//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://mytaxiklia.blogspot.my

Pencerahan tentang saman tertunggak

PENCERAHAN KEPADA SEMUA YANG SELAMA INI DISEMBUNYIKAN OLEH JPJ & POLIS

Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar ganti rugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan.
Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman.

Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah.
Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, adakah seseorang itu benar-benar melakukan kesalahan yang didakwa sehingga mereka wajib membayar denda?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak.

Jika ada yang tertunggak maka ia bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk menjawab saman itu.

Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah.

Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mengakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan.

Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesailah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak?
Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke mahkamah.
Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju.

Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran.

Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju.

*ZULHAZMI SHARIFF* Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Pelan Migrasi Teksi 2017




Dimaklumkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat - SPAD akan melaksanakan Pelan Migrasi Teksi pada akhir Sep 2017.

Daripada lima kelas teksi ketika ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyelaraskannya kepada hanya tiga kelas sahaja.Penyelarasan semula kelas lesen bagi perkhidmatan teksi akan menjadi dasar kepada penyelarasan tambang serta menyediakan situasi yang sama rata dengan perkhidmatan perkongsian kenderaan atas talian.

Buat masa ini, lima kelas bagi teksi ialah teksi lapangan terbang, teksi bajet, teksi eksekutif, teksi premier dan teksi 1Malaysia,akan di migrasikan kepada 3 kelas Teksi, iaitu TEKS1M, Kereta Sewa dan Teksi Mewah.

Walau bagaimana pun pemohonan Teksi Mewah hanya di peruntukkan kepada syarikat, dan tidak kepada pemegang lesen pengendali individu. Jika teksi jenis premium atau teksi eksekutif, maka ia akan menjadi limosin.

Migrasi teksi diwajikan kepada semua kelas teksi tanpa prajudis, jika tempoh jangka hayat permit masih beroperasi, mereka boleh menunggu sehingga lesen pengendali tamat tempoh, setelah itu mereka wajib mengikuti pelan migrasi teksi, namun bagi pemegang STK dan lesen pengendali baru, mereka harus mengikuti pelan migrasi tanpa prajudis.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON LESEN PENGENDALI INDIVIDU :
1. Warga Negara, warga asing dan Penduduk Tetap tidak layak.
2. Harus ada SSM. 3. Harus ada PSV.
4. Harus ada Kad Pemandu. 5. Pengalaman 3 Tahun.
6. Tidak memiliki sebarang Lesen Pengendali.
7. Tidak disabit jenayah.
8. Tidak Muflis.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MENDAPATKAN BANTUAN GERAN TUNAI RM5000.
1. Memenuhi syarat pemohonan.
2. Kad pemandu tidak tamat lebih dari 1 Tahun.
3. Tamat perjanjian sewa beli dengan syarikat.
3.a Kemukakan salinan tamat kontrak pajak sewa beli, Atau surat tamat kontrak dari syarikat.

ATUR CARA :
1. Mohon Lesen.
2. Dapat lesen (STK) dan Geran tunai dalam bentuk sijil.
3. Melesenkan kenderaan di JPJ.
4. Dapatkan pinjaman Kewangan dari Bank.

Bagi kenderaan terpakai, pemandu teksi harus menggunakan wang mereka dulu untuk membeli kenderaan yang ingin dijadikan teksi, kemudian mereka boleh buat tuntutan RM5000 daripada SPAD, dengan cara mengisi borang khas yang boleh didapati di pejabat SPAD atau download sendiri di laman sesawang SPAD.

Ini adalah sebahagian daripada Program Transformasi Industri Teksi oleh SPAD yang diumumkan Ogos tahun lalu untuk menyelesaikan masalah-masalah penstrukturan dalam industri berkenaan. Matlamat program ini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang adil yang dapat memberikan manfaat kepada pemandu, pengendali serta penumpang


Dubai Negara Pertama Guna Teksi Drone


Dubai akan menjadi negara pertama menggunakan Drone sebagai teksi udara bermula musim panas ini.

Teksi udara Ehang 184, Drone berkuasa elektrik dan boleh melakukan perjalanan selama kira-kira 31 batu atau 23 minit dengan seorang penumpang dan beg yang berat sehingga 100kg. Ia boleh pergi pada kelajuan sehingga 63 batu sejam dan mengambil masa dua jam untuk mengecas penuh.

Mengunakan aplikasi untuk menempah teksi ini sebagaimana e-hiling, penumpang boleh memasukkan destinasi mereka dan kemudiannya peta dan drone berkenaan akan menuju ke lokasi mereka.

Drone Ehang 184 ini memerlukan ruang lapang untuk mendarat ,bagi tujuan keselamatan kerana tekanan angin yang dihasilkan agak kuat.

Sumber berita

Teksi Motosikal diharamkan beroperasi






Kementerian Pengangkutan tidak pernah mengeluarkan permit dan lesen untuk perkhidmatan “teksi motosikal” bagi pengambilan penumpang menggunakan motosikal.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, perkhidmatan teksi moto dikenali sebagai Dego Ride menyalahi Akta Pengangkutan Jalan 1987. “Tiada lesen dikeluarkan untuk teksi motosikal, kalau mereka membuat perniagaan, ia adalah sesuatu yang salah.

“Kita boleh dakwa mereka di bawah Lesen Kenderaan Moto (LKM) untuk kegunaan peribadi dan bukan perniagaan,”

Dego Ride beroperasi menggunakan aplikasi maya sejak November lalu semakin popular dalam kalangan warga kota sebagai alternatif murah serta pantas untuk mengatasi masalah kesesakan di ibu negara. Perkhidmatan yang menyamai “ojek” di Indonesia dan “motorsai rap chang” di Thailand itu menawarkan tambang murah untuk warga kota.

Aziz berkata, "kerajaan hanya membenarkan perkhidmatan Uber serta Grab yang beroperasi menggunakan aplikasi maya".

p/s Uber dan Grab pun belum diluluskan,kenapa dibenarkan? Nampak sangat,kalau tak "masyukkk" pasti dikambing hitamkan. Sama juga easy taxi dahulu bila dikambing hitamkan.

Pemandu GrabCar dicabul penumpang




KUALA LUMPUR, 2 Jan — Seorang pemandu GrabCar didakwa dicabul penumpang sewaktu membawa pelanggan di Jalan Jejawi di Taman Bandaraya, di sini.

Kejadian berlaku pada pukul 11.45 pagi Selasa minggu lalu apabila wanita berusia 20-an menjemput suspek lelaki di Bangsar, lapor Harian Metro.

Mangsa yang diraba peha dan dadanya bagaimanapun menepis tangan bertindak menjauhkan diri dari lelaki itu, kata sumber.

Tidak cukup dengan itu, suspek bertindak menunjukkan gambar zakarnya serta bercakap lucah.

“Sebaik tiba di destinasi itu lima minit kemudian, suspek menunjukkan gambar kemaluannya kepada mangsa dan mengajaknya untuk melakukan hubungan seks.

“Suspek bertindak mengugut mangsa bahawa dia tidak akan beredar daripada kenderaan itu apabila ajakannya ditolak dan mengajak wanita berkenaan berbual mengenai perkara lucah,” kata sumber seperti dilapor akhbar itu.

Lelaki berkenaan bagaimanapun keluar dari kereta selepas terkejut tangannya ditepis mangsa dan berpura-pura lewat ke tempat kerja.

“Namun, beberapa minit kemudian, suspek menghantar mesej lucah melalui aplikasi Whatapp kepada mangsa,” katanya.

Mangsa yang trauma kemudian membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini untuk tindakan lanjut.

Sumber berita
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome