Tidak lama lagi musim cuti bagi orang-orang dari timur tengah kerana waktu itu cuaca di negara mereka akan naik sedikit.
Bagi orang-orang yang berduit semestinya mereka akan keluar negara bagi menghabiskan cuti musim panas mereka.Maka akan bertebaran orang arab ini keseluruh dunia termasuklah malaysia.
Ramai yang berharap,dengan kedatangan pelancong pak arab ini dapat membawa keuntungan,termasuklah pemandu teksi.
Pemandu teksi kaki sembelih pasti tersenyum memikirkan keuntunggan yang di perolehi.Kepada pemandu baru pasti akan belajar cara-cara nak sembelih juga.Pasti banyak juga aduan-aduan yang di terima oleh LPKP.Surat khbar juga pasti akan menyiarkan berita tentang salah laku pemandu teksi ini.
Persoalannya di sini,salahkah perbuataan pemandu teksi menggambil sedikit kesempatan tersebut?
Bukankah, perbuatan pemandu teksi begini dapat menolong kerajaan dari segi sosial ekonomi,menambah pendapatan kerajaan.
Bukankah ini juga tujuaan kerajaan,supaya pak arab ini berbelanja semahunya di malaysia,supaya pengaliran wang tunai dapat membaik pulih ekonomi malaysia yang sememangnya tenat kini.
Jadi salahkah, perbuatan pemandu teksi yang tidak menggunakan meter?
Bukankah di sini kita ada akhad jual beli.
Bukankah pemandu teksi,tidak ada potonggan KWSP untuk hari tua,tidak ada bunos tahunan,biarlah ini menjadi bunos kepada pemandu teksi.
Kepada yang mengatakaan salah, perbuatan pemandu teksi begini, ya ia memang salah sebab tiada lesen/sijil untuk menyembelih pak arab ini.
Bagai mana pula denggan orang-orang yang di beri lesen/sijil untuk menyembelih pak arab ini,bukankah mereka ini sudah kaya raya.
Datanlah ke KL di waktu pak arab tenggah ramai,carilah hotel kalau ada yang murah,pasti harganya berganda.Carilah restoran kunjunggan pak arab ini pasti harganya naik juga.Pergilah ke pusat pelanconggan seperti taman burung,taman rama-rama,menara kuala lumpur dan banyak lagi pasti harganya juga telah di naikkan.Tiket kapal terbang juga di naikan.
Kenapa hal sebegini tidak di hebokkan,di senyapkan.Kemana wartawan akhbar pergi,kenapa berita begini tidak di tulis,kenapa kesalahan pemandu teksi orang nampak,kenapa kesalahan orang-orang yang sememangnya kaya begini di halalkan.
0 Sahabat:
Catat Ulasan
Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih