//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://mytaxiklia.blogspot.my

Perhimpunan Aman Pemandu Teksi serah memorandum



Vape:BN akan hilang sejuta undi anak muda



KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan hilang undi dari anak muda sekiranya gagal menyelesaikan isu vape.

 Amaran itu diberikan Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Ridzuan Abdullah, susulan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia melakukan operasi rampasan vape baru-baru ini.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu campur tangan dalam menyelesaikan isu berkenaan bagi memastikan nama kerajaan tidak tercemar di mata pengguna vape.

“Kita mohon Perdana Menteri campur tangan dalam isu ini sebab hal ini melibatkan lebih daripada satu juta pengguna yang menggunakan vape ini.

“Kita mohon kerajaan pusat pastikan anak muda ini terbela, mereka berniaga kenapa nak menyusahkan mereka, kalau benda ini tidak selesai kerajaan sedia ada ini akan hilang satu juta undi, ini yang akan berlaku,” katanya kepada pemberita di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Ahad.

Mengulas lanjut, dia turut mendesak Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam meletak jawatan sekiranya gagal menyelesaikan isu ini dengan baik.

Vape:Tindakan KKM melampaui batas.




kenyataan cikgu bad SAMM
Kenyataan Media.
7 Nov 2015.
Tindakan KKM melampaui batas.

Rentetan peristiwa yang telah berlaku sepanjang tiga hari yang lalu bermulanya dengan kenaikan cukai harga rokok telah menyaksikan kerakusan sebuah badan kementerian kerajaan dalam menangani sesuatu isu.

Bermulanya daripada pengumuman oleh Menteri Kesihatan Malaysia sendiri iaitu Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang mengatakan akan merampas setiap cecair perasa atau lebih dikenali sebagai flavor dikalangan pengguna vape yang mempunyai kandungan nikotin. Ini jelas telah mendatangkan kegusaran buat kesemua pengguna vape dari pelbagai peringkat umur. Ini adalah kerana vape hari ini adalah satu alternatif yang kelihatannya telah berjaya menangani isu ketagihan rokok oleh kebanyakan perokok tegar di dalam negara. Umum sedia maklum bahawa hampir 90% jenis flavor yang dijual di dalam Malaysia mengandungi nikotin. Sebagai garis panduan kepada KKM, antara yang terkandung didalam sesebuah flavor adalah cecair asal iaitu air,bahan perisa seperti perisa buah-buahan dan sedikit cairan nikotin yang jika dikaji mengikut sukatannya adalah jauh lebih selamat berbanding dengan kandungan bahan yang boleh kita temui dalam sebatang rokok tradisional. Sekadar sedikit peringatan kepada KKM, mungkin mereka telah terlupa akan ayat " Produk ini mengandungi lebih 4000 bahan kimia termasuk tar,nikotina dan karbon monoksida yang membahayakan kesihatan"

Ini secara jelas telah mewujudkan 'sikap double standard' yang secara jelas telah dipamerkan oleh KKM. Rokok yang diakui dunia memang merbahaya dan boleh mengundang kepada penyakit seperti barah paru-paru dan kanser dijual secara meluas di setiap pasaran negara. Amat mendukacitakan bila rokok yang satu masa dahulu diangkat sebagai musuh negara,diberhentikan pengiklanannya di media elektronik secara meluas,difatwakan haram,disahkan merbahaya kini masih dijual meluas didalam negara. Malah lebih melucukan bila vape sebagai salah satu alternatif bagi mengubati ketagihan rokok diperangi habis-habisan.

PERHIMPUNAN AMAN WARGA TEKSI DEMI MEMARTABATKAN HAK PEMANDU TEKSI.



PERHIMPUNAN AMAN BESAR-BESARAN WARGA TEKSI DEMI MEMARTABATKAN HAK PEMANDU TEKSI.

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dengan rasa rendah diri, kami dariJAWATANKUASA BERTINDTAK PEMANDU TEKSI LEMBAH KELANG (JKBPTLK) ingin menyeru dan mengajak seluruh warga teksi agar bersama-sama kami mengadakan satu perhimpunan aman besar-besaran.

Asas perhimpunan aman ini diadakan adalah bertujuan menarik perhatian Kerajaan bagi mendengar luahan rasa kecewa dan ketidakpuasan hati kita terhadap SPAD yang telah terbukti gagal melindungi dan menjamin kebajikan serta ekonomi kita.

Didalam Majlis Janji Di Tempati Pemberian 1000 Lesen Teksi Individu oleh YAB Perdana Menteri, Syed Hamid Albar Pengerusi SPAD telah memaklumkan bawaha Kerajaan telah mengarahkan SPAD supaya merangka langkah-langkah tertentu secepat mungkin demi menjamin kebajikan dan ekonomi kita (pemandu teksi). Itu adalah dasar Kerajaan.

Namun SPAD yang telah diamanahkan tanggungjawap menjamin kebajikan dan ekonomi kita, bersikap lepas tangan, dan menyalahkan kita. Belbagai tindakan demokrasi telah dilakukan oleh beberapa Persatuan Teksi, seperti mengadakan perjumpaan dengan SPAD, menghantar memorandum dan mengadakan perhimpuan aman anjuran sesebuah Persatuan Teksi.

Namun sehingga hari ini kita dapat melihat industri teksi kita semakin parah, penumpang kita dicuri Uber dan Grabcar, imej kita diburukkan, system monopoli diperkembangkan, kebajikan kita tidak dijaga dan ketirisan pendapatan kita  tidak dibendung.

Cuba kita muhasabah diri, sampai bilakah kita harus mendiamkan diri dan membiarkan pihak yang sepatutnya membela nasib kita mengabaikan tanggungjawap mereka?

Apakah kita ini sampah? Stayed mungkah kita ini hamba abdi yang hanya layak diarah memberi perkhidmatan berkualiti, tanpa kebajikan dan ekonomi kita dilindung?

Sedarilah sahabat-sahabatku.... Kita adalahgolongan yang terlibat secara langsung didalam perolehan pendapatan Negara,makanya Kerajaan meletakkan Industri Teksi dibawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Selain daripada itu kita harus sedar, kita adalah satu komuniti yang sangat besar, dan kita mampu mempengaruhi sesuatu keputusan didalam Pilihan Raya. Dalam satu kenyataan yang dibuat SPAD, komuniti pemandu teksi kini mencecah lebih 100,000.

Kesan buruk TPPA kepada industri teksi negara.


Salam pembaca blog Aku dan Teksi.
Sekarang ini industri teksi negara berada dalam kekacauan
gara2 penyedia app Uber dan GrabCar.
Mereka begitu berani mencabar undang2 negara dengan pihak SPAD tidak dapat berbuat apa2 untuk membela pemandu teksi.

Sekarang ini kita diambang perjanjian TPPA (Trans-Pacific Partnership Agreement).
TPPA akan memberi beberapa kesan buruk  jika ia dilaksanakan kelak.

Antaranya:

i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti?

Negara luar juga membantah TPPA


ii. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita.

iii. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.



Exora terbakar dilebuh raya



Seorang lelaki ditemui rentung selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang dipandunya terbabas sebelum terbakar di Kilometer 68.2 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Pendang, di sini, petang tadi. Dalam kejadian 5 petang, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dikatakan memandu seorang diri dari arah Sungai Petani menghala ke Alor Setar.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamalluddin Mat Yusop berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.12 petang berhubung kebakaran membabitkan kenderaan terbabit.

Beliau berkata, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dan sebuah Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) tiba di lokasi pada 5.29 petang. "Sebaik tiba di lokasi, kami dapati api sedang marak dan cuba memadam kebakaran sebelum menemui satu mayat dalam keadaan rentung di tempat duduk penumpang depan. "Usaha mengeluarkan mayat itu berjaya dilakukan dan diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah bagi tindakan lanjut," katanya. Katanya, operasi tamat pada 7 malam dan kenderaan MPV berkenaan musnah 100 peratus.

Sumber:

Stesyen NGV Semenanjung Malaysia



Stesyen NGV yang beroperasi di seluruh semenanjung Malaysia. ●■ TUTUP ■●
NGV Kg Baru
NGV LCCT

●■BEROPERASI ■●
KUALA LUMPUR/SELANGOR
NGV Kg Baru Subang 7am - 11pm
NGV TPM Sg Besi 24 jam (3am rehat)
NGV Salak South 24 jam
NGV Bukit Rahman Putra - 7am - 11pm
NGV Melawati - 7am - 11pm NGV Sunway Batu Caves - 7am - 11pm
NGV Bt 4 Jln Ipoh - 24jam
NGV Kepong Brem Mall - 24jam
NGV Jln Kuching Wahyu - 24 jam
NGV Cochrane - 24 JAM
NGV Samudra - 7am-12am
NGV Sek18 S.alam - 7am-11pm
NGV Sek15 S.Alam 7am - 11pm
NGV Bt3 S.alam - 24jam
NGV Sek26 hicom S.alam - 7am-11pm
NGV Sri Muda - 5.30am-11.30pm
NGV Bkt kemuning 7am - 11pm
NGV jln kuari - 7am - 11pm
NGV Ampang Permai 7am - 10am
NGV Batu 5 ½ Cheras - 24jam
NGV bt 9 cheras - 7am - 10pm
NGV Grand Saga 1 - 7am - 10pm
NGV TASEK SELATAN - 24 JAM
NGV Cyberjaya - 7am-11pm
NGV Semenyih - 7am - 10pm
NGV Sg Tua - 7am - 12am
NGV saujana impian - 6am-10pm
NGV sek 9 bandar baru bangi - 7am-10pm
NGV Bandar Baru Bangi Sek3 - 7am-10pm
NGV rawang 6am 11pm NGV Telok Panglima Garang 7am - 11am NGV Pendamaran 7am - 11pm
NGV Pendamaran indah 7am - 11pm
NGV putrajaya - P9(dpn tasek) - 7am-9pm
- P9 (sblh flat) - 24 jam
- P11 (dkt umah PM) - 7AM-9PM
- P18 ( Sblh skolah) - 7am - 9pm
NGV KLIA - 24jam kiri kanan
NGV Puchong Bt14 - 24jam
NGV Meranti jaya - 6am-11pm
NGV Puchong Prima - 7am - 11pm
NGV Puchong Gateaway - 7am - 12am
NGV puchong saujana 7 am-10pm
NGV Putra Height - 7am-10.30pm
NGV USJ21 - 7am-10.30pm
NGV Bangsar - 24jam
NGV taming jaya 7am-10pm
NGV upm 7 am-10pm
NGV tmn budiman 7am-10 pm
NGV Seri Serdang - 7am-10pm
NGV Sg Jati Klang - 7am-10pm
NGV Pasar Borong Selayang - 24jam
NGV Jalan Segambut - 24jam

PERAK
NGV Spg Pulai - 7am-11pm
NGV gopeng - 7am - 12am
NGV Sri Iskandar 7-10.30pm
NGV aulong(Taiping)-24 jam(tutup 2 bulan bermula ogos)
NGV kg Kedah(parit buntar)
NGV samudera(Sri manjung) 7-10.30pm
NGV Bercham (masa xpasti)
NGV Menglembu (masa xpasti)
NGV Station 18.

PENANG
NGV Nibong Tebal - 7am-11pm
NGV Prai - 7am-11pm
NGV Bkt Tengah -7am-12pm

NEGERI SEMBILAN
NGV Nilai 7am-11pm
NGV salak tinggi 24jam
NGV berhampiran senawang dan taman tengku jaafar 2 side - 7am-9pm
NGV Paroi - Senawang - 7am-10pm
NGV Senawang- Kuala Pilah - 7am-10pm
NGV Jalan Tampin hala Seremban 24jam
NGV Lavender Heights 24jam

MELAKA
NGV Pss Air keroh 24jam
NGV Batu berendam - 7am-11pm
NGV Bachang - 7am - 11pm
NGV Sg Petai - 6.30am-11pm
NGV Bkt. Rambai - 6.30 am - 11pm
NGV Hotel King - 6.30am - 11pm

JOHOR
NGV Ayer hitam (pekan) 7am-10.30pm
NGV Ayer Hitam(pekan) - 7am-11pm
NGV Ayer Hitam (exit tol,kanan) - 24jam
NGV Kulai (Jln Kota tinggi) NGV Kulai ( Jln Kelapa Sawit)
NGV Kulai (exit IOI Kulai)
NGV Kulai (Jln saleng dpn McDonald)
NGV Kulai (tmn Putra)
NGV Jb (Jln Datin halimah) 24 jam
NGV jb (damansara alif)
NGV Jb (Jln Larkin)
NGV Jb (highway Pasir Gudang)
NGV Jb (taman daya)
NGV Jb (Jln Masai)
NGV Jb (taman Desa cemerlang)
NGV Jb (tmn Kota Masai)
NGV Jb (tmn Gaya)

KEDAH
NGV Sg. Petani
NGV Tandop Alor Setar
NGV Jln Tanjung Bendahara A.Setar
NGV Lbuhraya Sultanah Bahiyah A.Setar
NGV kulim tmn selasih
NGV kulim tmn kobis

PERLIS
NGV Jln Raja Syed Alwi Kangar

PAHANG
NGV Gambang - 7am-11pm

TERENGGANU
NGV Teluk Kalong Kemaman- 7am-1030pm
NGV Mesra Mall Kemasek 7am-1030pm
NGV Tok Jiring KT - 7am-10.30pm

KELANTAN
NGV Pengkalan Chepa- 6am-12am

Kisah orang menjual agama demi kemewahan

Zaman dulu ada seorang sultan yang telah mengambil seorang ilmuan agama menjadi menterinya. maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan. Satu hari sultan memanggil Menteri Agamanya dan bertanya 3 soalan;

1. Apa itu Dunia
2. Apa itu Akhirat
3. Apa itu Iman.

Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu, tak mahu syarahan yang panjang2. Menteri Agama (MA) terpinga2 untuk mencari jawapan yang memuaskan hati sultannya. Sultan telah murka memberi tempoh seminggu supaya boleh mencari jawapan.

Kemudian sultan hantar wakilnya kpd MA dan bagi titah bahawa sultan akan merampas segala kemewahan MA jika gagal memberi jawapan yang di kehendaki seperti banglo, harta, kenderaan, gelaran, isteri dan anak2 . MA mengalami kerungsian yang amat sangat memikirkan dia akan kehilangan segala2nya. Tak dapat tidur, makan tak lagi berselera.

MA telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan. tetapi gagal. Akhirnya MA keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang di milikinya.

Saat apabila hampir tiba deadline, keserabutan MA makin bertambah memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum deadline MA termenung di bawah sebuah pohon besar mengenangkan nasibnya.

Di tepi MA termenung ada seorang tua sedang berkebun. Bila matahari terik dikepala, orang tua berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor. Maka diajak MA makan bersama. MA yang kerungsingan memikirkn jawatan istana dan lain2 yang dimiliki tak berselera nak makan.

Orang tua bertanya: Tuan, nampaknya ada masalah? Boleh hamba menolong tuan?

MA memberitahu kisahnya dan soalan2 sultan beserta syarat2 kepada orang tua tersebut.

Soalan 1.
Apakah Dunia?
maka jawab orang tua , Dunia ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di tinggalkan (hal ini diketahui oleh hati masing2)

2. Soalan 2,
Apa itu akhirat?
jawab orang tua tersebut, Akhirat ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di bawa ke alam akhirat tanpa ada apa2 maksud dunia di dalamnya (ini pun dkenali oleh hati masing2)

Soalan 3,
Apa itu iman?
Maka orang tua bagi tahu: Akan aku bagi tahu petang nanti selepas solat Asar.

Bila waktu Asar mereka solat Asar dan selepas solat MA terus bertanya Apa itu iman?

Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa2 makanan tengahari.
Orang tua memberi syarat utk memberi jawapan yang ketiga, MA mesti makan bersama anjing2 tersebut. MA berfikir berkali2, makan dengan anjing najis berat, tak makan jawatan & harta habis, hidup susah dan melarat. fikir2... fikir2.

Akhirnya MA buat keputusan untuk makan bersama anjing2 itu. Apabila MA duduk untuk makan bersama anjing2 itu, orang tua pegang kolar bajunya dan berkata:

Tuan, inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan langgar perintah Allah. Tetapi mereka yang tidak ada iman akan sanggup langgar perintah Allah untuk selamatkan dunianya.

Sumber:whatapp group.

P/s
Sekarang ini terlalu ramai ulamak menjual agama demi kemewahan dunia. 

Pemandu teksi Mexico bertempur dengan pemandu UBER.


Sekurang-kurangnya sembilan orang cedera dan berpuluh-puluh kenderaan telah dibakar selepas ahli-ahli kesatuan pemandu teksi bertempur di bandar Mexico selatan Chilpancingo dengan pemandu UBER.

 Pertempuran berlaku selepas ahli Gabungan Pengangkutan Server Negeri Guerrero (COSTEG), mengadakan perarakan terhadap pemandu teksi yang beroperasi tanpa permit yang betul, yang dikenali penduduk tempatan sebagai "lanun"(UBER).

Baca selanjutnya:mexico taxi drivers clash over pirate operators


P/s
Di Malaysia pihak SPAD semacam merestui kepada tindakan UBER, GRABCAR, EASYTAXI, CARPOOL, BACKLINE
yang mengunakan kenderaan persendirian untuk membawa penumpang.

Aplikasi uber disaman sebanyak usd 7 juta.




Uber merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan menerusi aplikasi telefon pintar, telah disaman sebanyak usd 7 juta di California.

Syarikat itu mempunyai 30 hari untuk membayar denda atau kehilangan lesen untuk beroperasi di negeri California.

Di Perancis, Uber digantung perkhidmatan kerana melangar undang-undang dan mendapat bantahan dari  pemandu teksi Perancis.

Berita penuh:aljazeera.com/news/


Orang kata perkhidmatan teksi kita terburuk didunia dan masing2 menuding atau memandang serong kepada pemandu teksi sedangkan 'SISTEM' PERKHIDMATAN TEKSI tidak berdiri diatas pemandu teksi sahaja.

Apa jua SISTEM terdiri dari beberapa komponen.
Dalam hal ini SISTEM PERKHIDMATAN TEKSI TERDIRI DARI 4 KOMPONEN UTAMA

1. PENGGUBAL POLISI.
2. PENGUATKUSA SISTEM/UNDANG2.
3. PEMANDU & PENGUSAHA TEKSI.
4. PENGGUNA PERKHIDMATAN TEKSI.

JIKA OBJEKTIF SISTEM PERKHIDMATAN INI DI TUMPUKAN KEPADA KEPUASAN PENGGUNA maka ke empat2 komponen ini HENDAKLAH BERUSAHA KEPADA OBJEKTIF UTAMA YANG SAMA....BUKAN untuk kepentingan pihak2 tertentu.

Low yat:1 Malaysia kena tipu





Khairul, Khairul. Ahti kau keras nak. Ini bulan ramadhan. Kau takde rasa kesal pun. Tak pasal2 sebab kau orang berbalah. Tak pasal2 sebab kau melayu cina dok bergaduh sesama sendiri. Kau berjaya huru harakan dunia netizens dalam dua tiga hari neh. Memang gila la kau.

Point IGP ;

1. Khairul dan Shahrul ditahan oleh staff OPPO sebab mencuri di kedai atas.

2. Shahrul terus ditahan, Khairul pula dibebaskan tetapi tanpa keizinan dari pegawai atasan polis yang membebaskan Khairul. Khairul dibebaskan atas budi bicara.

3. Khairul balik rumah. Ajak geng. Buat cerita tipu. Geng semua kena tipu dengan Khairul. P mengamuk kat Low Yat atas alasan penipuan peniaga.

4. Selepas rusuhan, polis tangkap Khairul dan geng2 yang mengamuk. Geng2 yang mengamuk neh story kat polis. Yang kedai OPPO tipu. Jual barang tiruan. Kemudiannya, polis juga yang sebar info tue kat media. Dan netizens baca sebaran media dengan menyangka geng2 Khairul mengamuk sebab ditipu peniaga. Sampai kata KPDNKK akan siasat sama. Dalam erti kata lain, polis2 kau kena tipu sekali. Bukan aku dan kau je.

5. Polis kemudian siasat lagi. Tengok CCTV. Memang sah kecurian berlaku. Khairul pula didapati buat cerita bohong. Mana ada kes kedai hp jual hp tipu. Dua tiga kali IGP ulang. Habis ramai orang terpedaya dengan penipuan dia. Beria2 pula orang dok bekap dia. Gila keji perangai Khairul kau neh.

6. IGP juga mendedahkan setakat neh 19 ditahan. 4 hari direman. Termasuk Shahrul dan Khairul.

7. IGP juga mahu semua pihak hentikan sebaran karut. Semua pihak yang memandai2 akan ditangkap termasuk Papa Gomo.

8. IGP juga mengatakan pihak2 yang dok buat cerita karut neh ada dalam pemerhatian polis dan setiap dari mereka akan dikenakan tindakan. Polis dah kenalpasti siapa yang menjadi punca utama penyebaran berita palsu.

9. Pendek kata, dalam kerangka yang lebih kecil merujuk kepada kes neh semata2, Low Yat kena fitnah dek mulut Khairul. Tak pasal2 melayu malu kerana sikap Khairul tue. Sekalipun mengiringi si pencuri dan kau tak mencuri kau tetap bersalah juga sebab buat cerita bohong. Tindakan Khairul neh betul2 mencemar maruah orang melayu sebab tak memasal2 melayu dicop membela pencuri. Gila la dia.

Sedikit kronologi macam mana netizens terpedaya dan terheret sama dalam kisah ini.

1. Video rusuhan di Low Yat tersebar.
2. Susulan penyebaran tersebut, pelbagai spekulasi disebarkan.
3. Netizens yang terpedaya dengan sebaran berkenaan mula bergaduh sesama sendiri di laman sosial.
4. Pada awalnya simpati berpihak kepada Khairul.
5. Kononnya kena naya.
6. Apatah lagi dibantu dengan statement polis. Diapi2kan pula dengan cerita tipu dari pihak tertentu.
7. Bertambahla dia mendapat simpati umum.
8. Kebetulannya pula Low Yat memang terkenal sebagai lubuk penipuan.
9. Maka bertambahla sentimen marah.
10. Tetapi semakin lama semakin didapati siapa sebenarnya yang melakukan kesalahan. Apabila polis mula update perkembangan kes.

sumber:http://www.amenoworld.net

p/s :
Sebab penipun ini yang hampir terjadi rusuhan buat ramai orang takut nak kuar.
Ramai juga pemandu teksi takut untuk berkerja.

BERITA HARIAN:Uber bukan teksi, uber perebet sapu.


Mengapa mengunakan nama TEKSI, sedangkan ia perkhidmatan perebet sapu.

AWAS!!!
PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA!!! ‪
UBER‬ BUKAN PERKHIMATAN TEKSI YG SAH DI MALAYSIA.

Untuk pengetahuan umum, UBER adalah sebuah perkihdmatan (kereta sapu) yang beroperasi secara haram di Negara kita.

Ramai pengguna yang tidak sedar bahawa sebenarnya mereka adalah sangat terdedah kepada resiko besar apa bila menggunakan perkhidmatan kereta sapu UBER. ini kerana kereta sapu tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang khas kepada pengguna seperti teksi yang mempunyai warna, logo, dan plat nombor yang berbeza dengan kenderaan persendirian.

ya memang resiko bahaya seperti jenayah rogol, samun, bunuh boleh berlaku di mana sahaja tapi pengguna harus mengambil langkah berjaga jaga demi memastikan diri mereka sentiasa dalam keadaan selamat.

Baca:mengapa-banyak-negara-mengharamkan-uber

Apakah ciri ciri keselamatan yang pengguna boleh perolehi dari teksi yang beroperasi secara sah.

1. No.Pendaftaran Kenderaan di bahagian depan belakang dan dalam kenderaan.
2. Kad Pemandu yg di pamerkan
3. Pemandu mempunyai lesen PSV yang di lulus kan oleh JPJ.

Justru itu pengguna boleh perolehi identiti seseorang pemandu teksi yang di langgan.

‪#‎Selamatkan‬ ‪#‎Industri‬ ‪#‎Kita‬ Sila Copy n Paste.

sumber:fb

Seorang sahabat JP telah kembali ke Rahmatullah


Seorang sahabat JP telah kembali ke Rahmatullah semasa bertugas di padang solar pagi tadi 9.7.15 lebih kurang 4am.

Pn. Norazlina bt Nordin TEKS1M ,Inallillahirojiun.Salam Takziah dari saya Sekeluarga.

Perkhidmatan teksi sapu satu kesalahan.



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengeluarkan sebanyak 8,106 notis kesalahan kepada pemandu teksi di negara ini sejak Jun 2011.

Ketua Penguatkuasanya, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, kebanyakan kes dicatatkan berlaku di sekitar kawasan Lembah Klang dan tumpuan pelancong.

“SPAD melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan tahap perkhidmatan dan kualiti teksi.

“Tetapi kita dapati teksi-teksi ini masih berada di tahap lama dan kita minta mereka memainkan peranan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan masing-masing,”.

Menurutnya, pelbagai tindakan juga sudah diambil kepada pemandu teksi berkenaan sebagai memberi kesedaran untuk meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan itu.

“Sejak penubuhan SPAD, sebanyak 4,267 kes dikenakan kompaun, 176 kes dibawa ke mahkamah, 519 kes diberi amaran dan 915 kes dikenakan tindakan pentadbiran. “Manakala baki sebanyak 2,229 kes lagi masih dalam siasatan,” .

“Bagi Januari hingga Mei 2015, sebanyak 1,534 kesalahan pemandu teksi dikenal pasti dan dikenakan tindakan,” katanya.

Mengulas mengenai kegiatan teksi sapu, beliau mengesahkan kebanyakan mereka berada di kawasan tumpuan ramai dan pusat pengajian.

Memberi perkhidmatan teksi sapu adalah kesalahan besar dan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat iaitu denda tidak melebih RM10,000 atau setahun penjara bagi kenderaan persendirian.

“Jika mereka menggunakan kenderaan syarikat pula boleh didenda sehingga RM100,000. Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan pentadbiran melucutkan hak kenderaan terbabit,” katanya.

P/s
Hanya kenyataan shj, sedangkan teksi sapu semakin berkembang, seolah mendapat restu dari pihak spad sendiri

Pemandu tanpa permit satu kesalahan.


Sebanyak 85 kes pemandu kenderaan persendirian yang mengambil penumpang tanpa permit dihadapkan ke mahkamah sejak 2014.

BACA :Kerajaan Perancis mengharamkan uber di Malaysia dihalalkan.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata ia termasuk kesalahan daripada pemandu perkhidmatan Uber dan GrabCar.

"Kita sudah ambil tindakan ke atas 85 kes ke mahkamah. Masalahnya adalah mereka ini tidak ada lesen dan melanggar undang-undang.

"Jika ada kemalangan, penumpang tidak akan dilindungi," katanya semasa sidang media selepas majlis perasmian kenderaan operasi mudah alih SPAD di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini hari ini.

BACA:Mengapa banyak negara mengharamkan app Uber.

Stress akibat kesesakan lalu lintas di bandar


Isu kesesakan lalu lintas yang teruk dialami pemandu di bandar-bandar besar terutama di Lembah Klang diibaratkan seperti 'bom jangka' yang boleh 'meletup' pada bila-bila masa dan memberi kesan kepada psikologi para pemandu.

Pakar Psikologi Dr Meriam Omar Din berkata walaupun kesesakan lalu lintas bukan satu-satunya masalah yang boleh menyebabkan pemandu kenderaan berada dalam keadaan tidak terkawal, ia akan memberi kesan jika mereka turut tertekan dengan situasi di tempat kerja atau di rumah.

"Apabila berada dalam situasi tegang, sedikit sahaja situasi sekeliling yang menambahkan kemarahan akan menyebabkan mereka menjadi 'panas'...kesesakan lalu lintas salah satu daripada contoh," katanya kepada Bernama di sini.

Kajian mendedahkan bahawa rakyat Malaysia di bandar besar secara purata menghabiskan dua jam sehari dalam kesesakan lalu lintas sekali gus mengakibatkan kerugian produktiviti berjumlah RM5.51 bilion, setahun.

Kira-kira 88 peratus penduduk bandar bergantung kepada kenderaan persendirian manakala 12 peratus bergantung kepada pengangkutan awam.

Mengakui hakikat terbabit, Dr Meriam berharap pemandu menangani tekanan hidup yang dialami dan tidak meluahkan kemarahan di atas jalan raya ketika berdepan dengan kesesakan lalu lintas.

"Kenal pasti punca 'stress', tanganinya dengan fikiran waras dan kalau boleh elakkan melalui jalan yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas, perlu rancang perjalanan dengan bijak," katanya.

Transformasi Industri Teksi yang gagal.


SPAD dibawah Syed Hamid Albar telah cuba Mentransformasi Industri Teksi namun kini ia telah gagal melaksanakannya.


Kepercayaan dan sokongan pemandu teksi telah dicabuli, SPAD terlalu sombong dan angkuh untuk mengadakan jalinan kerjasama dengan "Persatuan-Persatuan Pemandu Teksi" mahupun dengan pemandu teksi.

SPAD terlalu bergantung harap kepada Syarikat-Syarikat teksi yang selama ini tidak pernah memikirkan imej dan mutu perkhidmatan teksi, mereka hanya tahu mengaut untung diatas kepayahan pemandu teksi.

Segala pemasalahan dan inisiatif yang tercatat didalam buku ini hanya menjadi catatan sejarah tanpa pelaksanaan.

PERKESO.
.Insuran kemalangan diri
.Cuti tanpa dikenakan sewa
.Kemudahan pinjaman peribadi 
.Penambahan Pejabat SPAD
.Pemudahan & penyelarasaan proses
 .Kepelbagaian saluran akses
.Duta kecil pelancong
.Pengiklanan
.Mekanisme kajian tambang
.Mekanisme untuk meningkatkan jarak berbayar
.Pengisian NGV yang lebih baik
.Workshop & Pembaikan kecil tepi jalan
.Mengurangkan kos operasi
.Pengisian NGV

Syed Hamid Albar jawap tuduhan laman web LondonCabs.co.uk


Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) itu berkata pihaknya dengan kerjasama persatuan pemandu teksi melakukan pelbagai program seperti penjenamaan, latihan dan menangani aduan dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan teksi.

 Namun segalanya tidak akan berjaya jika sikap dan kelakuan sesetengah pemandu teksi tidak berubah dan masih ditakuk lama yang akan terus dipandang serong oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa, katanya. .

"Kita tahu berkenaan kedudukan yang buruk ini. Sebab itu kita adakan penjenamaan baharu, dari teksi lama ditukar kepada TEKS1M. Kita juga adakan teksi eksekutif, limosin dan memberi latihan mesra penumpang kepada mereka. .

"Kita juga menaikkan kadar tambang dan yang terakhir ialah MeterOn app di mana penumpang boleh buat laporan pada Spad. Tapi yang penting ialah pemandu sendiri mesti berubah sikap," katanya .

Syed Hamid diminta mengulas mengenai laporan yang dikeluarkan oleh laman web teksi di Britain yang mendakwa pemandu teksi Kuala Lumpur adalah paling teruk kerana sikap mereka yang mengenakan caj berlebihan dan tidak menggunakan meter serta menggunakan laluan yang panjang untuk sampai ke sesuatu destinasi. .

Jelasnya, dengan laporan yang didedahkan tersebut, semua pihak perlu mengambilnya secara positif untuk berasa malu dan berubah sikap serta sama-sama menjaga imej pemandu teksi negara ini. .

Pemandu teksi Malaysia mendapat pengiktirafan antarabangsa


PETALING JAYA: Pemandu teksi Malaysia mendapat pengiktirafan antarabangsa - atau lebih tepat, "penghinaan" kerana sikap buruk mereka.

 Laman perbandingan teksi British, LondonCabs.co.uk, telah meletakkan pemandu teksi Kuala Lumpur di bahagian teratas dalam senarai perbandingan 10 pemandu teksi paling teruk di seluruh dunia. "Pemandu dari Kuala Lumpur terkenal dengan suka mengenakan tambang berlebihan kepada pelanggan.

 "Walaupun mereka sepatutnya mengenakan bayaran mengikut meter, ramai pemandu menolak daripada berbuat demikian," kata LondonCabs. Artikel ini turut menyatakan bahawa teksi di Kuala Lumpur sebagai "agak buruk dan dalam keadaan yang teruk".

 Pemandu teksi di Rome berada di tempat kedua selepas Kuala Lumpur dari segi mengenakan tambang yang terlalu tinggi dan kekasaran pemandu mereka.

 Pemandu teksi mini di Bangkok berada di tempat ketiga dalam senarai kerana pemandunya sering sesat dan tidak tahu jalan.

Bandar-bandar lain yang tersenarai ialah Paris, New York, Mumbai, Zurich, Kahirah, Shanghai dan Moscow. - The Star.

Jawapan dari Pengerusi Tourism Malaysia, Wee Choo Keong.

KUALA LUMPUR: Malaysia harus mengakui bahawa perkhidmatan pemandu teksi dalam negara memang berada pada tahap kurang memuaskan, kata Pengerusi Tourism Malaysia, Wee Choo Keong.

Namun beliau menafikan bahawa perkhidmatan teksi dalam negara sebagai terburuk di dunia dan menegaskan Malaysia harus berani mengakui kelemahan sendiri demi kepentingan perkhidmatan pengangkutan awam itu.

"Tidak adil juga kalau mereka kata kita yang terburuk sekali, ada banyak negara lain yang lebih buruk perkhidmatan teksinya.

"Bagaimanapun memang keadaan perkhidmatan teksi kita tidak memuaskan dan kita harus menerima hakikat ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal LondonCabs.co.uk yang meletakkan pemandu teksi Malaysia di tangga teratas dalam senarai ‘10 Negara dengan Pemandu Teksi Paling Buruk di Seluruh Dunia.

Wee berkata, laporan oleh portal itu akan memberi kesan kepada industri pelancongan dalam negara.

19 tauke ladang Cameron Highlands ditahan.

Membaca tauke ladang di tahan kerana memberi rasuah terasa pelik pulak..utusan.com/19-tauke-ladang-ditahan.

Cerita agensi penguat kuasa disogok bukan pelik, kerana umum mengetahui sang penguatkuasaan selalunya yang akan meminta habuan.

Lebih pelik lagi ada bangla boleh jadi tauke ladang, yang sepatutnya disiasat ,bagaimana seorang warga asing sewenang2nya boleh menjalankan aktiviti perladangan.

Beginilah juga yang terjadi didalam industri teksi.
Yang berbuat salah selalunya terlepas, mangsa teraniaya semestinya pemandu teksi.

Penyerahan memorandum terhadap penyedia aplikasi my teksi berjalan lancar.

Gambar-gambar penyerahan memorandum terhadap penyedia aplkasi grapcar berjalan lancar.







Penyampaian Memorendum kepada syarikat aplkasi mts

Isu berkaitan perkhidmatan teksi di Malaysia semakin panas.
Beberapa siri bantahan dengan menghantar memorandum telah dilakukan termasuk kepada pihak SPRM dan Perlimen sudah dilakukan, namun masih tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan.

Kali ini Persatuan Pemandu Teksi Subang Jaya akan menyampaikan memorandum kepada syarikat aplkasi MTS (my teksi) pada 29 june 2015 jam 11 pagi.

Bantahan dibuat berikutan pengunaan kereta persendirian membawa penumpang dengan aplkasi grapcar.

P/s:
Bagi aku hanya seperti mencurah air di daun keladi.
pihak SPAD dan kerajaan tetap berdiam diri tampa mahu mengambil apa2 tindakan.

Walau bagaimanapun, perjuangan harus diteruskan. 

Kerajaan Perancis mengharamkan uber di Malaysia dihalalkan.


Kerajaan Perancis telah mengarahkan pengharaman terhadap perkhidmatan teksi Uber, berikutan protes oleh beribu-ribu pemandu teksi di seluruh negara.

Uber diharamkan oleh mahkamah Perancis Oktober lalu.Berita penuh.

Di Malaysia pula kerajaan dibawah SPAD telah menghalalkan operasi uber dengan pemberian permit PHV.

KENAIKKAN KADAR TAMBANG TIDAK MENJAMIN KEBAJIKAN DAN EKONOMI PEMANDU TEKSI



Mungkin ada yang tertanya-tanya dan mempersoalkan kenapa saya sehingga hari ini saya tidak pernah membuat stement mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Syed Hamid Albar atau pun kepada SPAD sekalipun SPAD telah mengumumkan kenaikkan kadar tambang baru pada 19hb Mac 2015 lalu.

Bukan saya sombong atau angkuh, tetapi saya berpendapat ucapan Terima Kasih selayak-layaknya diberikan hanya kepada YAB Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri.

Jika direnungkan semula, sejak 2014 SPAD telah menangguh 3 kali kenaikkan kadar tambang teksi secara tidak berasas.

SPAD memberi jawapan penangguhan kenaikkan kadar tambang teksi berpunca kerana musibah yang melanda Negara, MH370, MH17 dan musibah banjir. Sedangkan musibah tersebut tidak kena mengena dengan pengguna teksi.

Tiba-tiba kurang dari 30 hari penyerahan Memorendum PERS1M kepada YAB Perdana Menteri, SPAD mengumumkan kenaikkan kadar tambang teksi secara meluru.

● Adakah kenaikkan kadar tambang teksi itu lahir dari hati manusia didalam SPAD?

● Apakah mereka benar-benar berani untuk mengumumkan kenaikkan kadar tambang teksi pada saat-saat akhir pelaksanaan Cukai GST, yang pastinya kenaikkan kadar tambang teksi itu melibatkan keseluruhan pengguna teksi?

Kenaikkan kadar tambang teksi yang diumumkan baru-baru ini telah menimbulkan ketidakselesaan pelbagai pihak serta mewujudkan perbezaan ketara diantara Teksi bajet dan TEKS1M.

Keadaan ini bukan sahaja membezakan kadar tambang diantara kelas perkhidmatan yang sama, malah keadaan ini telah menyebabkan perkhidmatan TEKS1M kini dipulaukan hampir keseluruhan pengguna.

Selain itu, saya berpendapat kenaikkan kadar tambang teksi tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi pemandu teksi secara mutlak, sebaliknya ia akan mengundangkan pemasalahan yang lebih besar kepada seluruh warga pemandu teksi.

Percaya atau tidak, penumpang akan mencari Alternatif lain, sekalipun mereka terpaksa mempertaruhkan keselamatan mereka dengan menggunakan kenderaan Haram sepertu Uber, Blacklane,Grabcar, EasyTaxi dan Ulat.
Cuba perhatikan gambar yang saya postkan dibawah ini, gambar ini dirakam oleh seorang sahabat di Bukit Bintang pada hari ini.

Mata pencarian pemandu teksi terus dirompak oleh Ulat Arab yang menggunakan kenderaan Haram. Sebenarnya masih banyak lagi kejadian seperti ini yang tidak sempat dirakam.


Pemandu teksi tidak dibayar untuk mengambil gambar atau pun melindungi ekonomi pemandu teksi.

Pihak yang dibayar dan diarahkan melindungi kebajikan dan ekonomi pemandu teksi adalah SPAD, tetapi SPAD seringkali meligan pemandu teksi dari membenteras gejala rompakan ini. Bila diajukan perkara ini kepada SPAD, SPAD akan menjawap "Diluar bidang kuasa kami".
Kesudahannya kenaikkan kadar tambang teksi yang baru diumumkan tidak akan memberi kesan positif 100% kepada pemandu teksi.

Cadangan penyatuan teksi dari Persim


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Melihat kepada keadaan semasa industri teksi Negara, saya berpendapat kita tidak boleh hanya bergantung kepada kenaikan kadar tambang teksi semata-mata.

Banyak perkara-perkara lain yang perlu kita perjuangan agar kebajikan dan ekonomi pemandu teksi terjamin dan dilindungi.

Jika tambang teksi naik, tetapi kita kehilangan penumpang, itu pun tak betul. Bagaimana kita nak menampung kos operasi, kos penyelenggaraan dan kos sara hidup?

Kita tidak boleh lagi mempercayai SPAD. Pegawai-pegawai tertinggi SPAD tidak berhati perut, dan mereka tidak bersunguh-sungguh membela nasib kita, sekalipun Kerajaan telah mengarahkan SPAD menjamin kebajikan dan ekonomi kita.

Sebagai cantoh:
Sekalipun SPAD sedia maklum LPKP telah membanjir industri teksi dengan longgokkan permit teksi, namun SPAD masih membenarkan Syarikat Pelancongan melanggar syarat Lesen Pengendali SewaPandu dan Teksi Mewah untuk terus mencuri penumpang teksi.

Malah keadaan tersebut telah membuka ruang kepada Uber dan beberapa lagi penyedia App teksi merompak penumpang teksi. Tapi bila kita ajukan pemasalahan ini kepada SPAD, SPAD akan jawap "Diluar bidang kuasa kami".

Sehubungan dengan itu bercadang menubuhkan satu gabungan yang lebih TULUS, AMANAH & TEGAS.

Ia bertujuan memastikan kebajikan dan ekonomi pemandu teksi terjamin, seperti yang telah diarahkan Kerajaan kepada SPAD.

Kita harus BERSATU kearah memartabatkan HAK pemandu teksi. Sikap berpuak-puak sesama sendiri hanya merugikan kita.

Untuk langkah pertama saya akan menubuhkan satu group WhatsApp dan dalam waktu terdekat saya akan merencanakan perjumpaan. InshaAllah
Bagi Persatuan dan Penubuhan yang benar-benar berminat menyertai gabungan ini, sila sms atau WhatsApp kepada saya. Kamal 0196264572

Sekian Terima Kasih.
"Bersatu Kearah Transformasi"
‪#‎PERS1M‬ ‪#‎SPAD‬
‪#‎SuaraPemanduTeksiMalaysia‬
Sumber

Pemandu teksi sokong SPAD isu kenaikan tambang

Tambang teksi

Tambang baru teksi

Isu tambang teksi

Tidak puas hati dengan bantahan beberapa NGO dan ahli politik terhadap kenaikan tambang teksi, kira-kira 17 persatuan pemandu teksi melakukan himpunan secara aman bagi menyokong pengumuman kenaikan tersebut hari ini.

Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter, Amran Jan berkata, kenaikan tambang teksi yang diumumkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merupakan satu keputusan yang tepat serta dapat mengurangkan beban pemandu teksi yang majoritinya bergaji kurang RM1,500 sebulan.

"Kami bukan makhluk asing yang turun ke bumi dan terus bawa teksi. Kami juga manusia, ada tanggungan yang perlu kami laksanakan. Dalam masa yang sama kami turut menanggung beban kos penyelenggaraan teksi yang tinggi.

"Jika kerajaan nak kekalkan harga sekarang, ia tidak adil buat kami. Kami sudah terbeban keadaan sekarang, dan kos perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan untuk teksi kami akan bertambah. Kami juga rakyat Malaysia, kami bukan orang luar. Tidak adil kerajaan layan kami begini," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Jelasnya lagi, kerajaan tidak boleh menarik semula pengumuman yang dibuat SPAD kerana ada antara pemandu teksi yang sudah menukar meter kenderaan mereka kepada meter baharu.

"Ada antara kami sudah tukar (meter teksi) dan laksana kadar baharu tersebut. Untuk tukar meter sahaja sudah ambil masa dari empat jam hingga lapan jam dan melibatkan kos sehingga RM161 untuk satu meter teksi. Kalau tarik balik pengumuman tersebut, macam mana nanti?" katanya lagi.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 19 Mac lalu mengumumkan penetapan kadar tambang baharu bagi perkhidmatan teksi akan berkuatkuasa dengan serta merta manakala bagi bas ekspres pula, bermula pada 15 Mei ini.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, penetapan kadar baharu itu adalah berikutan berlakunya kenaikan kos termasuk penyelenggaraan, insurans dan kos sara hidup.

Bagaimanapun Pemuda Umno pada kelmarin menyatakan bantahan terhadap kadar kenaikan tambang teksi dan bas ekspres.

Ini kerana menurut Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan pergerakan itu, Nazir Hussin Akhtar Hussin, sistem pengangkutan awam di negara ini masih belum berada pada tahap yang memuaskan.

Menjawab kenyataan Nazir Hussin, Amran bagaimanapun berkata, jika kenaikan tersebut diteruskan, ia dapat memberi peluang kepada pemandu teksi untuk menaik taraf tahap keselesaan dan keselamatan pengguna.
"Jika kenaikan diteruskan, sedikit penambahan dari kadar tambang itu akan diguna bagi menambah baik keadaan teksi yang sedia ada. Bukan kami tak mahu buat selama ini, cuma kami tiada peruntukan yang mencukupi," jelasnya.

Sumber:sinar harian Sumber gambar :fb-teksi

Beriklan dengan google adwords amat mudah

adwords

Salam pembaca blog aku dan teksi.
Lama aku tak berblog, disebabkan kesibukan berkerja.
kali ini entri aku bertajuk tentang adwords, bukannya aku pakar tentang adwords ini, cuma nak bagi pengalaman aku beriklan dengan Google adwords amat mudah.

Ada antara sahabat aku mengunakan orang tengah untuk beriklan dengan adword dimana ini akan menambah kos pengiklanan kita disebabkan upah yang terpakasa kita tanggung.

Berbalik pada tajuk beriklan dengan google adwords amat mudah, apa yang perlu kita sediakan..

1.kad kredit atau debit kad.
2.hp untuk dihubungi.
3.laptop atau tap, hp..aku guna tap je.

Korang buka google.com.my/adwords
Daftar dengan gmail masing2.

adwords
Tengok gambar ni, ada no telefon google 1800-814-842
korang telefon je google, nanti pihak google akan ajar cara-cara dia sampai kita faham.pihak google tak cas panggil ni, free je.

Selamat mencuba.

p/s sibuk tak sempat nak tulis panjang2
wasalam, joyiman.

Mengapa banyak negara mengharamkan app Uber.


Selamat tahun baru 2015 buat semua.
kita baru sahaja melangkah ketahun baru, tetapi kemelut pemandu teksi masih berterusan disebabkan pihak spad masih berlengah legah dengan tuntutan pemandu teksi untuk mengharamkan uber.



Perjuangan persatuan persatuan teksi di kl mendesak pihak kerajaan untuk mengharamkan uber sama dengan pemandu pemandu teksi di kota London. Mereka juga berjuang mendesak pihak keraajan untuk mengharamkan uber.
Demo membantah uber di London

Demo membantah uber di German

uber-app-banned-in-germany-giving-fresh-hope-to-angry-british-cabbies

Banyak negara membantah uber kerana beroperasi tampa mengikut piawaian perkhidmatan teksi.

Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome