//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://mytaxiklia.blogspot.my

WARKAH TERBUKA BUAT DATUK SERI NAJIB RAZAK




taxi watch atau taxi monger adalah e-hailing pertama di gunakan oleh pemandu teksi sejak 2012 lagi.

penjenaman semula oleh taxi monger


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

 Assalamualaikum Datuk Seri.
Terlebih dahulu ingin saya memohon maaf kiranya ada catitan dibawah ini menyinggung DS.Saya adalah rakyat Malaysia yang bertugas sebagai Duta Kecil @ pemandu teksi.

DS,sewaktu pembentangan bajet 2017,saya tidak sedikit pun merasa terkejut dengan pengumuman DS mengajak rakyat untuk menjadi pemandu UBER.Keputusan DS telah kami jangkakan kerana kami mengetahui bahawa salah sebuah syarikat pelaburan negara iaitu Khazanah Nasional dan juga KWAP telah pun melabur di dalam syarikat(UBER) yang telah terbukti rugi di seluruh dunia (sehingga kini).Namun,saya agak terkilan kerana DS mengajak rakyat melanggar segala undang undang yang telah dibuat oleh Parlimen di mana DS merupakan ketuanya.Saya senaraikan beberapa point penting disini.

A.AKTA
Begitu banyak akta yang telah dilanggar antaranya :
1.AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (APAD)2010 yang mana disana jelas mengatakan kenderaan persendirian TIDAK dibenarkan menjalankan aktiviti mengambil penumpang dan menerima bayaran tambang.
2.AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1976
3.AKTA INSURAN
4.AKTA PERBANKAN
Bagi tujuan membeli kenderaan sebagai persendirian atau komersil.
Adakah segala akta ini telah diusulkan,dibahaskan,dipinda dan dilulus bagi membolehkan perkhidmatan kereta sapu beroperasi ?

B.E-HAILING
DS,mengajak pemandu Teksi menggunakan perkhidmatan e-hailing sebagai satu medium baru.Tahukah DS bahawa sebelum adanya UBER dan GRABCAR,kami pemandu teksi telah terlebih dahulu menggunakan perkhidmatan e-hailing (taxi watch atau taxi monger digunakan sejak 2012)ini selaras dengan kemajuan dunia teknologi.Pada mula segala berjalan dengan lancar namun apabila melihat Kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap kereta sapu profesional maka kami telah di sisihkan.Ini adalah kerana pihak mereka mendapati bahawa lebih mudah bagi mereka mencari keuntungan dengan menggunakan kenderaan persendirian.

Persatuan pengguna mahu pengguna Uber, Grab dilindungi



Persatuan pengguna mahu kerajaan memastikan kerahsiaan maklumat dan perlindungan yang lebih baik dalam kes kemalangan melibatkan pengguna perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber dan Grab. “Kemalangan membabitkan kenderaan perkongsian dan bagaimana ia menjejaskan pengguna amat membimbangkan kami dan perlu diberi perhatian sewajarnya. 4PAM tidak akan bertolak ansur dan mahu Spad (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) mengutamakan isu ini,” kata Persatuan Pengguna-Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM), Ajit Johl.

Oleh kerana aplikasi perkhidmatan perkongsian kenderaan merupakan fenomena terbaru, 4PAM berpendapat kawalan keatas perkhidmatan itu perlu dijalankan secara telus dan bertanggungjawab bagi membendung sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

“Antara perkara yang kita harap Spad tangani adalah berkenaan proses pemilihan pemandu, jaminan kualiti kenderaan, penyelesaian konflik, struktur tarif, pengurusan kemalangan, liabiliti pengarah dan pemandu, kualiti perkhidmatan, carter penumpang dan isu-isu lain,” katanya. 4PAM percaya peranan Spad sebagai pengawal atur boleh ditingkatkan sekiranya ia diletakkan dibawah Kementerian Pengangkutan kerana ia memerlukan seorang menteri untuk melihat isu-isu yang melanda industri pengangkutan awam.

“Kami merayu Spad untuk mengadakan perbincangan terbuka dengan semua pihak berkepentingan sebelum membuat sebarang keputusan drastik yang boleh memberi impak kepada keseimbangan industri. Keseimbangan yang baik akan memastikan pengguna mendapat manfaat terbanyak daripada sistem itu, kerana mereka membiayai industri.”

Sumber berita

Benarkah Uber, Grab tiada insuran?



Perkhidmatan kereta sapu, Uber dan Grab didakwa tidak menyediakan perlindungan insuran kepada penumpang mereka.

Pengasas Teksi Premium Big Blue, Datuk Shamsubahrin Ismail tidak menolak kemungkinan risiko yang tinggi menanti penumpang yang menggunakan perkhidmatan kereta sapu sekiranya berlaku kemalangan.

“Uber hanya ada insuran persendirian sahaja dan ia tidak sama dengan teksi yang mempunyai insuran perdagangan,” kata Shamsubahrin.

“Keselamatan sudah tentu tidak terjamin. 100% tidak terjamin,” tegas beliau kepada FMT; “Pertama, tidak ada insuran. Kedua, kereta tidak ada permit. Ketiga, pemandu tidak ada permit. Kalau berlaku kemalangan penumpang tidak boleh saman.”

Para pemandu teksi menyuarakan ketidakpuasan hati sejak perkhidmatan membawa penumpang untuk bayaran diperkenalkan oleh Uber dan Grab ke Malaysia. Baru-baru ini, kira-kira 100 pemandu teksi menunjuk perasaan di Bukit Bintang mendesak kerajaan mengharamkan perkhidmatan berasaskan aplikasi itu.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia berbelah bahagi dalam isu ini dan bukan sedikit yang menyokong perkhidmatan Uber dan Grab.

“Sebelum ini, Timbalan Menteri Pengangkutan (Datuk Ab Aziz Kaprawi) kata Uber wajib ambil insuran komersial dan kena berdaftar dengan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) serta perlu ke Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) untuk mendapatkan permit, dan baru dapat insuran.

“Tetapi Uber tidak mahu ikut,” ujar Shamsubahrin. Menurut beliau, kos untuk insuran perdagangan bagi sebuah kereta memakan belanja RM2000 hingga RM5000 setahun. Pada July tahun lalu, portal Malay Mail Online melaporkan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai berkata syarikat insuran boleh menafikan liabiliti sekiranya pemandu Uber atau Grab terbabit dalam kemalangan kerana membawa penumpang tidak termasuk dalam insuran mereka.

“Industri (teksi) tidak bantah Uber tetapi cara perlaksanaan Uber itu salah dan pihak kerajaan kena berani ambil tindakan,” jelas Shamsubahrin.

Bagaimanapun ketika, Grab dalam satu kenyataan berkata pihaknya mempunyai perlindungan kemalangan peribadi (PAI) yang menawarkan insuran percuma tambahan disamping insuran kenderaan dagangan.

Polisi mereka melindungi kematian akibat kemalangan, terputus anggota secara kekal dan kecederaan pada tubuh sekiranya terbabit dalam kemalangan buat pemandu dan penumpang sehingga RM64,200 setiap seorang.
Uber masih belum membalas pertanyaan FMT berhubung isu ini.

  Sumber berita

Pemandu teksi berhenti berharap pada kerajaan



 Selepas perdana menteri galak rakyat sertai Uber menerusi Bajet 2017, persatuan teksi ajak pemandunya cari cara lain untuk lebih berdikari, bukan bergantung pada kerajaan.

 Pemandu teksi tidak mahu lagi berharap kepada kerajaan selepas Bajet 2017 yang dibentangkan hari ini, apabila perdana menteri sendiri menggalakkan rakyat menyertai perkhidmatan pemandu perkongsian seperti Uber atau GrabCar.

Timbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) Kamarudin Hussain berkata pemandu teksi kini perlu mencari inisiatif lain untuk berdikari. “Berapa banyak protes kami buat? Tiada satu pun yang dapat menghalang niat kerajaan untuk mengharamkan Uber dan GrabCar.

“Kami bukan berputus asa. Tetapi kami tidak mahu lagi bergantung harap pada kerajaan dalam menyelesaikan masalah menolak operasi perkhidmatan lain selain teksi,” katanya kepada FMT.

Dalam Bajet 2017 yang dibentangkan hari ini, Datuk Seri Najib Razak berkata golongan B40 khususnya penerima BR1M digalakkan menjadi pemandu dalam perkhidmatan seperti Uber atau GrabCar bagi menjana pendapatan tambahan.

Kamarudin berkata PERS1M menerima pengumuman itu dengan hati terbuka dan menganggap tindakan kerajaan ‘menghalalkan’ Uber sebagai cabaran kepada pemandu teksi. “PERS1M tidak mahu berterusan bertelagah dengan mana-mana pihak dan menyarankan 100,000 pemandu teksi di negara ini menyertai program aplikasi 2Go sebagai antara usaha memberi nafas baru dalam industri teksi.

“Aplikasi yang bakal bermula Rabu depan mendapat kerjasama Ambank dan Celcom dan ia salah satu inisiatif kami untuk bersaing secara sihat,” katanya.

Beliau berkata bermula 26 Oktober depan tepat jam 12.01 pagi, semua pemandu serta penumpang yang menggunakan aplikasi ini bakal dilindungi insurans secara automatik. Sementara itu, Pengasas Big Blue Taxi Services Shamsubahrin Ismail berkata Bajet 2017 tidak menampakkan sebarang usaha membantu pemandu teksi di negara ini.

“Peruntukan RM60 juta untuk geran RM5,000 bagi membeli kereta baharu yang mana mampu memberi manfaat kepada 12,000 pemandu?

“Jumlah 12,000 angka yang salah. Jika kerajaan mahu bantu, lebih 50,000 pemandu teksi masih menyewa kereta pada waktu ini. Jadi kenapa sebut 12,000 saja?,”katanya. Dalam Bajet 2017, pemandu teksi juga perlu mencarum antara RM157 hingga RM 443 setahun atau RM13.07 sebulan bagi melayakkan mereka menerima bantuan Perkeso jika berlaku kemalangan dalam tempoh bekerja. “Itu inisiatif yang baik. Namun secara keseluruhan, tiada apa yang menarik menerusi bajet kali ini. Tiada transformasi dapat dilihat. Mereka sudah pun membenarkan Uber beroperasi jadi tiada apa boleh diperkatakan lagi,” katanya.

Sumber berita
P/s Sudah di duga keputusan bajet kali ini.
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome