//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://mytaxiklia.blogspot.my

Penerima permit Teks1M (Teksi 1Malaysia)


Pengagihan permit teksi individu kepada pemohon yang layak dijangka selesai Mei ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

 Beliau berkata lebih 12,000 permohonan diterima bagi 1,000 permit yang ditawarkan, menyebabkan setiap permohonan diproses dengan teliti untuk memastikan hanya individu yang layak sahaja mendapat permit ini.

Antara kriteria yang dinilai SPAD ialah sama ada pemohon mempunyai rekod jenayah atau kesalahan trafik serius selain disiplin.

Penerima permit diminta tidak menyalahgunakannya atau berdepan risiko permit ditarik balik, kata Syed Hamid ketika berucap pada majlis penyerahan surat tawaran kelulusan permit individu kepada 300 pemandu teksi di sini, Isnin.

"Yang terima permit ini ada keistimewaan. Saya tak nak sesiapa pergi kepada syarikat-syarikat teksi dan jual (permit) teksi kepada mereka. Saya nak lihat Teks1M (Teksi 1Malaysia) jadi penanda aras kepada perkhidmatan teksi di seluruh dunia, malah lebih baik daripada teksi London Black Cab," katanya.

Syed Hamid turut kecewa kerana kurangnya pemohon wanita kerana SPAD menguntukkan 10 peratus daripada jumlah keseluruhan permit untuk pemandu teksi wanita.

Seorang penerima, Rasidin Kamari, 49, yang berpengalaman memandu teksi selama 15 tahun, menyifatkan pemberian permit ini sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap nasib pemandu teksi.

"Kalau bawa teksi syarikat, kena bayar lebih kurang RM1,000 kepada mereka setiap bulan berbanding teksi sendiri, tak sampai banyak tu," katanya. Lim Chan Seng, 51, pula berterima kasih kerana kerajaan menunaikan janjinya memandangkan dengan pemberian permit itu, beliau tidak lagi risau tentang membayar sewa bulanan kepada syarikat.

Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian permit individu sebagai satu langkah memartabatkan industri teksi negara yang dilaksanakan SPAD melalui program Transformasi Industri Teksi.

Semua penerima permit akan menggunakan teksi baharu Proton Exora serta geran RM5,000 dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta bantuan pinjaman kewangan dari Bank Simpanan Nasional (BSN).


p/s Ada juga yang sudah mempunyai permit individu memperolehi permit  Teks1M (Teksi 1Malaysia)  ini.

Aplikasi My Teksi untuk penumpang teksi


Penggunaan aplikasi “My Teksi” untuk pengguna telefon pintar bagi mendapatkan perkhidmatan teksi, dilihat mampu menjamin keselamatan penumpang

MyTeksi telah dilancarkan  pada 5 Jun 2012 di Pusat Konvensyen Sime Darby MyTeksi membolehkan penumpang menempah teksi melalui aplikasi MyTeksi yang dimuat turun pada telefon pintar dan tablet mereka termasuk tempahan melalui komputer.

Dalam pada itu, maklumat seperti jumlah harga, nombor telefon serta gambar pemandu yang berdaftar akan dihantar kepada pengguna menerusi sistem pesanan ringkas bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan penumpang.

untuk mengunakannya lihat video di bawah ini.


MyTeksi mendakwa telah menjadi yang pertama app teksi mudah alih di Malaysia, walaupun aplikasi lain untuk industri teksi seperti TaxiMonger lebih dulu berada dilembah klang.

Teksi 1Malaysia

DSC_0136b

DSC_0119b

DSC_0129b

DSC_0130b

sumber gambar(http://paultan.org)

Teksi 1Malaysia (TEKS1M) ini merupakan teksi bajet dengan caj bermula RM3
dengan ruang bagasi yang besar, penumpang juga boleh menggunakan kad kredit dan kad debit untuk membayar tambang yang dikenakan kepada mereka.
Kenderaan MPV ini juga dilengkapi dengan meter (caj perjalanan) dan GPS bagi memudahkan perjalanan  Teksi 1Malaysia itu menampilkan warna 'Brown Elegant

TR1MA 2.0 kini dibuka kepada pemandu teksi


KUALA LUMPUR - Permohonan baucar subsidi tayar Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) 2.0 dibuka mulai hari ini untuk semua pemandu teksi yang memegang status Pemandu Pertama.
Menurut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pengambilan baucer itu boleh dilakukan di pejabat wilayah dan negeri SPAD atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) Negeri kecuali UTC Pudu serta semua pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak.
Bagi pemandu teksi yang masih belum mendapatkan baucar tayar TR1MA 1.0, mereka perlu berbuat demikian dengan segera kerana permohonan masih dibuka, tetapi penebusan tayar perlu dilakukan sebelum 30 Sept ini, demikian menurut SPAD dalam kenyataan di sini. - Bernama

Pembuat Filem Hina Nabi Peluk Islam

 

AMAUD Van Dorn anggota parti Kebebasan haluan kanan Belanda, sebelum ini telah terlibat dalam pembikinan filem menghina peribadi Rasulullah saw yang telah menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia telah memeluk Islam 

Akhbar2 Saudi termasuk 'Ukkaz dll melaporkan bagaimana Arnaud Van Dorn yang sebelum ini begitu anti dan sangat membenci Islam kini sedang berada di Saudi malah turut menyiarkan gambar2 beliau antaranya ketika beliau menjahit kelambu Kaabah !

Sewaktu beliau menziarahi Masjid Nabawi dan makam Nabi saw..beliau dilihat menangis teresak2 hingga dapat dilihat oleh semua yg hadhir..Ketika ditanya apakah puncanya yg membawanya memeluk Islam..beliau menyatakan bahawa..

Sebenarnya reaksi dan kemarahan luarbiasa umat Islam di seluruh dunia ekoran filem tersebut itulah yang telah mendorongnya untuk mengkaji dan mencari apakah rahsia sebenar di sebalik kecintaan yang begitu mendalam umat Islam terhadap peribadi agung tersebut..

sehingalah pada akhirnya beliau mendapati bahawa Nabi Muhammad saw yg pernah dimusuhinya itu sebenarnya adalah satu peribadi paling agung dalam sejarah peradaban manusia..!

'Tangisan' beliau semakin kuat ketika beliau berdiri di hadapan makam Baginda saw...Kini beliau merancang untuk mengerjakan umrah dan akan kembali ke Madinah al-Munawwarah... 

Teksi Rakyat 1Malaysia (Teks1M)



Syed Hamid Albar (dua dari kiri) menerima dokumen perjanjian daripada Mohd. Khamil Jamil (kanan) semasa Majlis Memperkenalkan Teksi 1Malaysa (Teks1M) dan Pelancaran Reka bentuk Teksi1M di Pusat Proton di Shah Alam, semalam. Turut kelihatan Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal (kiri sekali).

SUBANG JAYA 18 April - Sebanyak 1,000 Teksi Rakyat 1Malaysia (Teks1M) akan beroperasi di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang bermula Jun hingga Oktober tahun ini.

 Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, buat permulaan, usaha itu akan membabitkan seramai 200 pemandu teksi yang diberi lesen individu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Mac lalu dan selebihnya dipilih berdasarkan kriteria tertentu..

Menurutnya, pengenalan perkhidmatan itu akan membantu meningkatkan industri pengangkutan awam sekali gus menambah pendapatan mereka menerusi penawaran perkhidmatan lebih selesa..

"Kita akan babitkan 200 penerima lesen individu sebelum ini dan bakinya sedang ditapis berdasarkan pengalaman memandu dan kriteria penting lain..

"Apa yang ditawarkan ini bukan sahaja merangkumi jenama 1Malaysia tetapi ciri-cirinya direka khas sesuai dengan pemanduan masa kini," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Teks1M di sini hari ini..

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal, Ketua Pegawai Pembangun SPAD, Azmi Abdul Aziz dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil..

Beliau berkata, teksi terbabit dikeluarkan sama ada dengan tangki petrol sahaja atau dipasang siap dengan tangki gas asli (NGV) termasuk mesin bayaran yang menawarkan perkhidmatan dalam bentuk debit dan kredit kepada penumpang..

Syed Hamid berkata, selain prospek keselamatan, teksi model Exora mempunyai kelebihan lain seperti tempat duduk belakang berhawa dingin, ruang bagasi lebih besar dan warna teksi berlainan iaitu coklat keemasan..

"Model ini boleh didapati dalam modul kawalan automatik dan manual bagi memberi pilihan kepada mereka termasuk dibekalkan sistem perayauan, peranti sistem kedudukan global (GPS), beg udara, sistem brek antikunci, brek agihan elektronik dan sarung kerusi kulit," katanya..

Beliau menjelaskan, Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat (CTSS) yang memakan masa tempoh tiga hingga enam bulan dari sekarang akan diusahakan SPAD supaya pemandu dan penumpang teksi dapat mengetahui lokasi masing-masing pada setiap masa. "SPAD menjangkakan transformasi 60,000 pemandu teksi menggunakan model itu dalam tempoh lima hingga 10 tahun dan buat masa ini harga permulaan meter adalah RM3 khusus untuk teksi bajet..

"1,000 pemandu akan mendapat rebat RM5,000 daripada Yayasan 1Malaysia Development Berhad bagi pembelian model itu menjadikannya hanya RM59,000 seunit," ujarnya.

p/s Bertambah lagi warna teksi Malaysia.

Kenapa bangang sangat

LANGKAWI 13 April — Kajian menyeluruh mengenai pendapatan pemandu teksi untuk mengetahui sosioekonomi sebenar mereka perlu dibuat sebelum inisiatif komprehensif bagi membantu mereka dilaksanakan.

 Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata, kajian itu penting kerana bilangan pemandu teksi berpendapatan di bawah paras kemiskinan lebih ramai berbanding yang memperoleh lebih RM3,000 sebulan.

Rais yang merupakan penaung Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi Limosin & Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) berkata, kerajaan akan menyediakan dana untuk pertubuhan tersebut menjalankan kajian berkenaan bagi menyediakan pangkalan data mengenai ahli-ahlinya.

"PETEKMA perlu menyelidik dan mendapatkan fakta sahih pendapatan syarikat dan badan korporat yang memiliki permit teksi untuk mengetahui pihak mana sebenarnya meraih keuntungan besar dan pendapatan banyak mana yang dikatakan lumayan," kata beliau.

Rais berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-14 PETEKMA cawangan Langkawi di sini hari ini.

Ketika berucap sebelum itu, Rais mengumumkan sumbangan kerajaan pusat sebanyak RM200,000 bagi membina bangunan PETEKMA cawangan Langkawi dan beliau juga menyampaikan bantuan pentadbiran sebanyak RM25,000 untuk tahun ini.

Pengerusi PETEKMA Langkawi, Mohd Saad Mahmud berkata, lebih 80 peratus ahlinya berada bawah paras kemiskinan kerana memperoleh pendapatan purata RM1,000 sebulan. Katanya antara faktor yang menjejaskan pendapatan mereka ialah kewujudan kira-kira 4,000 buah kereta sewa tidak berdaftar di pulau ini. - BERNAMA

Membaca kenyataan bangang macam ni kekadang buat sakit hati je.Sememangnya taraf pendapatan pemandu teksi sekadar cukup makan je,kecuali kepada mereka yang mempunyaai pendapatan sampingan seperti gaji isteri yang besar.

Tak perlulah nak buat kajian pihak mana yang mendapat keuntungan besar,semestinya pihak syarikat la yang meraih pendapatan lumayan,tengokla tokey2 teksi mana ada yang naik kereta proton rata2nya semua naik kereta mewah.Tu pun nak kaji lagi....apaaa rrrrr

Tipu-tipu Teksi 1Malaysia

Asalamualaikom sahabat blog.
Pada 24 Mac lalu,aku juga ada keputerajaya,ingin melihat pengumuman Najb yang ingin dinyatakan.
Ternyata pemberian ini hanya gula-gula politik tampa ada kesunguhan dari pihak keraajaan untuk membela para pemandu teksi.

Pemberian permit hanya kepada 200 orang sahaja bukan seribu seperti diberitakan dan permit adalah kepunyaan syarikat yg dilupuskan kepada pemandu.

Baki 800 permit lagi akan diberitahu setelah syarikat-syarikat ini sanggup melupuskan permit mereka kepada pemandu,jika syarikat tidak sangup melupuskannya maka berita ini hanya angan kosong bagi pemandu.(tidak ada pengeluaran permit baru)

Dengan kehadiran pemandu sehingga melempah keluar ruang dewan apakah 1000 permit ini cukup untuk pemandu? Mungkin tidak.....


PUTRAJAYA, 24 Mac — Putrajaya menyerahkan 1,000 permit teksi individu hari ini dan menjanjikan lebih lagi yang mana Datuk Seri Najib Razak berkata ianya merupakan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janjinya.

 Pengumuman itu dibuat sebagai sebahagian daripada usaha pentadbirannya untuk meraih sokongan 700,000 pengundi daripada kelompok pemandu teksi diseluruh negara yang marah dengan kelewatan pembaharuan dalam industri tersebut..

“Apa yang saya janjikan? Saya berjanji permit teksi individu. Walaupun banyak syarikat memberi pekerjaan, namun ada yang mengeksploitasinya..

“Ini satu lagi janji ditepati kerajaan,” kata Najib kepada 5,000 pemandu teksi dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini..

Baru-baru ini, kumpulan pendesak mewakili pemandu teksi Lembah Klang menuntut permit teksi, dan berharap Putrajaya akan menerima permohonan permit teksi tanpa syarat kepada pemohon individu.Sistem sewaan sedia ada yang mana teksi dikehendaki membayar setinggi tiga kali pendapatan mereka kepada syarikat yang kebiasannya dikaitkan dengan politik yang digambarkan sebagai “perhambaan alaf baru.”.

Kumpulan yang mendakwa mereka daripada Gerakan Tuntutan Pemandu Teksi (TEKSI), menuntut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Datar (SPAD) untuk mendengar tuntutan mereka, yang telah dibawa untuk perbincangan..

Dengan pilihan raya yang semakin hampir, pentadbiran Najib dilihat cuba mengrlakkan perselisihan dengan kumpulan pengundi sasaran seperti pemandu teksi bagi menghadapi pilihan raya yang getir kali ini..

TEKSI dibentuk Oktober lalu selepas sejumlah pemilik teksi di Lembah Klang bersatu menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kepada Putrajaya agar memudahkan mereka memperolehi permit teksi..

Kumpulan itu juga sebelum ini mengugut untuk menjadi duta Pakatan Rakyat sekiranya tuntutan mereka tidak diendahkan..

Najib hari ini mengesahkan apabila berkata pemberian permit itu akan memberikan kesan terhadap kerajaan pemerintah itu sangat serius menjaga kebajikan pemandu teksi. “Mari kita teruskan bai’ah ini antara kita. Kita boleh berikan lebih banyak lagi lesen. Hanya perlu berbai’ah dengan kerajaan..

“Jangan lupakan kebaikan kerajaan,” katanya. Perdana menteri keenam itu juga turut mengingatkan pemandu teksi berdasarkan pengumuman hari ini, Putrajaya, melalui SPAD, telah memberikan voucher RM520 sebagai subsidi tayar di bawah skim Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1M) inisiatif untuk membantu pemandu teksi dengan kos penyelenggaraan..

Najib hari ini berkata, Putrajaya juga akan meneruskan bantuan berkenaan dikenali sebagai “TR1M 2.0” termasuk bantuan RM500 bagi pemandu yang ingin membeli kereta dan menukarnya kepada teksi. Geran hanya layak untuk Proton Exora sahaja..

Tindakan itu dilihat akan membantu BN mengatasi seteru politik mereka untuk memastikan pemandu teksi rapat kepada kerajaan, perkara pokok yang membuktikan PR sekadar berjanji, kerajaannya yang akan menunaikan..

PR sebelum ini berjanji untuk memperbaiki masalah melibatkan pemandu teksi sekiranya mereka menguasai Putrajaya dalam PRU 2013..

“Sedangkan PR, kamu hanya menyaksikan Bersih 1.0, Bersih 2.0, Bersih 3.0. Dengan BN, kita ada BR1M 1.0, BR1M 2.0, TR1M 1.0 dan TR1M 2.0..

“Pembangkang hanya tahu cetuskan kekacauan. Kita pula membantu dan menjaga kebajikan rakyat,” katanya..

Dua ratus daripada 1,000 lesen diberikan hari ini. Beberapa pemandu teksi yang ditemui The Malaysian Insider nyata “teruja” dengan pengumuman Najib dan ada yang menyatakan ia akan meningkatkan sokongan kepada BN. “Saya sangat gembira. Dah lama kami tunggu. Saya yakin ramai akan sokong BN,” kata seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Norman..

Bercakap kepada pemberita, pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar menjelaskan permit tersebut yang tidak boleh dipindah kembali, akan diterima beserta insurans dan pakej selenggara..

Pembayaran permit boleh dilanjutkan sehingga tujuh tahun. “Antara syarat lain adalah pemandu mesti berusia 60 tahun ke bawah, dan jika terlebih umur, mereka perlu disahkan kesihatannya oleh doktor,” katanya..

Beliau turut mendedahkan SPAD dan kerajaan masih sedang membentuk model yang lebih effiktif untuk pemandu teksi dan dijangka akan diumumkan kelak. “Apa yang kami lakukan adalah modenisasi industri teksi. Ia akan dilaksanakan apabila tiba masanya,” katanya..

Terdapat hampir 80,000 teksi di Malaysia dengan kebanyakannya di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang, namun rekod rasmi menunjukkan 79,571 pemandu teksi berdaftar, dan 1,303 syarikat teksi seluruh negara. Syarikat-syarikat ini memiliki 31,978 permit atau 48 peratus jumlah permit teksi di negara ini.

p/s Tawaran PR semua pemandu akan ditawarkan dengan permit induvidu.
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome