sebahagian tali kipas dan menyebabkan enjin kenderaan rosak.Kesan kerosakan boleh dirasai dalam masa satu hari apabila enjin kereta sukar dihidupkan pagi keesokan paginya dan apabila hidup, ia berjalan tidak lancar menyebabkan kenderaan terpaksa dibawa ke bengkel.

Walaupun menukar beberapa komponen seperti palam pencucuh dan membuat pelarasan atau mencuci enjin, masalah sama tetap berlaku.Malah, selepas beberapa minggu, kereta masih lagi meragam dan beberapa komponen lain pula didapati rosak.

Air hujan mengandungi asid dan kotoran halus termasuk lumpur yang jika memasuki bahagian enjin boleh menyebabkan karat serta meningkatkan pergeseran apabila bercampur dengan minyak pelincir dan minyak gear.

Antara beberapa langkah boleh dilakukan sekiranya enjin kenderaan anda dimasuki air akibat banjir atau meredah air sebelum dikesan mengalami kerosakan lebih besar.

Jika enjin kenderaan terendam di air walaupun cuma beberapa saat, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan semua minyak pelincir seberapa segera dan menggantikannya dengan yang baru.

Usah berani mengambil risiko 'menggunakan khidmat' minyak pelincir yang sedia ada dalam enjin kerana ia boleh merosakkan kelicinan dinding kebuk sehingga akhirnya satu persatu komponen lain turut rosak.

Penukaran minyak gear tidak sepenting minyak pelincir tetapi anda dinasihatkan menukarnya kerana minyak gear yang kotor akan menyebabkan pergeseran pada gigi gear.

Perlu diingat, kerosakan tidak berlaku dalam tempoh yang singkat, tetapi menjangkau beberapa tahun selepas itu sehinggalah anda mula menyedari enjin kenderaan anda 'makan duit'.

Penapis minyak pelincir mesti ditukar kerana minyak pelincir yang bercampur air lumpur mungkin tersedut dalam penapis berkenaan dan akan bercampur pula dengan minyak pelincir yang baru.Selepas itu, dua perkara penting yang perlu dilakukan ialah membasuh kenderaan secara semburan dengan air deras ke semua bahagian yang dirasakan perlu terutama bahagian enjin.

Ketika melakukan kerja semburan air ini, elak menghala hos ke arah lubang penapis udara dan penutup minyak pelincir bagi menghindari air memasuki karburator atau tangki minyak pelincir. Jangan lupa halakan air deras pada bahagian brek pada roda kereta agar segala keladak yang sukar kelihatan dengan mata kasar tertanggal sepenuhnya.

Usah berani mengambil risiko terus menggunakan minyak pelincir sedia ada dalam tempoh masa lama kerana pelincir yang bercampur air boleh merosakkan kelicinan dinding kebuk sehingga satu persatu komponen lain turut rosak.Biasanya kerosakan tidak berlaku dalam masa yang singkat dan pemilik kenderaan yang berjaya mengharungi banjir perlu melakukan servis di bengkel.

Teksi tempatan dianaktirikan

 

 
(Mana janji Datuk Johari antara sepanduk yang dinaikkan)

BUKIT KAYU HITAM: Seramai lebih 120 orang pemandu teksi yang tidak berpuashati dengan kehadiran van pengangkut penumpang dari negara jiran, Thailand mengadakan demonstrasi di Bukit Kayu Hitam semalam.

Demonstrasi diadakan di stesen teksi Bukit Kayu Hitam bermula jam 10.00 pagi dengan para pemandu teksi terbabit berbaris di tepi jalan sambil mengangkat kain sepanduk dan poster yang tertera slogan-slogan bantahan serta keluhan mereka.

Mereka turut melaungkan suara bantahan seperti "Kami tuntut hak kami" dan "Mana Janji Ahli Parlimen Kubang Pasu?"

Masalah kemasukan van dari Thailand ini sudah berlarutan semenjak lebih 10 tahun lalu yang mana pada masa kini telah menjejaskan pendapatan pemandu teksi tempatan dengan teruknya.

Para pemandu yang mengadakan demonstrasi tersebut terdiri daripada pemandu teksi dari Persatuan Pemandu Teksi Luar Bandar Bukit Kayu Hitam, Changlun dan Bandar Baru Sintok. Mereka turut disertai wakil dari pemandu teksi Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Shahab Perdana, Alor Setar.
harakahdaily/-


post-by- email

Tips Jadikan Teksi/ Kereta sentiasa berkilat

kereta,teksi
Biasanya, kenderaan yang kalis air (air tak lekat pada body)ialahkenderaan yang baru sahaja dihantar poslish kat kedai. Tapi buatsakit hati je kalau lepas polish dua tiga hari... kesan kalis air sudah mula kurang dan akhirnya kenderaan menjadi comot.. Kos untuk polish pula bukannya murah... malah berpuluh-puluh ringgit.

 Di sini saya nak berkongsi tip tentang cara mudah untuk menghasilkan body kereta yang kalis air. Rahsianya ialah... ..bilas dengan PELEMBUT PAKAIAN. .

Cara-caranya ialah:

1. Cuci kereta anda sebersih-bersihnya.
2. Bilas dengan air biasa dahulu..
3. Sediakan separuh baldi air dan bancuhkan dengan sepenutup penuh pelembut pakaiaan..
4. Larutan tadi anda boleh lap dengan kain atau disemburkan dengan pam pemyembur pada seluruh body kereta anda. (getah/cermin semua boleh)..
5. Biarkan larutan itu seketika pada badan kereta anda. Pada masa ini anda akan dapat melihat kesan serta merta larutan itu terhadap air yang melekat pada body kereta. Air yang melekat akan serta-merta menjadi bintik-bintik dan akhirnya mengalir turun. .
6. Jangan tunggu kering baru lap... .tetapi lap dengan kain lembab dengan larutan tadi sehingga kering. .

Dengan cara ini... anda seolah olah telah mempolish kereta anda. Anda boleh ulang berkali-kali proses (4)~(6) pada bila-bila masa (kalau kereta tak kotor sangat). .

Larutan itu juga anda boleh masukkan ke dalam tangki pengelap cermin supaya cermin anda seperti mencurah air di daun keladi. Kebaikan guna larutan ini ialah ia tidak mengaratkan logam (baik untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) malah menghalang pengaratan kerana benda ini selamat pada mesen basuh anda. .

Semua PELEMBUT PAKAIAN adalah sesuai..tak kiralah apa brand pun.

Awas semasa mengunakan perkhidmatan Teksi

Jika anda dapati ada bunyi semburan minyak wangi atau penulen udara di dalam teksi, SILA ARAHKAN TAXI TERSEBUT UNTUK SEGERA BERHENTI!! Ianya telah berlaku kepada seorang wanita kira-kira pukul 0:45. dia mendapat ke dalam teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa melayu. Ketika dia berada di teksi untuk beberapa minit, dia tiba-tiba terdengar bunyi semburan dan terdapat bau seperti penulen udara. dia berasa pelik mengapa pemandu tersebut meletakkan dua jenis pembersih udara dalam teksi beliau. "Bau tersebut segera mengingatkan saya tentang emel yang pernah saya baca. Saya mula menjadi sedar di sekeliling saya. Tetapi sedutan penulen disimpan dan muncul setiap beberapa minit. Saya mula berasa sangat bimbang dan takut.

Secara beransur-ansur, saya merasakan bahawa badan saya mula berasa lemah dan lemah. Penulen disimpan di pertengahan dari tempat duduk belakang, betul-betul di belakang saya. saya benar-benar merasakan seluruh badan saya semakin lemah, saya cuba mengarahkan pemandu tersebut untuk membiarkan saya turun di tepi jalan. Tetapi dia terus cuba untuk bercakap dengan saya dan bertanya kepada saya mengapa tidak menurunkan saya di destinasi saya sahaja. Saya berfikir yang dia sedang cuba untuk memanjangkan masa.

Saya mulai berasa seram, saya merasakan kedua-dua tangan dan kaki saya seperti lumpuh dan tidak bertenaga, dan hampir tidak boleh bergerak. Apabila saya bercakap kepada pemandu tersebut, saya tidak mampu bercakap dengan betul, saya cuba menjerit untuk mendapatkan bantuan,tetapi tubuh badan saya benar-benar terlalu lemah .Sesampainya di lampu isyarat, saya membuka pintu, melompat keluar dan berlari meninggalkan teksi tersebut untuk mendapatkan bantuan.

Saya benar-benar berterima kasih kepada Tuhan kerana menyelamatkan saya. Jika tidak, saya benar-benar tidak boleh bayangkan apa yang akan berlaku kepada saya. Saya menjadi trauma dengan kejadian ini.

Ini adalah kes yang BENAR. Sila beringat!

Saya berasa pengalaman ini perlu untuk dikongsikan dengan anda semua, tidak kira anda lelaki atau wanita 'ini bukan tipu ,dan bukanlah cerita yang direka-reka .Ia benar-benar berlaku.

biarkanlah rakan-rakan anda, ahli keluarga dan saudara mara anda mengetahu tentang kes ini. Saya percaya anda juga sama seperti saya, tidak mahu sesiapa dijadikan mangsa dengan kes ini .. 'Sila berhati-hati apabila merancang untuk menaiki teksi, terutama wanita.'

Saya menerima e-mel beberapa bulan lalu tentang 'seorang wanita masuk ke teksi dan berasa tidak selesa dan menjadi lemah apabila dia terhidu sesuatu seperti kemenyan yang dibakar. Dia bertindak bijak untuk mengarahkan teksi tersebut untuk berhenti serta-merta dan selepas membuang wang pada lelaki teksi tersebut ,dia segera keluar dari teksi. Beliau kemudian mendapat tahu bahawa jika dia tidak mengarahkan teksi tersebut untuk berhenti dan keluar, dia akan pengsan dan dirogol oleh pemandu lelaki teksi tersebut (atau geng perogol)!

Beberapa minggu lalu, seorang pengunjung ke tepekong kami yang tinggal di Puchong dan menaiki teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa India. Apabila dia duduk ke dalam teksi, dia mendapati sedikit bau pembakaran kemenyan dalam teksi. Selepas seketika, dia berasa lemah dan tidak dapat bercakap atau menjerit. pemandu teksi berbangsa India tersebut terus memandu ke jalan yang sunyi di mana tidak ada sesiapa pun orang awam disitu lalu merogolnya. Sebelum dia dirogol, dia diberitahu oleh pemandu teksi warga india lelaki tersebut bahawa dia adalah mangsa yang keenam. Beliau bukan sahaja dirogol tetapi juga dirompak!

Apabila dia sedar ,dia segera berjumpa doktor. Perkara yang menyedihkan, doktor mengetahui dia telah dirogol tetapi tidak menasihati beliau apa yang perlu dilakukan. Doktor hanya membiarkan dia membuat keputusan untuk membuat laporan polis atau tidak .sebab dia tidak mengetahui nama perogol dan juga nombor plat teksi tersebut.dan dalam keadaan ketakutan dan trauma ,dia memberitahu doktor bahawa dia tidak berani untuk melaporkan kepada polis. Doktor berkata apabila dia tidak berani membuat laporan polis, beliau telah memusnahkan laporan perubatan! Dan perogol tersebut telah mengambil beg dan keseluruhan dengan IC dia di dalamnya, dia mengetahui alamat kamu dan mungkin berani datang terus ke rumah kamu dan cuba untuk merogol kamu lagi.

Sila beringat selalu agar tidak menaiki teksi yang berbau yang tidak menyenangkan yang menbuat anda ragu-ragu dan kalau boleh, jika anda mampu berbuat demikian, membuat panggilan atau sms kepada rakan-rakan atau saudara mara anda dan biarkan mereka tahu nombor pendaftaran teksi dan jika boleh, nama pemandu teksi tersebut.

P/s Aku muskil dng e-Mail ini,macam nak burukan Pemandu Taxi je ...kenapa tak buat repot polis kenapa pemandu tak pengsan sama ...muskil-muskil ....korang fikirlah


Rakyat Malaysia terpingir dibumi sendiri

Kita baru sahaja menyambut Hari Wilayah Persekutuan bagi meraikan dan memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Sambutan ini disambut pada setiap 1 Februari setiap tahun.

Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk peningkatan kesedaran serta memupuk semangat jati diri dan rasa bangga yang lebih tinggi sebagai warga Wilayah Persekutuan.

Namun di sebalik semua itu, ada beberapa perkara yang nampaknya kita, terutama pihak berkuasa, terlepas pandang

Ia bukan saja menjadi tempat tarikan pelancong di dalam, tetapi juga di luar negara.

Apatah lagi kedudukannya yang strategik berhampiran terminal bas Puduraya dan Dataran Merdeka.

Selain itu terdapat deretan bangunan komersil termasuk bank-bank yang 'menghiasi' kawasan tersebut

Tetapi kini, kawasan yang suatu ketika dulu menjadi tumpuan ramai, telah berubah 'lanskapnya' sama sekali.


Lokasi tersebut kini seakan-akan di Dhaka, Kathmandu dan Yangon dengan kewujudan bagai cendawan premis perniagaan dipercayai milik warga asing berkenaan yang menguasai sekitar 80 peratus perniagaan di situ.

Kini ramai warga Bangladesh, Myanmar dan Nepal memenuhi kawasan berkenaan terutama ketika hujung minggu dan cuti umum.

Perlu ditegaskan di sini, tidak ada salah untuk warga asing ini mengunjungi kawasan tersebut kerana tidak ada undang-undang yang melarang mereka berbuat demikian, mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan sosial seperti orang lain.

Namun ADALAH SALAH SAMA SEKALI jika mereka melanggar peraturan dan undang-undang termasuk mencemari sensitiviti masyarakat tempatan dengan menjadikan tempat tersebut seperti 'mak bapa mereka yang punya!'

Premis seperti restoran dan kedai gunting rambut yang menggunakan bahasa asing secara terang-terangan pada papan tanda premis masing-masing semakin bercambah menyebabkan pengunjung berasakan seolah-oleh berada di negara berkenaan.
Pendek kata,kawasan itu seolah-oleh telah diubah menjadi kawasan hak mutlak milik warga asing itu.
Percaya atau tidak, dua tahun lepas, klinik haram yang dikendalikan warga Nepal pun wujud di kawasan itu. Nasib baiklah tindakan pantas pihak berkuasa berjaya menghalang ia daripada terus beroperasi.
Kita tidak pernah menafikan usaha pihak berkuasa seperti polis, Imigresen dan pihak Dewan BandarayaKuala Lumpur (DBKL) namun persoalannya mengapa kawasan berkenaan dilihat seolah-olah begitu payah hendak digempur, makin ditangkap, makin ramai yang muncul, makin disaman, makin banyak kesalahan yang dilakukan.

Di mana salah dan di mana silapnya perkara ini? Ohh My Beautiful Malaysia


Sumber::
post-by- email

Ramalan Kebangkitan Islam oleh Kristian

AMERIKA: Pat Robertson, seorang penyiar radio Kristen, Jumat lalu mengudarakan ramalan tahunannya mengenai perbaikan ekonomi serta penolakannya terhadap tuduhan Islam sebagai "agama kebencian".
  • "Tuhan berfirman ekonomi negara ini akan segera bangkit!", katanya dalam sesi doa Tahun Baru, yang dia siarkan dalam "The 700 Club". 
Selama siaran pada Jumat tersebut, dia menyampaikan pendapatnya yang kontroversi, "Ketika para ahli dunia mengatakan semuanya akan menjadi lebih buruk, aku katakan sebaliknya".

Dia menambahkan perubahan tersebut akan terjadi dengan cepat. Selain mengatakan ekonomi AS akan bangkit selama masa pemerintahan Barack Obama, Robertson juga mengatakan masyarakat akan bersatu untuk membebaskan penderitaan Muslim. "Apapun yang menghalangi Islam, akan hancur".

"Kekerasan dan pertumpahan darah akan menjauh dari agama ini dan Tuhan akan mengembangkan jangkauan kalian terhadap Muslim. Mereka telah siap mendengarkan", katanya.

Menanggapi pernyataan Robertson, juru bicara CAIR (Council on American-Islamic Relations) mengatakan mereka mendengar hal semacam itu tentang Islam selama bertahun-tahun.

"Pada dasarnya, apa yang dia utarakan adalah suatu perbandingan yang halus. Di negara bebas ini, mereka juga memiliki hak sebagai seorang fanatik ketika mereka menginginkannya", kata Ibrahim Hooper.
Dia mengatakan meski hal tersebut sangat penting bagi mereka, namun kelompok Kristen menolak kebenaran tersebut.

Robertson, pendiri Christian Broadcasting Network, mengatakan dia mendapatkan ilham ramalan tersebut langsung dari Tuhan. Pada tahun 2008, dia meramalkan akan meningkatnya kekerasan di seluruh dunia, resesi AS, serta harga minyak yang mencapai $ 150 per barelnya. Secara umum, ramalan Robertson biasanya berupa ramalan buruk, seperti kejadian kekerasan, kemiskinan, dan kesengsaraan.

"Rusia akan mengalami sesuatu yang lebih berbahaya, sedang Israel akan mengalami krisis yang sangat ekstrim, imbuhnya. Pemerintahan manapun yang bekerja sama menyerang Palestina akan mendapat hukumannya, namun Tuhan akan menyelamatkan masyarakat mereka di mata dunia", tutupnya. (WVEC) Sumber:www.suaramedia.com

post-by- email
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome