//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://mytaxiklia.blogspot.my

Pasangan didakwa kerana 'projek' dalam teksi awam

Seorang wanita Britain dan pasangannya, lelaki Ireland yang didakwa melakukan aktiviti seks di dalam sebuah teksi di Dubai, dipenjara tiga bulan semalam.

Mereka akan dihantar pulang sebaik saja selesai jalani hukuman.

Ia merupakan kes terbaru melibatkan pelancong Barat melanggar Undang-Undang Tatasusila Emiriyah Arab Bersatu dan menekankan perbezaan budaya sedang negara itu cuba mengekalkan identiti Islam dan meningkatkan industri pelancongan.

Rebecca Blake dan Conor McRedmond mengaku tidak bersalah atas dakwaan "melanggar kehormatan dengan persetujuan" dan melakukan "perbuatan tidak senonoh dalam teksi" ketika hadir di mahkamah bulan lalu.

Mereka mengaku bersalah atas dakwaan ketiga iaitu minum minuman keras di tempat awam. – Reuters 

Sent by e-mail

Denda AES hak kerajaan, mengapa berkongsi

KUALA LUMPUR: Kempen Anti Saman Ekor (Kase) bercadang membuat semakan kehakiman terhadap sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang dilaksanakan kerajaan.

 Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, semakan kehakiman itu akan dibuat dalam tempoh terdekat, dengan peguam Kase dan peguam Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) PAS Pusat sedang membuat persiapan berhubung perkara itu. Tambah beliau, pihaknya sudah berbincang, khususnya dari segi persoalan mengenai perkongsian jumlah kompaun dan denda yang dikenakan..

Sebelum ini, tegas Mahfuz kabinet bersetuju melalui model kewangan tentang perkongsian kutipan denda antara kerajaan dengan dua syarikat itu iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd..

Had laju 90 km, saman 80 km, bukti kelemahan AES

KUALA LUMPUR 6 November: Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendedahkan kelemahan terbaru saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikeluarkan terutama di lokasi kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff berkata, kamera AES di lebuh raya tersebut keliru dan celaru apabila menangkap kelajuan 80 kilometer sejam (km/j) sedangkan had laju di situ adalah 90 kilometer sejam.

"Salah satu saman yang diterima adalah di kilometer 6.6 SKVE, menunjukkan pemandu terbabit melakukan kesalahan Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, atas kesalahan gagal mematuhi isyarat lalu lintas dan had laju yang ditetapkan 80 km sejam.

"Padahal menurut laman web JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), had laju yang ditetapkan di sana adalah 90 km/j," katanya pada sidang media di Parlimen.

Menurut Zulhazmi, Pengarah Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamed dalam laman web JPJ menjelaskan, kamera AES dilengkapi sistem 'speed limit buffer' (lonjakan had laju).

"Maknanya, di tempat had laju 90 km/j, pemandu hanya akan disaman jika pandu lebih 100 km/j.

"Tetapi dinyatakan (menurut surat saman yang ditunjukkan) bukan lonjakan, sebaliknya pengurangan had laju," kata beliau.

Ekoran itu, Zulhazmi berkata, Kase akan menyediakan khidmat guaman kepada pemandu yang disaman yang tampil kepada mereka.

"Kita sedia lawan di mahkamah, atau (kalau perlu) saman JPJ kerana menipu," tegasnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar turut menyeru pemandu yang disaman tidak menerima tawaran kompaun terhadap saman AES.

"Kompaun tidak wajib bayar. Bawa kes ini ke mahkamah juga bukan bermakna kita lawan undang-undang, tetapi sebaliknya ikut proses undang-undang," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.


Sent by e-mail

Syarikat anak bekas pemimpin Umno Johor kendali saman AES

KUALA LUMPUR 5 November: KEADILAN membongkar hubungan mencurigakan di antara syarikat pengendali saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno Johor.

Dedah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Chang Lih Kang, pemegang saham terbesar syarikat itu, To'Puan Rozana Redzuan adalah anak kepada bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong, Allahyarham Tan Sri Datuk Redzuan Salim.

"Ibunya, Puan Sri Datin Atkah Abdullah pula adalah bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.

"Selain itu, Rozana juga adalah sepupu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Teja itu pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut ditunjukkan dalam sidang media itu, salinan maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Maklumat tersebut menyatakan, Rozana adalah Pengarah Beta Tegap dan memiliki saham bernilai RM5.8 juta.

Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, maklumat ini sekali lagi menunjukkan hubungan syarikat kroni yang mendapat kontrak dari kerajaan.Beliau mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES.

"Sampai hari ini, kita tidak mendengar satu sebab pun kenapa sistem ini dikendali pihak swasta. Apa masalahnya dengan polis yang mengendali saman trafik sebelum ini."Kami juga sekali lagi meminta kerajaan agar batalkan dan nilai semula sistem pelaksanaan AES ini," kata Bendahari Agung KEADILAN itu.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan, kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat pengendali, Ates Sdn Bhd.Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga  RM700 juta hasil kutipan saman.

Sent by e-mail

Bumi Akan Bergelap (Dark of the Earth) hujung tahun:


Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.


Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia  dunia, tapi ini adalah "Penyejajaran Alam Semesta", di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.


Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu

Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu 'alam...Assalamualaikum...

Sumber:http://www.ohrakyat.org/

Sent by e-mail

Menyamar jadi JPJ


Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menuntut penjelasan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kejadian penyamaran sebagai pihak berkuasa oleh syarikat konsesi Sistem Kamera Automatik (AES). 

Penasihat Undang-undang KASE, Zulhazmi Shariff berkata, berdasarkan sumber yang diperolehi, Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd mewarnakan kenderaan mereka seakan-akan pacuan empat roda Toyota Fortuner milik JPJ. 

"Apa yang berlaku sekarang, maklumat yang kami terima, ATES dan Beta Tegap mewarnakan kenderaan milik syarikat sebagai warna seakan-akan warna JPJ. "Letak logo JPJ, nama 'Automated Enforcement System' sedangkan kenderaan tersebut bukan kenderaan JPJ. Ini apa cerita?" katanya di lobi Parlimen. 
Tegasnya, penyamaran sebagai pihak berkuasa ini merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. 

Dalam sidang media sama, Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar menggesa semua penerima saman AES agar tidak membuat bayaran kompaun sebaliknya hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan perkara berkenaan. 

Ini kerana KASE akan menyediakan peguam kepada mereka selain penggunaan peruntukkan undang-undang yang salah seperti dinyatakan dalam surat saman. 

Tegasnya, kerajaan sepatutnya membatalkan semua saman yang mula dikeluarkan pada 13 Oktober lalu dan penangguhkan perlaksanaan AES seperti yang didesak sebelum ini. 

"Kalau kerajaan masih tidak menarik balik saman ini, KASE menyeru kepada semua penerima saman ini agar tidak membayar kompaun. 

"Sebaliknya ikut arahan ini (dalam surat saman) ke mahkamah. Kami bersedia menyediakan beberapa peguam bagi membantu mereka yang bersedia ke mahkamah. 

"Peguam ini hanya untuk saman AES dan bukannya saman trafik," katanya. 

Surat saman AES yang dikeluarkan menyatakan kesalahan melanggar had kelajuan berada di bawah Seksyen 79 (2). 

Seksyen berkenaan sebenarnya bukan berkaitan perlanggaran had kelajuan sebaliknya merujuk pada perlanggaran kepada mengabaikan terhadap arahan dan isyarat lalu lintas. 

Dari segi hukuman pula, tidak ada kompaun minimum RM300 sebaliknya tidak melebihi RM 500. 

"Undang-undang disini (dalam surat saman) yang digunakan pun pelik. Dia (surat saman) kata miinta kita hadir ke mahkamah sendiri atau diwakil peguam. 

"Mana boleh pertuduhan yang ingin disebut di mahkamah diwakili peguam," jelasnya. Ujar beliau lagi, kesalahan AES ini tidak akan melibatkan kesan disenarai hitam sebaliknya penerima boleh membuat saman balas seandainya mereka dikenakan tindakan sedemikian. 

Beliau menambah, langkah penyelesaian di mahkamah ini dapat mengurangkan peluang kepada syarikat konsesi memperoleh keuntungan RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan ~ Selangorku


Sumber

Sent by e-mail

FELDA OIL PRODUCTS TERGADAI KPD SYKT ASING!


Felda Oil Products(FOP) ditubuhkan pada tahun 1977. Ia terlibat memproses Minyak Sawit Mentah(CPO). Di Pelabuhan Pasir Gudang ia memproses 100 ribu tan metrik sebulan, selain Pelabuhan Klang 40 ribu tan sebln, Kuantan 80 tan dan Tawau/Lahad Datu 80 ribu tan sebulan.

Asalnya, kepentingan Felda dlm sykt ini 70%; namun mulai tahun 2010, ianya hanya tingga
 l 30% sahaja. Selain sykt dari Jepun, Iffco Sdn Bhd yg berpengkalan di Dubai telah menguasai kepentingan majoriti dlm syarikat ini.



Selepas kepentingan majoriti dikuasai sykt asing, ia dikenali dengan nama Felda Iffco Oil Products(FIOP). Chief Operating Officer(COO) telah dilantik iaitu Nadaraja menggantikan En Abd Aziz Ahmad. Jawatan paling Strategik selama puluhan tahun yg dinikmati Bumiputera telah bertukar kpd orang asing.

Cara penggabungan antara Felda dengan Iffco untuk menubuhkan FIOP adalah amat meragukan dimana dengan mengurangkan pegangan saham bumiputera asal di syarikat. Ia suatu pengkhianatan kpd Syarikat Bumiputera.

Selepas penggabungan, urusan pemasaran diserah 100% kpd Sykt milik penuh Iffco di Malaysia iaitu IFFCO SEA yg akan menentukan harga dan margin pasaran produk keluaran FIOP. IFFCO SEA memperolehi untung besar kerana memperolehi produk dengan harga rendah dan menjualnya pula kpd pembeli dgn harga lebih tinggi. Walhal secara logik, IFFCO SEA tidak harus mengambil untung atas produk FIOP, kerana mereka telah dibayar komisen atas setiap belian dan jualan produk keluaran FIOP.

IFFCO SEA juga memasarkan hampir 50% produk keluaran FIOP kpd anak2 sykt 100% milik IFFCO spt IFFCO Msia, ERCO Sharjah, IFFCO Pakistan dll. Selain itu, IFFCO juga menjual terus MSM kpd pembeli luar dgn margin keuntungan yg tinggi. Teras utama perniagaan FIOP ialah memproses keluaran produk MSM bukan dengan mengambil alih tugas FELDA yg menjual MSM.

Kesannya, syarikat asing membuat keuntungan manakala Felda menanggung rugi. Unjuran yg ditargetkan tersasar. Sepatutnya bg tahun berakhir Disember 2012, keuntungannya mencecah RM14,892 juta, namun dah berada penghujung Okt, masih rugi.

Sejak kemasukan COO Nadaraja, hampir kesemua kerja2 kontrak dan pembelian barangan syarikat berpindah dari syarikat bumiputera kpd syarikat bukan bumiputera atas arahan beliau.

Pada bulan Jun lalu, Nadaraja mengeluarkan notis 24 jam memecat Pengurus Besar dan Pengurus Pengeluaran yg kedua2nya melayu dan ditukar kpd bangsa lain tanpa alasan munasabah.

Saya paparkan bukti terbaru yg berlaku kpd anak Syarikat Felda, akibat keghairahan mencari rakan strategik asing. Kesannya, syarikat luar buat untung, Felda tanggung rugi. Segala prosedur dan kouta bumiputera sanggup dipinda sedangkan ianya merugikan.

Syarikat asing naik tocang, CEO tempatan dibuang, pegawai kanan dipecat, projek dibolot orang asing, pekerja tempatan yang bekerja puluhan tahun dibuang sesuka hati; matlamat utk meningkatkan keuntungan langsung tidak berjaya.

Apabila FGVH sedang dilanda ketidak stabilan, harga saham tinggal RM4.68, komoditi sawit getah mengalami kejatuhan harga; kesannya amat buruk sekali. Dr Rosli Yaakob, bekas Timbalan Pengarah Bank Negara telah buat analisis awal beberapa bulan lalu. Ramalan beliau tepat 100%. ANAK sampaikan pandangan kpd YAB PM dlm bentuk memorandum lengkap, tapi dipandang remeh.

IFFCO adalah contoh kegagalan dari kerjasama strategik yg tidak adil kpd Felda. Puluh tahun asasnya dibina melalui kegigihan dan pemgorbanan pekerja tempatan. Kini, sedang bermasalah. FGVH juga mula dilanda badai yg telah dimaklumkan kepada saya melalui bukti2 yg akan saya dedah tidak lama lagi....

Sejak PM umum cadangan penyenaraian FGVH di Bursa Msia 7 Okt 2011, berbagai usaha dibuat untuk menghalangnya. Plan penambaikkan dikemukakan. Seminar dan konvensyen dianjurkan. Forum2 intelektual melalui pakar ekonomi dibuat. Perbincangan dgn SKM, Suruhanjaya Securiti dan Bank Negara dilakukan.

Ia tidak diendahkan. Sebaliknya, dihambur dgn kata2 kesat, HARAM JADAH. Ia keluar dari mulut Perdana Menteri sendiri. Kalau ada pihak yg kata ANAK hanya tahu mengkritik dan membangkang semata2; sebenarnya mereka adalah contoh manusia yg dunianya seperti katak dalam tempurung!

Bila kepentingan Bumiputera semakin mengecil, sykt asing kaya raya; siapa khianat????
 


 


Sent by e-mail

Pemandu Teksi dihina lagi

Gara-gara mahu permit individu, Utusan Malaysia mula burukkan pemandu teksi

SALAH satu tuntutan pemandu teksi kelmarin ialah mahu Rejim Barisan Nasional memberikan permit individukepada mereka kerana bayaran sewa yang dikenakan kepada pemilik permitterlalu membebankan.

Mana tidaknya, seorang sahaja kroni Umno memiliki berpuluh-puluh permit teksi untuk disewakan dan mengambil untung atas angin apabila menyewakan permit milik mereka kepada pemandu teksi yang bertungkus lumus membanting tulang setiap hari.

Gara-gara tuntutan ini, nampaknya akhbar propaganda Utusan Malaysia milik United Malays National Organization, Umno sudah hilang punca apabila golongan pemandu teksi mengancam akan berkempen untuk Pakatan Rakyat jika tuntutan mereka tidak ditunaikan [Malaysiakini].

Sehari selepas golongan pemandu teksi yang dianggap sebagai "duta kecil" kerajaan itu mengancam mahu berkempen untuk Pakatan Rakyat, Utusan Malaysia (sebut Utusan Syaitan) mula menyerang golongan itu dengan cara memburuk-burukkan mereka.





Nampaknya Umno dan Barisan Nasional melalui akhbar rasmi milik merekasudah mengistiharkan perang kepada golongan pemandu teksi. Ini merupakan berita baik untuk Pakatan Rakyat.

Ini juga merupakan petanda bahawatuntutan golongan pemandu teksi tidak akan dilayan oleh Rejim Barisan Nasional. Faham sajalah, permit teksi yang dipegang oleh kroni-kroni Umno merupakan sumber "untung atas angin" mereka.

Sumber:Milo suam

Sent by e-mail

Sihir melalui makanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, nampaknya di zaman moden seperti sekarang ni, amalan sihir masih lagi berlaku terutama di kalangan masyarakat melayu. Antara punca berlakunya sihir adalah disebabkan perasaan dendam seseorang terhadap orang lain, iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang ,ada perasaan benci terhadap seseorang dan sebagainya.

Antara contoh-contoh sihir yang sering dilakukan adalah seperti menggunakan jin atau syaitan melalui santau atau guna-guna. Selain itu, sihir juga boleh dihantar melalui makanan dan minuman.
Jadi Ustaz mohd Zawai Yusoh ada memberikan cara untuk mengelak untuk disihir atau disantau melalui makanan adalah membaca ayat ini 7 kali sebelum makan atau minum.
santau Cara Mengelak Disihir Melalui Makanan
DALAM sebutan rumi :
" BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM "
Sekiranya terdapat bacaan santau yang dihantar melalui makanan tersebut, maka .. bekas makanan tersebut boleh pecah dengan sendirinya..
Jadi kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspadalah selalu sebelum makan makanan tertentu terutamanya makanan yang dihantar orang ke rumah kita..InsyaAllah, semoga kita semua dijauhi dari terkena sihir ini..
Sumber:
Sent by e-mail

SENARAI LOKASI PERANGKAP HADLAJU

PLUS North Bound (ke Utara) * Di bawah jambatan di kira-kira 456km, Sg Buloh simpang.
* Di bawah jambatan di kira-kira 459km, Bukit Lanjan interchange.
* Di bawah restoran jejantas di Sg Buloh.
* Di bawah jambatan terakhir sebelum tol Sg Besi pada 309.2km.
* Di bawah jambatan di 296.5km, persimpangan Bangi.
* Di bawah jambatan baru dibina di 289.0km, selepas simpang Utara Penilaian.
* Di bawah jambatan di 286.5km, Penilaian Utara simpang.

PLUS South Bound (ke Selatan)
* Di bawah papan tanda pada kira-kira 454.6km dan 455.2km, Sg Buloh layby.
* Di bawah jambatan selepas simpang Subang pada 11.3km.
* Di bawah jambatan di 22km, simpang Bukit Lanjan
* Di bawah jambatan sebelum Mint hotel, Sg Besi Tol. 80km / h sahaja!
* Di bawah jambatan di 302.8km, persimpangan Kajang.
* Kira-kira 1km selatan persimpangan Bangi
* Di 296.5km and 297km, persimpangan Bangi
* Di bawah jambatan yang baru dibina di 289.0km, sebelum simpang Nilai Utara .
* At 285.5km dan 285.8km, persimpangan Nilai Utara.
* Pada pembahagi pusat 251.8km dan 253km selepas simpang Senawang .
* Selepas simpang Alor Gajah at 213.9km, sebelah taman tema air.
* Di halangan kanan pada 198.4km.

Elite Central Link East / North Bound
* Pada sebelah kiri di 4.8km selepas Batu Tiga / Shah Alam keluar
* Di bawah restoran jejantas di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
* Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.

Elite Central Link West / South Bound
* Di bawah restoran jejantas di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
* Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.
* Selepas keluar dari tol KLIA ke lapangan terbang, di bawah Jalan Pekeliling
flyover.90km / h

NKVE East / North Bound
* 300m sebelum tol Jalan Duta, 60km / h!
* Di sebalik halangan kemalangan di sebelah kiri apabila pergi ke arah tol Jalan Duta,di 24.9km 80km/h
* Di bawah jambatan di Damansara Junction, 17.5km NKVE West / South Bound
* Di sebalik halangan di sebelah kiri apabila keluar tol Jalan Duta dari KL, pada 25.3km dan 25.7km, 80km / h sahaja!
* Dari Jln Duta, di bawah jambatan, 23km, 80km / h sahaja!
* Dari Jln Duta, di terowong Sg Buloh persimpangan-Y, 22km.
* Di sebalik halangan n di Damansara Junction, 17.7km dan 16.8km
* Di bawah jambatan keretapi di 11.2km
* Di bawah jambatan di persimpangan Shah Alam.

Kesas East Bound
* Di bawah jambatan di 44.8km, turun bukit yang selepas simpang Puchong.

Kesas West Bound
* Di tepi Sg Besi Tol Bound Timur. Kuala LumpurCity
* Jalan Duta; di bawah jejambat di persimpangan Damansara, 70km / h zone.

Klang
* Jalan antara Klang dan Pelabuhan Klang. Ke Arah Klang arahan, pada kira-kira 13 km kilometer batu. 70km / h sahaja!

Pantai Timur
* Tanda Jalan di Karak lebuh raya adalah tidak mencukupi terutamanya di simpang Y; jika anda unfamilar, pergi perlahan.
* East terikat, turun bukit dijalankan selepas Raub persimpangan.
* Maran, 60km / h zone.
* Paya Bungor, 70km / h zone.

Perangkap Hadlaju DI JOHOR South Bound
* Persimpangan Tangkak.
* Di bawah jambatan selepas Yong Peng Utara persimpangan
* Pada 97.3km.
* Persimpangan Ayer Hitam
* Persimpangan Sedenak

Perangkap hadlaju DI PERLIS, KEDAH DAN PULAU PINANG

North Bound
* Around Ayer Hitam in 60km / h zone.
* Sebelum Perwaja Steel.
* Sg Petani persimpangan.
* Antara persimpangan Seberang Jaya dan Tol Sg Dua.

South Bound
* PenangBridgeisland akhir. Had laju 80km / j.
* Kira-kira 2 km sebelum Juru Toll Speed ??had 90km / j.

Perangkap HADLAJU DI PERAK North Bound
* Di bawah jambatan di 197.1km dan 198.8km, Simpang selepas Kamunting.
* Di bawah jambatan di 204.3km, selepas simpang Kamunting.
* Di bawah jambatan di 208km, sebelum simpang Junction.
* Di bawah jambatan di 214.8km, sebelum simpang Kamunting.
* Ipoh Vista Point pada kira-kira 263km. Had laju 80km / j.
* Di bawah jambatan di 271km,simpang utara Ipoh .
* Di bawah jambatan di 274.4km, simpang utara Ipoh South .
* Di bawah jambatan di 286.9km, Simpang Pulai .
* Di bawah jambatan di 296km, Gopeng.
* Di bawah jambatan di 352.6km, selepas Sungkai.
* Di bawah jambatan di 353km, Sungkai .
* Di bawah jambatan di 373km, Slim River.

South Bound
* Di bawah jambatan di 199km, sebelum simpang Kamunting simpang.
* Di bawah jambatan di 241.9km, at Kalau Kangsar.
* Di bawah post tanda di 296.1km, sebelum Gopeng.
* Di bawah jambatan di 297km, Gopeng .
* Di bawah jambatan di 300km, selepas simpang Gopeng.
* Di bawah jambatan di 308.6km, selepas Gopeng .
* Di bawah jambatan di 372.6km, di SlimRiver.

Sabak Bernam
KM. 64 T / INTAN – KLANG,
KM. 62 T / INTAN – KLANG,
KM. 60 T / INTAN – KLANG, (KM.60 Sg.Nibong)
KM. 54 T / INTAN – KLANG
Kilometer 29.3th Jalan Klang-Teluk Intan;
SUBANG JAYA KM 8,5 L / RAYA ELITE,
Bentong KM40 L / RAYA KL-Karak,
Spt (B / Mertajam) KM 142,6 LRUS,
Hulu SELANGOR (KKB), KM 400 LRUS,
S / RIVER (B / SANDAKAN) KM 122 JLN IPOH-K/LUMPUR

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang – Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

Lain-lain
1. Kilometer 1.13.5th Lebuhraya Ayer Keroh
2. Kilometer 33 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan;
3. Kilometer 81 jalan Jerangau-Jabor;
4. Kilometer 51 Jalan Alor Star-Butterworth;
5. Kilometer 85.5th Jalan Kuala Lumpur-Ipoh;
6. Kilometer 29.3th Jalan Klang-Teluk Intan;
7. Kilometer 15 Jalan Tampin-Segamat;
8. Kilometer 36 Jalan Kuantan-Kemaman;
9. Seksyen 57, Jalan Kota Tinggi-Sg Rengit;Kilometer 10.184th Jalan Johor Bahru-Kuala Lumpur;
11. 83 Street dan kilometer 62 Gua Musang-Kuala Krai;
12. Jelutong Expressway di Pulau Pinang.




Sent by e-mail

Pemandu akan rasa di tindas

PETALING JAYA: Syarikat berkaitan dengan MCA didakwa bakal berkongsi untung saman trafik yang dikenakan JPJ ke atas rakyat mulai hujung tahun ini.

Bagi memaksimakan keuntungan pula, kadar saman trafik akan dinaikan ke RM300 - RM2,000 melalui satu rang undang-undang yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat.

Baru-baru ini, syarikat berkaitan MCA didakwa telah mendapat kontrak projek saman pengangkutan Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System – AES) yang akan dilaksanakan kerajaan penghujung tahun ini.


Bendahari PKR William Leong ketika mendedahkan perkara itu berkata, syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Beliau mendakwa, salah seorang pengarah syarikat Beta Tegap Sdn Bhd iaitu Datuk Arianta Alikusno mempunyai hubungan dengan pemimpin MCA dan pernah diberikan kontrak yang besar pada tahun 2005 daripada Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

“Dalam senarai pemegang saham syarikat Beta Tegap Sdn Bhd yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Arianta dan anaknya Dr Andres Teoh serta isterinya, Yap Kim See @ Yap Ai Lin dan seorang iaitu Datuk Mohd Yunus Othman merupakan antara pemegang saham syarikat itu.

“Begitu juga dengan syarikat Mediharta Sdn Bhd, adalah orang yang sama,” katanya pada sidang media semalam.

Bagaimanapun, sebelum ini MCA telah menafikan kaitan partinya dengan kontrak ini.

Mengulas lanjut, ahli parlimen Selayang itu juga mendedahkan bahawa kerajaan dan kedua-dua syarikat terbabit akan berkongsi keuntungan daripada hasil bayaran saman oleh orang ramai.

Dalam laporan kedua-dua syarikat itu katanya, setiap syarikat itu akan mendapat RM16 daripada setiap saman yang dikeluarkan.

Jumlah itu menurut William lagi akan diberikan kepada kedua-dua syarikat itu sehingga saman yang dikeluarkan mencecah lima juta.

Selepas mencecah lima juta saman, pihak kerajaan dan syarikat-syarikat terbabit akan berkongsi keuntungan masing-masing 50 peratus sehingga syarikat itu mendapat keuntungan RM272 juta setahun.

“Oleh kerana itu, kedua-dua syarikat terbabit mensasarkan untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 juta saman setiap tahun,” katanya.

Justeru, beliau meminta Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek memberi penjelasan berhubungan kaitan dengan nama-nama terbabit.

Ketika perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu, ahli parlimen Pakatan Rakyat membantah keras pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menyatakan denda minimum sebanyak RM300 dan maksimum RM2000 akan dikenakan bagi setiap kesalahan.

Mereka berpendapat bahawa pindaan tersebut bukan hanya akan terus membebankan pengguna jalanraya malah menguntungkan syarikat pengendali AES tersebut.

http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/11472-syarikat-mca-kongsi-untung-saman-rakyat

KOPERASI RAKYAT 1MALAYSIA BHD.

SALAM RAKAN2 TEKSI YANG BERMINAT
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN KOPERASI RAKYAT 1MALAYSIA BHD.
Tarikh: 5 julai 2012 (Khamis)
Masa:2.30 ptg.
Tempat:Kelab Shah Alam, Jalan Akuatik, Shah Alam Selangor

Utk. makluman, SKM Negeri Selangor sedang mengambil inisiatif untuk menubuhkan Koperasi Rakyat 1Malaysia Bhd. bagi mewujudkan kemudahan pinjaman mikro kredit dan kemudahan lain kepada rakyat yang menjadi ahli. Semua warganegara layak menjadi ahli koperasi ini. Penaja koperasi ini terdiri dari pimpinan persatuan/koperasi petani, nelayan, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain2.

Koperasi Rakyat 1Malaysia Bhd. ini akan dilancarkan oleh Y.A.B. PM sempena Hari
Koperasi Negara pada 14 Julai nanti di Stadium Bukit Jalil.

Penyertaan rakan-rakan pemandu sekelian amat diharapkan agar komuniti kita mempunyai suara dan pengaruh yang kuat di dalam Koperasi ini nanti. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi saya di 0192535631 (Mohd Salleh)

Terima kasih.

Nota: 1. Tiada elaun disediakan buat masa ini.
2. Terbuka kepada yang berminat sahaja.

sumber:
Putrajaya Cyberjaya Taxi

9 TIPS KEPADA ISTERI MENJAGA RUMAHTANGGA


masakan melayu

Lama tak update


9 TIPS KEPADA ISTERI AGAR RUMAHTANGGA ANDA BOLEH TERUS BAHAGIA MELALUI "AIR TANGAN" ANDA!

Di zaman ini kebanyakkan isteri mempunyai kerjaya yang memaksa mereka untuk memikul tanggungjawan dan tugasan di pejabat lebih berat. Akan tetapi anda harus ingat, jangan sampai anda abaikan 100% aspek memasak untuk suami anda ini. Kelak buruk padahnya.

9 tips agar anda boleh terus mengikat tali perkahwinan anda dengan penuh bahagia melalui masakan ‘air tangan’ anda.

1. Jangan jadikan alasan anda tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan.

2. Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus anda cuba resipi yang anda dapat itu untuk mencuba memasaknya di dapur.

Bersih 3.0:Pak Samad jadi perhatian


Tan Sri Samad Said


Pengerusi Bersama Bersih, Tan Sri Samad Said atau lebih dikenali dengan nama Pak Samad terus menjadi selebriti sepanjang perhimpunan Bersih 3.0 ini.

Ke mana-mana sahaja beliau pergi, orang ramai akan mengerumuni beliau untuk bersalam dan bergambar.

Beliau juga diminta memberikan ucapan walaupun diperhimpunan kecil yang beliau ada.

Pemandu teksi akan turun Himpunan BERSIH 3.0

Pemandu teksi ke penyamun teksi




Himpunan  BERSIH 3.0





berita penuh baca di sini


Tahap keselamatan kita semakin membimbangkan.



Utusan.com.my- Malaysia diiktiraf negara paling selamat di Asia Tenggara dan ke-19 di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Selain itu katanya, pada tahun lepas, jenayah indeks keseluruhan turut mencatat penurunan sebanyak 11 peratus berbanding tahun 2010, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu lima peratus.

Derita jadi pemuas nafsu Awang Hitam

awang hitam
Sudah banyak kali aku ceritakan tentang awang hitam,tetapi masih ramai lagi pempuan melayu yang terhegeh-hegeh mengejar mereka ini.Artikal lalu tentang Awang Hitam.Apa yang aku ceretakan melalui pengalaman yang aku tempuh semasa membawa mereka ni,dan juga melalui kenalan isteriku yang pernah berkhwin dengan awang hitam ini.

Layan jelah berita tentang Derita jadi pemuas nafsu Awang Hitam ini.

KUALA LUMPUR: Kemaruk mahu bersuamikan lelaki asing yang dikatakan lebih kacak, gagah, romantis dan pandai mengambil hati berbanding lelaki tempatan, rumah tangga dibina seorang wanita bagaikan neraka apabila dia hanya dijadikan tempat pemuas nafsu selain mangsa sepak terajang.

Template gaya Magazine Tamplate


Pengangkutan awam terus menjadi rungutan



Tatkala kerajaan Barisan Nasional menjanjikan perkhidmatan pengangkutan awam yang murah, cekap, efisien dan mudah akses di Lembah Klang, kelewatan keretapi untuk sampai ke stesen pada waktu yang dijadualkan, terus menghantui penggunanya.

Satu tinjauan oleh wartawan MerdekaReview di stesen KTM Kepong Sentral pada kira-kira jam 8 pagi ini, mendapati kira-kira 200 orang penumpang yang menunggu di sebelah platform untuk perjalanan ke utara. Kebanyakan mereka telah menunggu lebih daripada 30 minit.

Cara Timbang Blog supaya ringan


Salam semua.
Hari ini boring-boring aku buka PC,dan taip satu perkataan di google.


timbang blog

Template baru bernama senang

senang


Lima sekeluarga Islam diami rumah kebajikan gereja dan kerenah birokarsi

rumah kebajikan gereja


Apabila kita membaca kisah-kisah sebegini di akhbar,kita akan tertanya siapa yang harus di persalahkan?.Apakah harus dipersalahan kepada mereka kerana tidak mahu berusaha untuk meningkatkan pendapatan keluarga, masayarakat sekeliling yang tidak mahu membantu , jabatan ugama di setiap negeri atau kerajaan yang mengaku bahawa kita Negara Islam.
(baca artikel yang lalu: Kerenah birokarsi jabatan agama islam malaysia)

Google Adsense for Content rm200 sehari

Melihat pada tajuk Google Adsense for Content rm200 sehari,membuat kita teruja untuk mendapatkannya juga.
Bagai mana pembaca semua,teruja juga ke?

klik besarkan

Gengsterisme di malaysia


Pemandangan seperti gambar ini,boleh dilihat di kebanyakan kawasan sekitar KL .Mungkin kita menyangka ia perbuatan Laku musnah atau Vandalisme(Wikipedia)oleh budak-budak nakal,namun ia lebih daripada itu kepada sesiapa yang memahami maksudnya.

Ini perbuatan gengsterisme,yang menandakan sesuatu kawasan itu telah dikuasai oleh mereka.
Aku pernah hidup dalam keBRUNTAL an(bahasa apa aku pun tak tahu) di zaman muda remaja dan bercampurgaul dalam dunia gengsterisme.

Awang hitam dan Perempuan Melayu


gambar selepas turun dari teksiku
Cerita Awang Hitam tidak habis-habis selagi ada orang Malaysia melayan mereka.
Bagaikan sudah terhantuk baru nak tergadah,itulah senario yang melanda kita.Pihak kerajaan pun,begitu jua apabila sudah banyak kes-kes jenayah yang dilakukan oleh "Awang Hitam" baru hendak melaksanakan peraturan undang-undang dan pihak polis baru nak sibuk melakukan Operasi 
"Awang Hitam" itu pun sekejap sahaja.Sepatutnya hendaklah berterusan digempur mereka ini yang banyak melakukan kesalahan dibawah undang-undang Malaysia,dan juga tidak ketinggalan Warga dari Iran,yang banyak melakukan kesalahan undang-undang.

Membuat template dengan Slideshow

Membuat template dengan Slideshow gallery ternyata tidak susah sangat sebagai mana  yang anda bayangkan. Dengan mengunakan jQuery yang siap didownload akan membantu anda memiliki slideshow dengan cara yang sangat mudah.
Berikut sebahagian slideshow  jQuery yang boleh kita masukan kedalam template kita

1. Apple style image slider

DEMO | DOWNLOAD

Template dengan slideshow mudah




Template Mudah,nama yang kuberikan,dengan muka paparan hanya mengunakan code CSS sahaja agar,loding blog tidak terlalu berat disebabkan code jQuery yang digunakan untuk slideshow.

Widget headlinenews untuk blog

Bertemu lagi kali ini.
Widget,banyak widget yang dipasang  untuk mempercantikan sesebuah blog,ada sebahagiannya hanya sekadar hiasaan sahaja dan selebihnya untuk memudahkan pengunjung mencari artikal didalam blog kita.


Headlinenews,satu widget yang memuatkan tajuk-tajuk artikel kita yang terbaru.ia bagus jika dipasang pada blog agar pengunjung boleh melihat artikel kita yang lepas melalui klik pada tajuk yang dipaparkan pada Headlinenews.

Templates warni untuk blog


Salam sahabat Aku dan Teksi.
Sudah lama templet Warni ini di buat sedikit demisedikit,akhirnya siap juga.
Boleh lihat artikel lalu tentang templet yang aku buat
Sekarang aku gunakan untuk blog templet ku

Isteri harus taat pada suami

Hak lelaki ke atas perempuan
Mari membacanya

Hadis iaitu Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taatlah kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, nescaya sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran. Sungguhpun begitu sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al-Imam Bazzar).

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

(Hadis riwayat ath-Thabarani)

Alat Pengesan Kebocoran Gas



kira-kira 46,000 kenderaan gas asli (NGV) di negara ini wajib dipasang dengan Alat Pengesan Kebocoran Gas yang telah diluluskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Alat itu diwajibkan dipasang pada semua kenderaan NGV berikutan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 mengenai penggunaan NGV telah diluluskan oleh Parlimen dan akan diwartakan

Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome