//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://mytaxiklia.blogspot.my

Aplikasi GPS Navigation untuk pemandu teksi

Kini ramai pemandu teksi mengunakan smartphone yang boleh memuatkan berbagai bagai aplikasi untuk kegunaan seharian ketika membawa teksi.
GPS Navigation adalah contoh yang perlu dimiliki oleh pemandu teksi.
Berbagai -bagai gps navigation yang boleh dimuat naikan kedalam smartphone masing-masing, ada yang berbayar dan percuma.Tidak semua gps navigation yang berada di gogle play Store sesuai dengan negara kita.
Disini saya berkongsi sedikit info gps navigation percuma yang sesuai digunakan di malaysia.

MapFactor:GPS Navigation boleh dimuat naik dari gogle play secara percuma dan senang digunakan.


Sygic:GPS Navigation & Maps juga boleh di dapatkaan secara percuma dan pengaturannya boleh digunakan dalam bahasa Malaysia.



Wase aplikasi sosial yang banyak digunakan oleh pemandu teksi.Dengan wase kita bukan sahaja boleh mengunakan gps malah lebih dari itu, kita boleh berhubung sesama ahli atau grop.


Wasalam:joyiman

Aplikasi Ezcab untuk penguna teksi

Ez cab Malaysia aplikasi untuk pengguna teksi.



Kini pemain baru aplkasi teksi telah berada di gogle play yang akan memberi saingan kepada syarikat aplikasi teksi yang sedia ada.

Mengenai EzCab:

EzCab adalah aplikasi teksi-tempahan percuma untuk pengguna telefon pintar yang membolehkan anda untuk menempah teksi di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Dengan hanya beberapa klik, anda boleh menjimatkan masa memanggil hotline teksi dan membuat perjalanan anda  lebih selamat, lebih mudah.

Teksi bajet kami kini berkhidmat kepada anda di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Kami akan meluaskan perkhidmatan di bandar-bandar utama yang lain bagi convenience.

Ez Cab Sdn Bhd telah bekerjasama dengan pelbagai Syarikat Teksi untuk menyediakan pengangkutan awam yang boleh dipercayai dengan Public Cab Sdn Bhd sebagai Rakan kongsi pertama kami. Dengan lebih 1000 teksi kami  beroperasi setiap hari.

Keselamatan dan privasi pelanggan kami adalah keutamaan kami!

Itulah info dari Ezcab dan untuk mengunakanya anda harus mendaftar terlebih dahulu seperti aplikasi-aplikasi teksi yang lain.


Selamat mencuba kepada pengguna-pengguna teksi semua. Wasalam:joyiman

Kekurangan dan kelebihan root smartphone android

Sekarang ini ramai pemandu teksi telah mula memakai smartphone disebabkan banyak syarikat mengunakan aplikasi tempahan teksi pada waktu ini.Kita juga sering mendengar perkataan root..apa tu root?

Disini kita berkongsi sedikit info mengenai Root.
kelebihan dan kekurangan root.

Pengertian Root.
Secara ringkasnya root adalah satu proses
untuk memberikan pengguna smartphone
Mengakses penuh sistem
di dalam smartphone kita..
kebanyakan sistem di dalam
smartphone kita telah dikunci oleh pengeluar masing-masing.

Kenapa pengeluar smartphone mengunci sistem tersebut?
Pengeluar mengunci sistem tersebut
adalah untuk menjaga fungsi-fungsi yang telah disetkan.
Sekiranya tidak dikunci ditakuti pengguna akan tersilap
memasuki sistem ni dan secara tidak sengaja meminda sistem tersebut.
Ini boleh menjadikan smartphone tersebut
tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kekurangan Root
1. Boleh menghilangkan waranti sekiranya
pengguna membuat root kepada smartphone tersebut
satu perkara yang paling mustahak perlu diketahui adalah
waranti smartphone tersebut akan hilang.
Ini kerana pihak pengeluar tidak akan memberi jaminan
kepada peranti yang telah diusik sistemnya sekiranya rosak.
Serangan virus.

2.adalah dikhabarkan sekiranya
pengguna membuat pengubahsuaian terhadap sistem
ianya boleh menjadi terdedah kepada serangan virus.
Walau bagaimanapun perkara ini masih menjadi perdebatan
kerana sebenarnya serangan virus turut boleh menyerang
kepada mana-mana peranti walaupun proses root tidak dijalankan.

Kelebihan Root
1. Keupayaan smartphone akan menjadi lebih pantas dan laju
ini adalah perkara pertama yang akan dirasai oleh pengguna
sebaik smartphone tersebut selesai proses root.
Smartphone akan menjadi lebih pantas berbanding sebelum root.

2. Boleh membuang aplikasi yang tidak digunakan dalam smartphone
untuk mengurangkan internal memory
dan meminimakan penggunaan RAM
Terdapat pelbagai aplikasi yang kita tidak gunakan
terkandung di dalam smartphone kita
seperti contoh Chinese Keyboard, Wheater Widget, Wisepilot dan sebagainya.
Aplikasi ini hanya membuat Internal Memory kita penuh
dan ada diantaranya akan beroperasi secara background.
Ini secara tidak langsung membuatkan RAM kita akan meningkat.
Aplikasi ini boleh dibuang untuk menjimatkan ruang Internal Memory
dan meminimakan penggunaan RAM.
Secara tidak langsung ia akan membantu menjimatkan sedikit penggunaan bateri.

3. Pengguna dapat menginstall aplikasi yang melibatkan root
seperti Titanium backup.
Aplikasi ini adalah untuk back up segala sistem
dan aplikasi di dalam smartphone.
Sekiranya berlaku kerosakan pada peranti,
maka pengguna boleh restore semula sistem
dan aplikasi yang telah di buat back up.

4. Mengubahsuai ROM, launcher, theme dan lain-lain.
Pengguna boleh menginstall pelbagai ROM
selain dari ROM standard yang dibekalkan oleh pengeluar.
Memasang pelbagai theme dan lain-lain lagi.

Sumber di edit dari:http://hacker69.mywapblog.com/

Lagi aplikasi yang boleh digunakan sesudah root
Berikut adalah beberapa contoh aplikasi yang memerlukan akses root yang paling banyak diinstall:

App2Card dan Link2SD:
Dengan aplikasi ini memungkinkan pengguna untuk memindahkan semua aplikasi ke SD Card
Dapat menginstall custom ROM:
Apa itu custom ROM? Custom ROM adalah sistem operasi Android kustom (alternatif) atau bukan buatan vendor pengeluar hp. Custom ROM dikembangkan oleh komunitas penggemar sistem operasi Android.
Catatan:
Dengan melakukan root bukan bererti kita dapat terus melakukan installCustom ROM, namun kebanyakan handphone Android memerlukan akses root bila ingin diinstall custom ROM.

Overclock processor:
Dengan melakukan overclock, processor dapat memaksa processor berkerja lebih cepat dari kecepatan biasa yang secara keseluruhan dapat meningkatkan pemprossesan. Namun demikian, overclock dapat memperpendek usia processor, membuat bateri lebih cepat habis ,hp cepat panas dan juga ada kemungkinan menyebabkan sistem menjadi tidak stabil.

Dapat Uninstall Aplikasi asal:
Dengan melakukan root, kita dapat melakukan uninstall aplikasi-aplikasi asal yang tidak berguna dan hanya memenuhi memori hp. Namun, jika Anda berniat melakukan hal ini, sebaiknya berhati-hati, kerana jika salah uninstall dapat menyebabkan handphone menjadi tidak sempurna. Sebaiknya jangan dilakukan bila tidak terlalu diperlukan.

Wasalam:joyiman

Aplikasi SPAD untuk penguna teksi



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memperkenalkan aplikasi mySPAD iaitu perkhidmatan bergerak yang membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan pengangkutan awam seperti bas, teksi, rel dan terminal.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, aplikasi ini dibangunkan bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri di bawah inisiatif myGov bertujuan memberikan perkhidmatan mendapatkan maklumat berkaitan pengangkutan awam dengan mudah, tepat dan di mana jua.

"Aplikasi ini disediakan dalam versi Android dan boleh dimuat turun dari 'Google Play Store' dilihat mampu dimanfaatkan oleh pengguna perkhidmatan awam dan juga pelancong asing bagi membantu mereka mendapatkan maklumat pengangkutan awam dengan mudah.

"Perkhidmatan yang disediakan dalam aplikasi ini termasuklah bagi pengesahan status pemandu teksi, senarai syarikat teksi, semakan bas sekolah yang berdaftar, jadual perjalanan bas, jadual tambang dan perjalanan rel serta maklum balas kepada SPAD," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Kempen Pengguna Mengenai Penggunaan Meter Teksi anjuran SPAD dan Persatuan Pelancongan BBKLCC di Jalan Bukit Bintang di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal dan Pengerusi Persatuan Pelancongan BBKLCC, Joyce Yap.

Tambah Syed Hamid, aplikasi mySPAD ini juga merupakan satu inisiatif bagi memberikan keselesaan kepada orang ramai terutamanya pelancong bagi menggunakan perkhidmatan awam di negara ini.

"Ini sebagai langkah bagi menjamin keselamatan penumpang serta memudahkan mereka membuat aduan kepada sekali gus dapat diambil tindakan segera oleh SPAD.

"Malah diharapkan aplikasi ini dapat melancarkan pergerakan serta memudahkan urusan pelancong asing ke negara ini ketika negara bakal menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2014," .

Aplikasi easytaxi untuk menempah teksi




Salam
Kini esay taxi aplkasi baru telah berada didalam pasaran untuk menempah teksi mengunakan smartphone.
Misi easytaxi ada dipaparkan didalam face book mereka



Mission:
Easytaxi is the easiest way to book a taxi from the comfort of your home or office. We do this by having the biggest network of drivers using the EasyTaxi service, to ensure that anywhere you are - there is a taxi nearby! That is how easy it is!

Call us to register as a certified easy taxi driver or have any questions at 03-26144161 or visit us at www.easytaxi.com 
Facebook:
facebook.com/myeasytaxi
Contact Details
Email:
mycontact@easytaxi.com
Phone:
03-2614 4161
Website:
http://www.easytaxi.com
Short Description:
Your taxi one click away. Easytaxi allows you to book and track your taxi in real time on your iPhone and Android device. Available in Kuala Lumpur and 10 countries. It is the best taxi booking app in the world!

Akan datang pemain baru aplkasi teksi akan berada dalam pasaran "Ezcab" yang sekarang ini sedang didalam percubaan.

salam.
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome