//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://mytaxiklia.blogspot.my

Pemandu grabcar tunjuk kemaluan pada penumpang





KUALA LUMPUR - Seorang pengguna Grab kongsi pengalaman pahitnya di laman Twitter. Mangsa langsung tidak menyangka lelaki terbabit berani berbuat demikian dan trauma dengan kejadian itu. Mangsa telah membuat aduan pada pihak Grab, namun tiada sebarang tindakan yang akan diambil sekiranya mangsa tidak membuat laporan polis.

Berdasarkan perkongsian rakan mangsa, pemandu Grab terbabit adalah seorang jurutera di sebuah syarikat televisyen swasta.

Kepada golongan wanita, berhati-hatilah bila menggunakan perkhidmatan Grab Cars dan Uber.Saya menggunakan khidmat GrabHitch dan tak di sangka ia menjadi satu pengalaman yang amat menjijikkan serta menakutkan.

Saya masuk ke dalam kereta Nissan Almera dan pemandu lelaki ini hanya berpakaian singlet dan seluar pendek sahaja. Saya bersangka baik pada waktu itu, mungkin dia bukan profesional. Dia cuba bercakap dengan saya namun saya tak endah walaupun dalam masa yang sama saya sudah mula rasa seram semacam.

Ketika memasuki lebuhraya, saya terpandang ke arahnya dan ternampak dia mengeluarkan kemaluannya. Saya terkejut dan mula panik. Mujur di tangan saya pada ketika itu memegang kunci yang boleh dijadikan sebagai alat mempertahankan diri. Dalam hati mahu saja keluar cepat dari kereta ini, tetapi nak keluar ke mana sedangkan kami berada di lebuh raya.

Di tangan, sudah bersedia menghubungi polis dan ketika itu juga saya sudah hampir tiba ke destinasi.

Enggan mengalah, lelaki itu cuba memanggil saya dengan siulan sekali lagi. Tetapi saya berpura-pura sedang bercakap dalam talian kononnya tidak mendengar panggilannya. Masih belum berputus asa, dia mula bertanya hal-hal peribadi dan saya hanya menjawabnya sesekali, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dalam masa yang sama saya sudah bersedia menyerangnya dengan kunci.

Tiba di destinasi, saya terus keluar dari kereta dan masuk ke dalam bangunan lalu menghubungi pihak Grab. Panggilan saya dijawab oleh seorang operator wanita yang mengatakan dia tidak tahu apa yang patut dilakukan dengan kejadian itu. Lalu dia meminta saya membuat aduan secara e-mel kepada mereka.

Jujur saya kecewa namun saya akur dan buat aduan seperti yang dipinta. Selesai membuat aduan, saya tertanya-tanya apakah mereka akan mengambil tindakan terhadap pemandu itu atau hanya akan mentertawakan saya sahaja?

Jujur saya marah dan paranoid dengan kejadian itu. Jadi kepada golongan wanita, mohon berhati-hati dan sentiasa bawa penyembur lada atau pisau kecil atau senjata, paling tidak pun kunci untuk mempertahankan diri.

Petronas tutup 67 stesen NGV


Sumber gambar dari fb


PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) akan menutup sementara perkhidmatan tenaga gas asli (NGV) di 67 stesennya di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor.

PDB dalam kenyataannya berkata, stesen itu ditutup mulai semalam sehingga dimaklumkan bagi memberi laluan kepada kerja penambahbaikan.

Gambar dari fb

"Namun perkhidmatan mengisi minyak lain dan Kedai Mesra di stesen terbabit masih beroperasi seperti biasa," katanya.

Menurut kenyataan itu, syarikat berkenaan mengambil langkah ketat untuk memastikan keselamatan di semua stesen yang mempunyai kemudahan NGV.

"PBD bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan standard keselamatan yang tinggi di semua stesen kami," tambah kenyataan itu.

Mereka yang mahukan stesen dengan kemudahan NGV yang beroperasi boleh melayari laman web www.mymesra.com.my atau menghubungi Mesralink di 1-300-88-8181.

Selasa lepas, seorang lelaki pekerja kontraktor pembaikan pam maut selepas tangki (NGV) di stesen minyak di Austin Height, Mount Austin di Johor Baru meletup kira-kira pukul 2.40 petang. – Bernama

Teksi terpaksa beratur panjang untuk mendapat giliran mengisi NGV

Persatuan teksi merasa kesal atas penutupan ini.

WARKAH TERBUKA BUAT DATUK SERI NAJIB RAZAK




taxi watch atau taxi monger adalah e-hailing pertama di gunakan oleh pemandu teksi sejak 2012 lagi.

penjenaman semula oleh taxi monger


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

 Assalamualaikum Datuk Seri.
Terlebih dahulu ingin saya memohon maaf kiranya ada catitan dibawah ini menyinggung DS.Saya adalah rakyat Malaysia yang bertugas sebagai Duta Kecil @ pemandu teksi.

DS,sewaktu pembentangan bajet 2017,saya tidak sedikit pun merasa terkejut dengan pengumuman DS mengajak rakyat untuk menjadi pemandu UBER.Keputusan DS telah kami jangkakan kerana kami mengetahui bahawa salah sebuah syarikat pelaburan negara iaitu Khazanah Nasional dan juga KWAP telah pun melabur di dalam syarikat(UBER) yang telah terbukti rugi di seluruh dunia (sehingga kini).Namun,saya agak terkilan kerana DS mengajak rakyat melanggar segala undang undang yang telah dibuat oleh Parlimen di mana DS merupakan ketuanya.Saya senaraikan beberapa point penting disini.

A.AKTA
Begitu banyak akta yang telah dilanggar antaranya :
1.AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (APAD)2010 yang mana disana jelas mengatakan kenderaan persendirian TIDAK dibenarkan menjalankan aktiviti mengambil penumpang dan menerima bayaran tambang.
2.AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1976
3.AKTA INSURAN
4.AKTA PERBANKAN
Bagi tujuan membeli kenderaan sebagai persendirian atau komersil.
Adakah segala akta ini telah diusulkan,dibahaskan,dipinda dan dilulus bagi membolehkan perkhidmatan kereta sapu beroperasi ?

B.E-HAILING
DS,mengajak pemandu Teksi menggunakan perkhidmatan e-hailing sebagai satu medium baru.Tahukah DS bahawa sebelum adanya UBER dan GRABCAR,kami pemandu teksi telah terlebih dahulu menggunakan perkhidmatan e-hailing (taxi watch atau taxi monger digunakan sejak 2012)ini selaras dengan kemajuan dunia teknologi.Pada mula segala berjalan dengan lancar namun apabila melihat Kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap kereta sapu profesional maka kami telah di sisihkan.Ini adalah kerana pihak mereka mendapati bahawa lebih mudah bagi mereka mencari keuntungan dengan menggunakan kenderaan persendirian.

Persatuan pengguna mahu pengguna Uber, Grab dilindungi



Persatuan pengguna mahu kerajaan memastikan kerahsiaan maklumat dan perlindungan yang lebih baik dalam kes kemalangan melibatkan pengguna perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber dan Grab. “Kemalangan membabitkan kenderaan perkongsian dan bagaimana ia menjejaskan pengguna amat membimbangkan kami dan perlu diberi perhatian sewajarnya. 4PAM tidak akan bertolak ansur dan mahu Spad (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) mengutamakan isu ini,” kata Persatuan Pengguna-Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM), Ajit Johl.

Oleh kerana aplikasi perkhidmatan perkongsian kenderaan merupakan fenomena terbaru, 4PAM berpendapat kawalan keatas perkhidmatan itu perlu dijalankan secara telus dan bertanggungjawab bagi membendung sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

“Antara perkara yang kita harap Spad tangani adalah berkenaan proses pemilihan pemandu, jaminan kualiti kenderaan, penyelesaian konflik, struktur tarif, pengurusan kemalangan, liabiliti pengarah dan pemandu, kualiti perkhidmatan, carter penumpang dan isu-isu lain,” katanya. 4PAM percaya peranan Spad sebagai pengawal atur boleh ditingkatkan sekiranya ia diletakkan dibawah Kementerian Pengangkutan kerana ia memerlukan seorang menteri untuk melihat isu-isu yang melanda industri pengangkutan awam.

“Kami merayu Spad untuk mengadakan perbincangan terbuka dengan semua pihak berkepentingan sebelum membuat sebarang keputusan drastik yang boleh memberi impak kepada keseimbangan industri. Keseimbangan yang baik akan memastikan pengguna mendapat manfaat terbanyak daripada sistem itu, kerana mereka membiayai industri.”

Sumber berita

Benarkah Uber, Grab tiada insuran?



Perkhidmatan kereta sapu, Uber dan Grab didakwa tidak menyediakan perlindungan insuran kepada penumpang mereka.

Pengasas Teksi Premium Big Blue, Datuk Shamsubahrin Ismail tidak menolak kemungkinan risiko yang tinggi menanti penumpang yang menggunakan perkhidmatan kereta sapu sekiranya berlaku kemalangan.

“Uber hanya ada insuran persendirian sahaja dan ia tidak sama dengan teksi yang mempunyai insuran perdagangan,” kata Shamsubahrin.

“Keselamatan sudah tentu tidak terjamin. 100% tidak terjamin,” tegas beliau kepada FMT; “Pertama, tidak ada insuran. Kedua, kereta tidak ada permit. Ketiga, pemandu tidak ada permit. Kalau berlaku kemalangan penumpang tidak boleh saman.”

Para pemandu teksi menyuarakan ketidakpuasan hati sejak perkhidmatan membawa penumpang untuk bayaran diperkenalkan oleh Uber dan Grab ke Malaysia. Baru-baru ini, kira-kira 100 pemandu teksi menunjuk perasaan di Bukit Bintang mendesak kerajaan mengharamkan perkhidmatan berasaskan aplikasi itu.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia berbelah bahagi dalam isu ini dan bukan sedikit yang menyokong perkhidmatan Uber dan Grab.

“Sebelum ini, Timbalan Menteri Pengangkutan (Datuk Ab Aziz Kaprawi) kata Uber wajib ambil insuran komersial dan kena berdaftar dengan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) serta perlu ke Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) untuk mendapatkan permit, dan baru dapat insuran.

“Tetapi Uber tidak mahu ikut,” ujar Shamsubahrin. Menurut beliau, kos untuk insuran perdagangan bagi sebuah kereta memakan belanja RM2000 hingga RM5000 setahun. Pada July tahun lalu, portal Malay Mail Online melaporkan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai berkata syarikat insuran boleh menafikan liabiliti sekiranya pemandu Uber atau Grab terbabit dalam kemalangan kerana membawa penumpang tidak termasuk dalam insuran mereka.

“Industri (teksi) tidak bantah Uber tetapi cara perlaksanaan Uber itu salah dan pihak kerajaan kena berani ambil tindakan,” jelas Shamsubahrin.

Bagaimanapun ketika, Grab dalam satu kenyataan berkata pihaknya mempunyai perlindungan kemalangan peribadi (PAI) yang menawarkan insuran percuma tambahan disamping insuran kenderaan dagangan.

Polisi mereka melindungi kematian akibat kemalangan, terputus anggota secara kekal dan kecederaan pada tubuh sekiranya terbabit dalam kemalangan buat pemandu dan penumpang sehingga RM64,200 setiap seorang.
Uber masih belum membalas pertanyaan FMT berhubung isu ini.

  Sumber berita

Pemandu teksi berhenti berharap pada kerajaan



 Selepas perdana menteri galak rakyat sertai Uber menerusi Bajet 2017, persatuan teksi ajak pemandunya cari cara lain untuk lebih berdikari, bukan bergantung pada kerajaan.

 Pemandu teksi tidak mahu lagi berharap kepada kerajaan selepas Bajet 2017 yang dibentangkan hari ini, apabila perdana menteri sendiri menggalakkan rakyat menyertai perkhidmatan pemandu perkongsian seperti Uber atau GrabCar.

Timbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) Kamarudin Hussain berkata pemandu teksi kini perlu mencari inisiatif lain untuk berdikari. “Berapa banyak protes kami buat? Tiada satu pun yang dapat menghalang niat kerajaan untuk mengharamkan Uber dan GrabCar.

“Kami bukan berputus asa. Tetapi kami tidak mahu lagi bergantung harap pada kerajaan dalam menyelesaikan masalah menolak operasi perkhidmatan lain selain teksi,” katanya kepada FMT.

Dalam Bajet 2017 yang dibentangkan hari ini, Datuk Seri Najib Razak berkata golongan B40 khususnya penerima BR1M digalakkan menjadi pemandu dalam perkhidmatan seperti Uber atau GrabCar bagi menjana pendapatan tambahan.

Kamarudin berkata PERS1M menerima pengumuman itu dengan hati terbuka dan menganggap tindakan kerajaan ‘menghalalkan’ Uber sebagai cabaran kepada pemandu teksi. “PERS1M tidak mahu berterusan bertelagah dengan mana-mana pihak dan menyarankan 100,000 pemandu teksi di negara ini menyertai program aplikasi 2Go sebagai antara usaha memberi nafas baru dalam industri teksi.

“Aplikasi yang bakal bermula Rabu depan mendapat kerjasama Ambank dan Celcom dan ia salah satu inisiatif kami untuk bersaing secara sihat,” katanya.

Beliau berkata bermula 26 Oktober depan tepat jam 12.01 pagi, semua pemandu serta penumpang yang menggunakan aplikasi ini bakal dilindungi insurans secara automatik. Sementara itu, Pengasas Big Blue Taxi Services Shamsubahrin Ismail berkata Bajet 2017 tidak menampakkan sebarang usaha membantu pemandu teksi di negara ini.

“Peruntukan RM60 juta untuk geran RM5,000 bagi membeli kereta baharu yang mana mampu memberi manfaat kepada 12,000 pemandu?

“Jumlah 12,000 angka yang salah. Jika kerajaan mahu bantu, lebih 50,000 pemandu teksi masih menyewa kereta pada waktu ini. Jadi kenapa sebut 12,000 saja?,”katanya. Dalam Bajet 2017, pemandu teksi juga perlu mencarum antara RM157 hingga RM 443 setahun atau RM13.07 sebulan bagi melayakkan mereka menerima bantuan Perkeso jika berlaku kemalangan dalam tempoh bekerja. “Itu inisiatif yang baik. Namun secara keseluruhan, tiada apa yang menarik menerusi bajet kali ini. Tiada transformasi dapat dilihat. Mereka sudah pun membenarkan Uber beroperasi jadi tiada apa boleh diperkatakan lagi,” katanya.

Sumber berita
P/s Sudah di duga keputusan bajet kali ini.

Polis buru pemandu UBER lakukan rompak


GEORGETOWN - Polis sedang memburu seorang pemandu Uber yang didakwa merompak wang RM2,000 dan barangan berharga daripada seorang pekerja kilang warga Indonesia di Bayan Lepas, Sabtu lepas.

Dalam laporannya, mangsa, Yab Melva Novasia Sinaga, berkata dia dirompak RM1,150, dua juta Rupiah (RM613), rantai leher dan telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Anuar Omar berkata, dalam laporan polis, mangsa berkata, pemandu berkenaan secara paksa mengambil daripadanya RM100 sebagai tambang dan RM250 kerana memarahinya, selain wang RM800 dan Rupiah, rantai leher dan telefon bimbit.

Menurut beliau, kejadian berlaku pada kira-kira 5.30 petang di sebatang jalan mati selepas wanita itu membuat panggilan bagi mendapatkan perkhidmatan Uber untuk menghantarnya pulang ke rumah di Batu Maung. - Bernama

Sumber berita

Penipuan dari uber

Antara ciri2 pemilik "Ride Sharing Apps" sekarang ini ialah mengambil antara 10% hingga 25% dari setiap "ride" yang dibuat pemandu mereka. Potongan dibuat tanpa mengira kadar tambang "promo" mahupun tidak.

Dengan memanfaatkan kuasa teknologi dan wang, mereka akan memerah keringat pemandu supaya lebih produktif dengan persepsi pemandu akan mendapatkan "income" yang lebih baik, walhal hakikatnya, pendapatan merekalah yang akan terus meningkat.

Mereka juga berlepas diri dari menanggung sebarang risiko saman, kemalangan, kerosakan kenderaan dan lain2. Ini bermakna, mereka akan mengutip hasil dari setiap keringat pemandu berbanding syarikat teksi yang hanya mengutip sewa pada kadar harian/bulanan.

Di banyak negara, pemandu mereka mula "memberontak", namun tidak dipedulikan kerana;-

1. Mereka telah berjaya "mengangkat" diri mereka sebagai satu2nya "sumber pendapatan pemandu", dan

2. Mereka tidak peduli dengan "mogok" atau sebarang tindakan pemandu "lama" kerana mereka sedang dan akan terus "recruit" pemandu baru. Bilangan pemandu yang berpotensi menggantikan pemandu lama yang "mogok" adalah sangat ramai "seramai" semua pemandu yang memandu di atas muka bumi ini.

Maka, jika sebelum ini hanya pemandu teksi "diperhambakan secara moden" oleh pemilik syarikat teksi, mulai sekarang, pemandu kenderaan persendirian juga akan terperangkap dalam sistem perhambaan yang lebih zalim ini.

Ia akan terus berlaku sehingga "datang ketentuan Tuhan" yang seterusnya.
video








Sumber berita

berita-berita penipuan uber dan grabcar

UBER tekan pemandunya



KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan pengangkutan antarabangsa Uber berkata tidak pernah berniat menekan pemandu sesuka hati dan semua caj yang dikenakan terhadap ‘rakan kongsi’ mereka bertujuan untuk menaikkan taraf aplikasi.

Ketua Komunikasi Uber Leigh Wong berkata kenaikan caj terhadap pemandu merupakan inisiatif syarikat dan ia bukan dikenakan sesuka hati, tetapi semuanya ada asas tersendiri.

“Pemotongan hasil yang diperoleh pemandu daripada 20% kepada 25% itu memang benar. Ini untuk kebaikan rakan kongsi juga,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata demikian susulan rungutan pemandu Uber mengenai kenaikan caj pemotongan perolehan itu sejak Julai lalu.

“Bermula 1 Mac, pemandu yang baru berdaftar akan melalui pemotongan caj 25%. Ini untuk kebaikan pemandu juga kerana Uber ingin membantu anda menyediakan aplikasi terbaik dan pulangan akan berbalik pada anda semula,” katanya.

Leigh berkata, secara keseluruhannya Uber mahu rakan kongsi memperoleh pendapatan lebih lumayan pada masa akan datang dengan menjadikan aplikasi ini sebagai antara perkhidmatan pengangkutan terbaik.

Sementara itu, pemandu Uber Ahmad Lufti Kamal yang tidak gembira dengan langkah kenaikan caj itu berkata pada awal 2014, Uber hanya mengambil 10% daripada jumlah pemandu terima.

“Saya mula mendaftar sebagai pemandu Uber pada Februari 2016 yang mana syarikat memotong 20% daripada hasil kami terima. Namun pada Julai 2016, Uber menaikkan caj pemotongan kepada 25%,” katanya ketika ditemui FMT.

Lufti berkata tindakan Uber seolah-olah ‘menekan’ pemandu dalam tempoh hanya beberapa bulan saja dan ia tidak wajar. “Pemandu Uber semakin ramai. Saya akui pendapatan tidak ‘selebat’ dulu. Kalau dulu saya boleh terima sehingga RM800 seminggu, kini hanya sekitar RM200 saja. Itu belum termasuk waktu promosi yang ditetapkan Uber, hendak isi minyak pun tak lepas.

“Saya sayang karier sebagai pemandu Uber tetapi sekiranya Uber menaikkan peratusan pemotongan hasil, saya kena ucap selamat tinggal nampaknya,” katanya.

Mohd Zulkifli Naseri yang berkhidmat sebagai pemandu Uber sejak September 2015 berkata syarikat itu perlu tampil dengan syarat efektif pada masa depan dalam memastikan ia terus kukuh.

“Pengalaman hampir setahun memandu Uber menemukan saya dengan pelbagai karenah manusia. Kebiasaannya, penumpang akan memberi rating kepada kami apabila tiba di destinasi.

“Saya pernah diberi rating paras rendah walhal saya sudah berikan layanan lima bintang kepada penumpang. Mungkin keadaan kereta saya kecil membuatkan penumpang tidak berapa selesa agaknya,” katanya yang memandu Perodua Axia.

Zulkifli berkata beliau tidak berminat lagi untuk memandu untuk Uber kerana berpendapat syarikat itu tidak prihatin terhadap pemandu.

“Mereka tidak kisah kami yang susah payah memandu ke sana sini demi mencari wang poket dan pada masa sama menjana wang untuk Uber. Selepas beberapa kali Uber menaikkan caj pemotongan hasil, saya nekad tidak memandu Uber lagi,” katanya.

Uber mula memasuki pasaran Asia pada Februari 2013 dan berada di Kuala Lumpur pada Oktober 2013 secara atas talian. Perkhidmatan ini semakin popular kerana dikatakan lebih murah, cepat dan baik, tetapi penumpangnya tidak dilindungi insurans. Sumber berita

P/s
Kalau sudah kapitalis memang macam tu,dah banyak kali pendedahan dibuat,baca la pautan dibawah ni
uber di haramkan

yahudi

Pemandu Teksi:KAMI TAK UGUT KERAJAAN.



Kami tidak mengungut Kerajaan, kerana kami sayangkan Kerajaan, tetapi buat pengetahuan kau #SyedHamidAlbar, keputusan meluluskan kereta sapu Uber dan Grabcar merompak mata pencarian kami, akan menjadi pengajaran kepada kami, bahawa kau dan agensi kau (#SuruhanjayaPengangkutanAwam - #SPAD tidak boleh dipercayai.

Malah tindakan YAB Perdana Menteri yang mendiamkan diri juga menyedarkan kami bahawa keprihatinan yang beliau laungkan sebelum PRU 13 terhadap kebajikan kami adalah palsu.

Kami masih ingat kenyataan yang kau buat di Dalam Majlis Janji Di Tepati Pemberian 1000 permit teksi individu oleh YAB Perdana Menteri.

Ketika itu kau menyelar cadangan parti pembangkang yang ingin memberi kami permit teksi individu, kononnya cadangan parti pembangkang itu bertujuan memancing undi dan akan menyebabkan belakunya ketidakseimbangan (kebanjiran teksi) didalam industri teksi.

Tetapi kini... Kau bukan sahaja ingin menambah jumlah bilangan permit dengan menjaga kepentingan syarikat teksi, sebaliknya kau dengan niat jahat kau ingin membanjiri industri kami dengan kereta sapu #Uber dan #Grabcar, kebangsatan apakah yang cuba kau putar belitkan?

Kononnya kau nak menentukan transformasi industri teksi dapat dilakukan, dan berharap kami terus menyokong Kerajaan, kau sedar tak yang kau nak halalkan tu adalah kereta sapu yang merompak mata pencarian kami..?

Lagi kau berharap kami akan terus menyokong Kerajaan, kau ingat kami binatang ker yang bangang ker, dah periuk nasi kami ditabur pasir, lagi berharap kami menyokong kau, kebangangan apakah yang cuba tunjukkan ini?

Harapan kami, Kerajaan mengkaji semula kelulusan aktiviti kereta sapu beraplikasi dan menarik semula kelulusan tersebut.

Hampir 99% yang hadir semalam menolak Transformasi Teksi SPAD, dan jika perkara ini tidak ditangani dengan bijiksana, kami tidak menolak kemungkinan di PRU akan datang, kami tidak lagi menyokong Kerajaan.

Kami tidak menolak kemajuan teknologi apatah lagi menentang Kerajaan, tetapi kami cuma berharap Kerajaan sedia ada lebih telus dalam melakukan Transformasi Teksi, tanpa mengabaikan kebajikan dan ekonomi kami.

#KamalPERS1M
Sumber berita

P/s
Mane dia nak pandang masaalah pemandu teksi,
Masaalah dia sendiri pun tak selesai lagi.
Pru pasti berubah.
Gula-gula pun ditabur sehingga 150J...
Tapi kemana duit tu pergi?

SPAD TENDANG KELUAR TEKSI

SPAD 'TENDANG' KELUAR TEKSI BERDAFTAR TEMPATAN..!!

Sudah terang lagi bersuluh,JP@Pemandu Teksi Berdaftar sekarang sudah boleh 'angkat kaki' dari industri teksi negara..!!

JP yang masih menyewa teksi syarikat adalah kelompok pertama yang saya sarankan supaya memulangkan teksi mereka kepada syarikat masing-masing.
JP jangan menyeksa diri sendiri kerana sudah 'tiada esok bagimu'...!

Sebabnya saya sarankan begitu :
1. Kalau Kabinet kata 'GOOD to GO',JP nak kata apa selain 'nga alif nga..nganga..!
2. "Currently, there are around 77,000 registered taxi drivers nationwide"
"In the next three years, it is estimated around 150,000 new individual permit holder".

*Maknanya, persaingan mendapatkan penumpang/pelanggan akan menjadi terlalu sengit. Jumlah teksi terlalu banyak jika dibandingkan dengan permintaan,nanti sewa teksi JP tak mampu bayar,hidup akan dibebani hutang.!

Saya percaya, sebelum Syarikat Teksi 'tutup kedai', mereka akan tambah syarat2 tertentu yang 'menekan' JP hingga menggelupur.
Alasannya agak mudah"syarikat ni meniaga, mana ada orang meniaga nak rugi,hutang bank siapa nak tanggung..?

JP BERHENTI BAWA TEKSI...!
Beralihlah kepada kerjaya yang lain,rezeki itu ada dimana-mana.!
Jangan menyesal,kerana JP semua (yang jujur) telah banyak berjasa kepada para pengguna pengangkutan awam selama berkhidmat..! Welldone.
JP jangan berduka,kerana para proffesional/kelompok kecil masyarakat yang dulunya sering menghina kerjaya kita, sekarang mereka pula yang bergelar 'Pemandu Teksi'..!
Janganlah bersedih...kerana sekurang-kurangnya JP telah berjaya menunjukkan kepada rakyat terbanyak jawapan
'SIAPA YANG KAWAL SIAPA'..?
Pemimpin yang mengawal industri,ataukah kapitalis yang kawal pemimpin kerajaan..??

Biarkan penguasa dengan keangkuhan mereka. Biarkan pengguna sekarang dengan pilihan mereka.
JP pula akan jadi pemerhati adakah Uber Grabcar akan manipulasi/menaikkan tambang perkhidmatan mereka selepas 'sessi kelayakkan' ini selesai.
Dan kita akan tengok juga samada SPAD boleh kawal atau tidak mutu perkhidmatan 'INVISIBLE CAB' dengan konsep 'e-hailing' mereka itu..!
Kita tunggu dan lihat....'siapa pula yang kena'..!

Akhir sekali, SIMPAN baik-baik KATA-KATA KERAMAT ini : "There are making big mistake if the taxi drivers continue to blackmail us", warned Minister Of Tourism.

Selamat berhijrah...TUKAR.!!!

*Nota:-
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lenggan... Alang-alang tukar kerjaya teksi, kasi TUKAR kerajaan terus..!!

'Bersatu' 'Kearah Malaysia Yang Lebih Baik' dengan 'AMANAH PROGRSIF PEDULI'.

Sumber berita

Pemandu teksi tolak BN jika Uber, Grabcar diluluskan



KUALA LUMPUR: Lebih 95% pemandu teksi seluruh negara akan menolak BN, pimpinan Datuk Seri Najib Razak jika kerajaan meluluskan perkhidmatan kereta sapu, Uber dan Grab serta menghapuskan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

Ugutan itu dibuat Pengasas Teksi Premium Big Blue Datuk Shamsubahrin Ismail dan berkata pemandu teksi akan memulau kerajaan jika cadangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu diterima kerana ia akan merosakkan industri teksi.

“Pada PRU13 Najib cakap dia akan pertahankan dan tidak akan membelakangkan, atau khianat kedudukan pemandu dan industri teksi.

“Sekarang kalau Uber diluluskan dan PSV dimansuhkan, dia (Najib) mengkhianati industri teksi seperti yang dijanjikan,” katanya pada sidang media di KLCC hari ini.

Shamsubahrin berkata terdapat 75,000 pemandu teksi di seluruh negara dan beliau yakin 95% daripadanya tidak akan mengundi BN pada PRU14 jika Uber diluluskan dan PSV dihapuskan.

Beliau berkata pihaknya sudah letih menyerahkan memorandum kepada pihak terlibat namun tidak ada tindakan diambil, malah memandang remeh desakan industri teksi.

“Sekarang ini walaupun berpuluh-puluh memorandum kita hantar ia tidak berhasil. Jadi memorandum terbaik jika kerajaan melalui SPAD meluluskan Uber dan hapus PSV, adalah dengan menukar kerajaan,” katanya.

Katanya, pemandu teksi bukannya membantah Uber tetapi pelaksanaan perkhidmatan itu tidak sesuai dibuat pada masa ini kerana kerajaan melalui SPAD perlu melakukan transformasi kepada industri teksi terlebih dulu.

“Saya harap Najib tangguh dulu perkhidmatan Uber, kita betulkan industri teksi, turun padang tengok permasalahan industri teksi.

“SPAD juga perlu meningkatkan undang-undang ambil tindakan kepada pemandu teksi yang tidak berdisiplin menaikkan harga tambang, tidak patuh etika pemakaian dan sebagainya. Industri ini perlu ditransformasikan.

“Kita patut malu pada Indonesia, kita cakap teksi kita boleh ambil penumpang di tepi jalan itu dan ini, tapi caj mahal. Tetapi teksi Indonesia, walaupun pemandunya miskin dia tak tipu dan caj mahal,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan mempertimbangkan untuk membenarkan perkhidmatan uber di negara ini, dan terbaru SPAD akan memansuhkan lesen PSV pemandu teksi dan digantikan dengan sistem baharu bagi diseragamkan dengan perkhidmatan Uber dan GrabCar.

Sistem baharu itu bertujuan memastikan perkhidmatan teksi, Uber dan Grabcar dapat bersaing secara sihat dan memberi perkhidmatan paling efisien kepada penumpang.

P/s
Tokey2 teksi yang lain masih diam membisu. Aku, walaupun tak berapa suka dengan Shamsubahrin ni, Kerana tidak membenarkan teksi2 lain mengambil penumpang di klcc dan sekitarnya, terpaksa sokong juga buat waktu sekarang ni.

HARUSKAH WARGA TEKSI TERUS MENYAKINI KERAJAAN?



Didalam Majlis Janji Di Tepati Pemberian Lesen Teksi Individu oleh YAB Perdana Menteri, #SyedHamidAlbar mendakwa rancangan Parti Pembangkang tidak mementingkan kebajikan pemandu teksi, sebaliknya hanya untuk memancing undi.

Namun apa yang dapat saya dan seluruh warga teksi lihat ketika ini adalah sebaliknya, kepercayaan dan sokongan yang diberikan warga teksi kepada Kerajaan telah dikianati.

Sebelum Pilihan Raya 13, Syed Hamid Albar pernah mencelar rancangan parti pembangkang untuk memberi permit teksi individu kepada seluruh warga teksi, kononnya rancangan pembangkang itu tidak bijak dan akan hanya mewujudkan ketidakseimbangan diantara pertambahan bilangan penduduk dengan pertambahan bilangan teksi, katanya sudah pasti nisbah tersebut akan bercelaru dan akan menjejaskan periuk nasi pemandu teksi dan bukan menjejaskan periuk nasi parti pembangkang.

Namun apa yang sedang dilakukan oleh SPAD ketika ini lebih teruk dan jahat, SPAD bukan ingin menaiktaraf mutu perkhidmatan teksi, sebaliknya mereka merancang melesenkan kereta sapu Uber dan Grabcar yang jelas telah mencabuli Perundangan Negara, tanpa memperdulikan kebajikan dan ekonomi pemandu teksi yang terjejas teruk.

RUMUSAN:
Rancangan melesenkan kereta sapu Uber dan Grabcar menyerupai rancangan yang pernah dikemukakan parti pembangkang pada PRU13 untuk membebaskan pemandu teksi dari cengkaman penjajahan syarikat.

Cuma bezanya rancangan parti pembangkang lebih telus, iaitu mengutamakan pihak yang lebih berhak (pemandu teksi), berbanding rancangan SPAD kini yang ingin menambah jumlah teksi dengan melesenkan kereta sapu haram tanpa memikirkan kebajikan pemandu teksi yang sah.

Apa yang dapat saya katakan, rancangan parti pembangkang lebih baik berbanding rancangan yang dikemukan #SuruhanjayaPengangkutanAwamDarat. Rancangan SPAD tidak telus dan seperti mempunyai kepentingan tertentu sehingga sanggup berkompromi aspek keselamatan pengguna.

PERSOALANNYA:
1. Apakah dengan melesenkan Uber dan Grabcar tidak akan menyebabkan belakunya kebanjiran teksi didalam industri?

2. Apakah dengan melesenkan kereta sapu haram yang beraplikasikan #Uber dan #Grabcar tidak akan mewujudkan ketidakseimbangan bilangan penduduk dengan pertambahan bilangan teksi?

3. Apakah periuk nasi pemandu teksi kini tidak terjejas dengan kelahanatan SPAD?

4. Dengan keadaan sekarang, siapakah yang sebenarnya memancing undi?

5. Wajarkah warga teksi terus menyakini janji-janji Kerajaan, atau mengharapkan pihak Parti #Pembakang membela nasib mereka?

#KamalPERS1M

Sumber

Pemandu Uber dan Grabcar mengeluh ditipu

perkhidmatan uber dan Grabcar belum sah di sisi undang-undang


Sejak kebelangan ini semakin ramai pemandu-pemandu kereta sapu beraplikasi #Uber dan #Grabcar mula mengeluh dengan ketidakadilan yang belaku terhadap mereka.



Sebenarnya masih terdapat banyak lagi rungutan dan ketidakpuasan hati yang dimuat naikkan ke laman sesawang, namun dipercayaan jentera IT syarikat aplikasi kereta sapu telah memadamkan (#delete) atau menghilangkan (#hidden) aduan-aduan yang di muat naik, bagi memperlihatkan aktiviti haram mereka lebih bagus dari perkhidmatan teksi yang sah.

 

Dalam pada itu, sebuah lagi laporan Polis telah dibuat oleh seorang barua Grabcar yang diperacayai tidak berpuas hati diatas keengganan pihak Grabcar membantu beliau mendapatkan semula telefon bimbitnya yang dicuri penumpang.


KESIMPULANNYA :
Benda yang busuk akan tetap busuk, walaupun direndam dalam kasturi.

Mujur tidak ada kemalangan maut, jika tidak pasti mati katak, syarikat aplikasi kereta sapu tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan nyawa dan harta benda pemandu dan penumpang.

Selain itu cuba hayati pengakuan benar dari pemandu Grabcar di Singapore.

"I Drove Uber For 3 Weeks and This Is What I Think!"

#KamalPERS1M

Sumber berita

PENUMPANG MAUT TERCAMPAK DARI KERETA SAPU.






Baru-baru ini telah belaku satu kemalangan maut yang melibatkan aktiviti kereta sapu, kemalangan maut itu belaku di Shah Alam Selangor, namun malangnya kemalangan maut tersebut masih tidak mampu memberi kesedaran kepada #SuruhanjayaPengangkutanAwamDarat, #JPJ mahupun #KementerianPengangkutan bertapa beresikonya aktiviti kereta sapu.

Mungkin kerana kemalangan maut tersebut hanya melibatkan seorang wanita warga Indonesia, lalu kemalangan maut tersebut tidak diberi liputan luas dari pihak media khususnya #Radio dan #TV.

Cuba bayangkan jika kemalangan maut tersebut melibatkan ahli keluarga kita, pasti ketika itu kita akan sedar kadar tambang murah yang ditawarkan kereta sapu beraplikasi mahupun tidak beraplikasi adalah satu aktiviti yang beresiko.

Cuba kita bayangkan pula jika kemalangan maut itu melibatkan ahli keluarga #VVIP atau #Menteri, pasti tidak sampai 24 jam Kerajaan khusnya #SPAD akan mengistiharkan kereta sapu beraplikasi mahupun tidak beraplikasi adalah aktiviti Haram dan salah disisi Undang-Undang, pasti ketika itu Kementerian Pengangkutan, SPAD dan JPJ akan sedar aktiviti haram itu bukan sekadar kemajuan teknologi seperti yang difikirkan, sebaliknya aktiviti tersebut adalah satu penyalahangunaan kemajuan teknologi bagi mencari keuntungan dan mencabuli Undang-Undang.

FAKTA :
#Uber dan #Grabcar adalah sebuah aplikasi tempahan pengangkutan yang menyediakan perkhidmatan menghubungkan pengguna dengan prebet sapu dan kereta sapu.

Prebet sapu adalah sebuah aktiviti penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam darat yang menggunakan kenderaan yang tidak berpermit dan disahkan selamat oleh #PUSPAKOM, pemandu prebet sapu tidak mempunyai lesen PSV dan tidak berdaftar dengan SPAD.

Kereta sapu adalah sebuah aktiviti penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam darat yang menggunakan kenderaan yang tidak berpermit dan tidak disahkan selamat oleh PUSPAKOM, pemandu kereta sapu tidak mempunyai lesen PSV dan tidak berdaftar dengan SPAD.

Tetapi kedua-dua aktiviti yang melanggar undang-undang Negara ini tidak dibenteras oleh SPAD, JPJ dan Kementerian Pengangkutan, sebaliknya ketiga-tiga agensi Kerajaan ini berpendapat masyarakat mengemari aktiviti haram ini, maka itu aktiviti haram ini perlu dibiarkan, tetapi yang peliknya kenapa rokok seludup, dadah, ganja yang juga disukai masyarakat dibenteras.

#KamalPERS1M
#BernamaRadio
#AstroAwani
#Sinar

Sumber berita:

Penipuan dari uber dan grabcar

Dalam memberi perkhidmatan pengangkutan awam, pemandu teksi sudah terbiasa dengan kerenah penumpang.

Bagi pemandu uber dan grabcar, ia sesuatu yang baru, kerana tiada pengalaman sebegini.









Bayak lagi keluhan pemandu grabcar dan uber ini, jika hendah didedahkan.

Teksi pengangkutan awam yang sah

TEKSI ADALAH PENGANGKUTAN AWAM CUKUP SIFAT YG DIPERAKUI DISELURUH DUNIA :

Perkhidmatan Teksi adalah perkhidmatan 24jam pintu ke pintu yang diterimapakai diseluruh Dunia.

Teksi diperakui sebagai Kereta Pengangkutan Awam yang selamat berdasarkan :
1. Mempunyai Identiti Khas yang dikenal diseluruh Dunia.
2. Memaparkan tiga penjuru Nombor Pendaftaran didalam Kenderaan.
3. Memaparkan Identiti Pemandu.
4. Pemandu menjalani Pemeriksaan Doktor tiap2 Tahun.
5. Kenderaan menjalani Pemeriksaan Puspakom tiap2 Tahun.
6. Penumpang dilindungi Insuran.

Teksi boleh diambil dengan pelbagai cara.
1. Lambai semasa dia bergerak.
2. Ambil dihentian.
3. Tempah menggunakan Radio Operator.
4. Tempah menggunakan Sistem Internet.
5. Berlangganan.
6.Aplkasi tempahan online

Bayaran menggunakan Kad Kredit juga diterima, oleh setengah teksi yang memberi perkhidmatan kad kredit.

Selain dari itu,Lambakan Permit Teksi sudah melebihi keperluan,Dimana sebelum kewujudan Kereta Sapu pun, Pemandu2 dah tak cukup makan.

Kelemahan dibidang Pengangkutan Awam Darat Negara berpunca dari sistem PENGURUS TADBIR yang tidak menjalankan tugas sebagaimana seharusnya.

1. MEMBELA :
Dimana Mereka kena tahu berkaitan Pendapat purata Pemandu berpatutan dengan corak kerja dan resiko yang perlu ditanggung seseorang Pemandu.
Misalnya : Sesebuah Teksi boleh memperolehi hasil bersih diantara Rm.3.000.00 hingga Rm.5.000.00 sebulan berdasarkan kerja 8jam hingga 15jam sehari.

2. MELINDUNGI :
Memastikan tiada Pencerobohan seperti :
A. Perkhidmatan Kereta sapu.
B. Penyalahgunaan Lesen Bas/Van Pesiaran. C. Ulat Lapangan Terbang.. Ulat Terminal Bas..Ulat Hotel.. Ulat Restoran Asing.. Ulat Kampus.. dll.

3. MENDIDIK :
Dimana Mereka perlu mendedahkan Peraturan2 dengan menganjurkan Kursus dan Seminar yang dilakukan oleh Mereka sendiri dan bukan dengan melantik mana2 Syarikat Swasta buat duit.

4. MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG MENGIKUT UNDANG-UNDANG DASAR MEREKA YANG SAH :
Segera bertindak sekiranya berlaku pencabulan Undang-undang tanpa kompromi.. Tiada istilah BOLEH RUNDING dengan Penceroboh.

Sekiranya Suruhanjaya yang mengurus tadbir berfungsi dengan sempurna.. Maka permasaalahan Pengangkutan Awam Darat Teksi dapat diminimumkan.

Cuba bandingkan diantara kesempurnaan Teksi dengan Keretasapu.
Dimana..corak perkhidmatan Keretasapu terhad kepada :
A. Tempahan melalui Internet sahaja.
B. Pengguna dan Penguatkuasa sulit untuk mengenal pasti kenderaan oleh kerana kenderaan yang digunakan sama dengan kenderaan persendirian.
C. Tiada jaminan bahwa perkhidmatan Mereka akan sentiasa tiada masalah.

Jadi.... Tiada keperluan untuk Kerajaan.. Kementerian Pengangkutan dan SPAD untuk membenarkan dan melesenkan Keretasapu di Negara ini.

Percayalah.. Membenar dan melesenkan Keretasapu akan menambahkan masalah baru.

Banyak Negara di Dunia telah mengharamkan perkhidmatan yang begini oleh kerana kajian Mereka mendapati Perkhidmatan Keretasapu tidak sesuai diperkenalkan dan menceroboh Sistem Perundangan Pengangkutan Awam yang lebih sempurna.

Saya amat tertarik dengan Satu petikan dari Tansri Pengerusi SPAD yaitu MUHASABAH DIRI.

Edit dari sumber

Uber diarah membayar 25juta usd



Dua negeri di Amerika Syarikat,San Francisco dan Los Angeles, telah memenangi saman terhadap uber kerana mengabaikan hak hak penguna.Malangnya di Malaysia kerajaan menyokong pula perkhidmatan uber, ini kerana kerajaan telah melabur didalam syarikat ini.

Artikel dari https://www.yahoo.com/news/uber-agrees-settle-california-suit-misleading-customers

SAN FRANCISCO (Reuters) - Uber Technologies Inc [UBER.UL] agreed to a $25 million settlement to end a civil lawsuit in California that accused the ride-sharing company of misleading customers about the strength of its background checks on drivers, prosecutors in Los Angeles and San Francisco said on Thursday.

Uber must pay $10 million within 60 days, and the remaining $15 million will be waived if Uber complies with the terms of the agreement for two years, the San Francisco and Los Angeles County district attorneys said in statements.

"It sends a clear message to all businesses, and to startups in particular, that in the quest to quickly obtain market share laws designed to protect consumers cannot be ignored," San Francisco District Attorney George Gascón said.

Uber welcomed the settlement. "We're glad to put this case behind us and excited to redouble our efforts serving riders and drivers across the state of California," it said in a statement.

The case was filed in December 2014 by the two district attorneys, who alleged that Uber misled its customers about the strength of its background checks on drivers.

The civil complaint also contended that Uber drivers work at airports without obtaining authorization, and in the case of San Francisco, charged a $4 extra fee to passengers traveling there, without paying anything to the airport.

The agreement bars Uber from making untrue statements about its background checks and from charging airport "tolls." In addition, the company must ensure that its fare calculations meet state measurement standards.

Uber said it has already made many of the changes, including no longer callings its service the "safest ride on the road" or calling its background checks "the gold standard."

(Reporting by Anet Josline Pinto in Bengaluru and Curtis Skinner in San Francisco; Editing by Fiona Ortiz)

Boleh baca sini  SIAPA PEMILIK UBER ? 

Kuala Lumpur lumpuh kali kedua

KEMARAHAN PEMANDU TEKSI.
KL LUMPUH.
8.4.2016

SPAD punya pasal, Polis susah, orang ramai susah, pemandu teksi lagi susah.

Pemandu teksi tak mahu MOGOK, tapi bila mereka dah tak boleh cari makan, mereka terpaksa buat sesuatu untuk anak bini mereka, so wajarkah mereka dipersalahkan.

Sebelum ini banyak sangat pihak yang merompak mata pencarian pemandu teksi.

Mana keprihatinan Kerajaan?








Sumber:facebook.com/groups/

GRABCAR KEMALANGAN

GRABCAR KEMALANGAN.




1. Pemandu tidak berkelayakkan, tak ada Lesen PSV.

2. Kenderaan penuh stiker, yang tidak pasti diluluskan #JPJ atau tidak.

3. Kenderaan yang digunakan dipercayai bukan kenderaan berlesen pengangkutan.

4. Melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987 bawah agensi JPJ.

4. Melanggar Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 dibawah Agensi #SPAD.

Tetapi 2 agensi Kerajaan ini (JPJ & SPAD) merasakan mereka tidak mempunyai bidang kuasa menanggani masalah kereta sapu Uber dan Grabcar.

Kesimpulannya:
Dulu zaman LPKP dibawah pemerintahan Tun M, kereta sapu tidak berani menunjukkan diri

Tetapi dibawah SPAD, kereta sapu bukan sahaja berani menunjukkan diri, malah mereka berani mencabuli Perlembagaan Negara secara terang-terang, mereka mempromosikan aktiviti haram mereka seperti Malaysia tidak ada Undang-Undang.

2 Agensi Kerajaan (SPAD & JPJ) hanya mampu membuat kenyataan perkara tersebut diluar bidang kuasa mereka, rasanya mungkin mereka sedang sabotaj kepimpanan YAB Perdana Menteri.

Artikel Admin Copy dari Facebook grop

Penyamun teksi tumpas



Kuala Lumpur: Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun teksi dikenali Geng Kumar Setapak dengan penahanan 10 lelaki di sekitar Kuala Lumpur,disini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, suspek berusia 17 hingga 33 tahun ditahan di tiga lokasi di sekitar Cheras dan Setapak.

Menurutnya, kumpulan terbabit yang aktif menyamun teksi sejak tahun lalu diketuai Kumar Setapak berjaya ditahan dalam sekaran jalan raya yang dilakukan pihaknya.

"Ketika ditahan tiga daripada kumpulan berkenaan sedang menyamun sebuah teksi dan melalui sekatan jalan raya di Salak Selatan.

"Susulan penahanan itu polis berjaya menjejak tujuh lagi ahli kumpulan ini. Kita percaya dapat menyelesaikan 13 kes samun teksi di sekitar daerah ini,"katanya.

p/s
Sudahlah sumber pendapatan pemandu teksi disamun,
dah dapat pun kena samun juga...
Nasib pemandu teksi kini...

Sumber:metro.com.my

Sokongan kerajaan terhadap uber





Petaling Jaya : Persaingan sengit pemandu teksi 'terhadap Uber telah memasuki pusingan baru apabila Khazanah Nasional Berhad telah melabur secara tidak langsung dalam syarikat pembangunan teknologi yang berpangkalan di San Francisco sejak tahun lepas.

Pengarah Khazanah (pejabat Pengarah Urusan) Mohd Raslan Md Sharif telah mengesahkan dengan theSun bahawa cabang pelaburan milik negara telah mengambil kepentingan secara tidak langsung dalam Uber Technologies Inc melalui pelaburan ekuiti pertumbuhan global General Atlantic LLC.

Walau bagaimanapun, jumlah yang dilaburkan oleh Khazanah tidak diketahui. Uber kini bernilai sekitar AS$51 bilion (RM217.85 bilion).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang (JKBPTLK) Zailani Isa Usuludin berkata pelaburan Khazanah mengesahkan kesangsian beliau daripada perjanjian rahsia di sebalik kehadiran Uber di negara ini.

"Sekarang saya faham kenapa Kementerian Kewangan telah meluluskan 'Teksi sapu' perkhidmatan Uber yang menyalahi undang-undang ini," katanya, merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung Kementerian Kewangan sebagai jawapan balas positif Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah pada Uber.

Bulan lalu, Mohd Irwan telah menyatakan bahawa perniagaan Uber ini akan membolehkan golongan berpendapatan rendah untuk menambah pendapatan mereka, yang mana ianya adalah sejajar dengan wawasan kerajaan ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Ujar Zailani: "Kami sering tertanya-tanya jika ada tangan ghaib di belakang kemajuan Uber di Malaysia kerana tidak ada tindakan sama sekali untuk menghentikan adanya aplikasi Uber dan GrabCar."

Beliau juga menuduh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membantu pertumbuhan Uber.

"Kami merayu kepada SKMM dan agensi lain untuk menutup aplikasi Uber dan perkhidmatannya. Semuanya terbukti sia-sia," katanya, sambil menambah bahawa injunksi mahkamah akan difailkan terhadap SKMM dan Uber pada akhir bulan ini.

Pada 27 Dis, theSun melaporkan bahawa Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar telah menyelar SKMM kerana mengelak dari bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap aplikasi Uber kerana mereka yang bertanggungjawab untuk ruang siber, teknologi dan perkara-perkara berkenaan aplikasi mudah alih.

Percubaan theSun mendapatkan jawapan rasmi daripada SKMM sejak 3 minggu lalu tidak berjaya.

Syed Hamid telah menyatakan bahawa Suruhanjaya Pengangkutan telah bertemu Eksekutif SKMM beberapa kali bagi membincangkan nasib pemandu teksi seterusnya mengharamkan aplikasi Uber.

Difahamkan bahawa dalam salah satu mesyuarat, ia telah mendakwa bahawa seorang Eksekutif Kanan dari MCMC menyamakan aplikasi Uber sebagai serupa dengan "pisau".

"Pisau tersebut adalah alat untuk pelbagai tujuan baik dan buruk baiknya adalah jika seseorang menggunakan dengan cara yang betul seperti untuk memasak dan hidup dalam hutan, dan buruk jika pisau yang digunakan untuk niat berbahaya. Kita tidak boleh sewenangnya mengharamkan sesuatu yang berinovasi seperti aplikasi Uber hanya kerana ia dianggap sebagai satu ancaman kepada pihak tertentu, "kata pegawai kanan SKMM tersebut..

P/s
Baca aplikasi-teksi-uber-dan-yahudi, ini bermakna kerajaan juga menyokong dakyah yahudi.

Salin dari Facebook
Asal thesundaily.my

Demo pemandu teksi:Nasihat untuk semua.


Susulan demo pemandu teksi membantah uber dan grapcar, Ramai netizen membantai pemandu teksi, dengan berbagai gelaran.Ditambah dengan netizen upahan untuk menghangatkan suasana.Bacalah artikel dibawah untuk renungan bersama.



Kepada pengguna yang sudah menjadi pelanggan tetap Uber/Grab, jangan terlalu suka, kebanyakan pemandu Uber/Grab yg anda guna sekarag, dulunya juga adalah driver teksi. Jika SPAD digagalkan dari mengawalselia teksi, maka kita semua perlu sanggup "dikawalselia" oleh capitalist yg bakal menguasai industri teksi.

Saya hanya nak ingatkan bahawa AppsSapu dll ini tidak dikawal oleh sebarang peraturan mengenai tambang dll. Tambang yang murah sekarang ini lebih kerana inisiatif mereka utk menyaingi (membunuh) industri teksi. Apabila teksi lumpuh, mereka akan menguasai pasaran.., maka pada waktu itu.., bersedialah dgn kadar tambang baru yg akan mereka kenakan nanti. Jgn nnt menjerit salahkan kerajaan bilamana kad kredit anda dicaj RM500 dari KLCC ke Bangsar (pada waktu puncak).

Rajin2lah membaca bagaimana modus operandi Uber di luar negara. Banyak kes mereka mengenakan caj berpuluh kali ganda pada waktu puncak.

Pilihan di tangan anda,samada ingin menyokong teksi yang sedia ada atau #AppsSapu.(uber dan grapcar)

Jangan fikir pemandu teksi yg anda marah itu akan #menderita dan #menyesal,bahkan mereka sebenarnya akan lebih gembira utk beralih menjadi pemandu AppsSapu kerana kos operasi mereka akan dapat dikurangkan dengan ketara.

Kepada rakan driver Uber/Grab (kebanyakan yg sy kenal bekas teksi juga), jangan seronok sangat "defend" apps kesayangan anda. Selepas teksi lumpuh nanti, majikan anda akan manipulate anda utk keuntungan maksimum mereka.

Tak percaya..??? Tunggu sahajalah masa dan ketikanya. Tiada capitalist yg sanggup berbelanja besar melainkan dgn tujuan utk mengaut keuntungan yg besar juga.. Rajin2lah baca mengenai nasib driver2 Uber di New York dll...

Jika ingin membaca berita teksi dunia, layarilah taxinews.com 

P/s
Artikel admin Copy dari fb rakan Blogger taxidriversmind.blogspot.my.
Seseorang yang berpengalaman luas didalam industri teksi Malaysia. Menjawat, jawatan sebagai setiausaha di koperasi teksi.Lihat  facebook.com

BEBASKAN SEGERA 5 PEMANDU TEKSI

Kenyataan Media pemuda AMANAH.

BEBASKAN SEGERA 5 PEMANDU TEKSI YANG DITAHAN POLIS
Gambar Malaysia kini

Negara dikejutkan dengan tunjuk perasaan oleh pemandu teksi di Kuala Lumpur kerana tidak berpuas hati dengan kegagalan kerajaan menyelesaikan isu perkhidmatan teksi Uber dan Grabcar.

Tunjuk perasaan yang diadakan sendiri oleh pemandu teksi tanpa kehadiran atau anjuran mana-mana parti politik atau ngo menunjukkan kemarahan rakyat terhadap kepincangan pentadbiran kerajaan yang gagal menyelesaikan masalah rakyat.

Tunjuk perasaan ini juga adalah satu isyarat jelas bahawa keperitan hidup rakyat yang dihimpit dengan kos sara hidup dan barang yang tinggi sudah sampai ke kemuncaknya.

Justeru Pemuda AMANAH mendesak pembebasan segera 5 orang pemandu teksi yang ditahan kerana hak dan kebebasan mereka dijamin bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Penahanan mereka tidak menyelesaikan isu pokok yang menghantui rakyat hari ini. Usah bertindak zalim terhadap rakyat. Kezaliman ini harus dihentikan.

Seharusnya, satu penyelesaian yang efisyen dan drastik perlu diambil kerajaan bagi menyelesaikan isu ini kerana pemandu teksi perlu menanggung kos yang tinggi setiap hari dan pendapatan mereka terjejas teruk akibat isu ini.

Pemuda AMANAH bersedia menawarkan perkhidmatan guaman kepada mereka yang ditahan. Kami juga berharap agar keluarga mereka diberikan kesabaran dan kekuatan dalam berhadapan rejim yang zalim ini.

FAIZ FADZIL Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional / Pengarah Biro Pengguna & Pekerja

30 Mac 2016

Perkhidmatan Uber, Grabcar akan didaftarkan.



Kementerian Pengangkutan akan memastikan perkhidmatan teksi alternatif seperti Uber dan Grabcar didaftarkan di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) secepat mungkin.



Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata SPAD telah diminta untuk mempercepatkan proses pendaftaran pemandu yang terlibat dengan perkhidmatan itu bagi mengelak berlaku syak wasangka dalam kalangan pemandu teksi.

"SPAD dan kementerian memang bersetuju kita perlu daftarkan pemandu Uber dan Grabcar serta lesenkan mereka untuk pastikan pemandu teksi tak rasa diabaikan," katanya kepada Bernama

P/s
Apa yang pemandu teksi mahukan,uber dan grapcar harus mengunakan teksi sebagai kenderaannya bukan kereta persendirian seperti sekarang.

Kenyataan menteri masih tidak memahami apa yang pemandu teksi mahukan.Dengan lambakan teksi sekarang dan ditambah dengan kereta persendirian yang akan diluluskan akan menambah beban kepada pemandu teksi sedia ada.

Pihak syarikat teksi juga masih membisu dalam hal ini demi menjaga kepentingan peribadi.

Pada admin, pemandu teksi sentiasa dipolitikkan oleh mereka yang berkepentingan,marilah kita pemandu teksi berpolitik pula dengan menukar kera  jaan yang tidak memperdulikan kita, dengan kerajaan yang memahami permasalahan teksi.

Perhimpunan membantah uber dan Grabcar

Perhimpunan pemandu teksi untuk membantah tindakan kerajaan terhadap perkhidmatan uber dan grapcar.




Cekal datang walaupun bertongkat, demi industri teksi negara.


Polis sebelum itu memberi kata dua kepada pemandu teksi berkenaan supaya bersurai sebelum jam 12 tengah hari dan bertindak menangkap mereka selepas tempoh itu berakhir.

Demonstrasi bermula pada jam 10 pagi, dengan pemandu teksi berhimpun di sepanjang Jalan Bukit Bintang, berhampiran dengan Pavillion Mall.

Polis trafik kemudiannya bertindak balas dengan menyekat jalan-jalan di sekitar kawasan itu untuk menghalang lebih banyak teksi daripada memasuki kawasan tunjuk perasaan.

Polis turut mengerahkan kira-kira 30 anggota di kawasan berkenaan. Dua Black Maria dan dua trak tunda juga berada di kawasan itu.

sumber gambar:whatapp grop
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome