//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://www.taxiklia.net

Page Rank :googel,menilai sesebuah blog dengan 200 cara.

Setelah kejatuhan rank dari googel,aku pun membuat penelitiaan kembali templet blog ini.
Kerana pihak googel,menilai sesebuah blog dengan 200 cara.

Apa yang aku perolehi,aku mempunyai link dan gambar yang salah semasa membuat N3 dahulu.
Search Engine aku juga mempunyai banyak errors  seperti gambar di atas.(Lihat sini)

Jika sesebuah blog terlalu banyak errors dan amaran ia membuat loding blog kita menjadi lambat,yang ini juga mengpengaruhi traffic ke blog kita.Jadi aku cuba memperbaiki mana yang patut,membuang widget yg tidak penting (iklan mangga di buang kerana tidak memberangsaangkan) selebihnya ku letak di ruang Blog-list.

Sebenarnya googel belum update Pagerank lagi.

pagerank

Apakah google sesungguhnya sudah update Pagerank?
Sebenarnya belum lagi,Googel hanya mempertimbangkan untuk menaikan atau menurunkannya

Kepada para blogger yang suka ranknya naik,teruskan usaha agar blog anda mampu mendapatkanya.
Dan kepada yang turun macam blog ini,ia bagai satu teka-teki,apakah googel mahu terus menjatukan lagi atau mempertahankan rank yang sedia ada.

Kenapa Page Rank aku jatuh menjunam

Aku sedih...
Sudah 2x blog aku di godam/ceroboh,aku pun tak tahu ada apa yang istemewanya blog Aku dan teksi ini.
IP address menunjukan dari Kanada dan yang terbaru dari UK.
Terpaksala aku repair apa yang patut,memakan masa 2-3 hari jugalah.

Aku sedih....
Banyak blog -blog politik yang memautkan link blog ini telah  mengeluarkan dari senarai mereka.
mungkin mereka tidak menjumpai link mereka di blog ini,sedangkan aku memasang link mereka.
Kepada mereka yang telah pautkan link blog ini di blog mereka,kalau tidak jumpa di halaman pertama
Carilah di ruang Bertukar Link di atas atau cari di ruang Link Exchange sebelah gambar aku tu.

Cara membuat tamplate sendiri

joyiman

Sebagai seorang blogger, tentu menjadi kepuasan pada diri sendiri kalau kita dapat membuat template sendiri macam blog ini.Dahulu aku  sanggat suka bertukar-tukar template,tetapi sekarang biarlah template ini kekal,aku dah tak larat lagi hendak menukar dan membuatnya.

Semua sudah maklum,kalau kita menukar template,segala scrip yang kita masukan akan hilang dan kita perlu memasukan kembali scrip yang hilang tersebut ,membuat kembali dari A to Z sehingga memakan waktu kita.

Teksi di KLCC: tiada penyelesaian


Pemasaalahan pemandu teksi di KLCC masih belum berakhir,di tambah pula dengan sistem baru yang di perkenalkan oleh LPKP yaitu kuanter pengurusan teksi yang memburukan lagi keadaan.

Berita 1.

KUALA LUMPUR: Lebih 100 pemandu teksi melancarkan mogok di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC), sebagai tindakan membantah sistem perkhidmatan teksi baru yang digunakan pihak pengurusan menara itu, petang semalam.

Dalam perhimpunan aman kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, semua pemandu teksi terbabit enggan mengambil penumpang berikutan tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan memulakan sistem baru iaitu setiap teksi yang ingin mengambil penumpang di kawasan itu perlu memakai pelekat khas yang perlu dibayar RM50 sebulan dan penumpang juga dikenakan bayaran RM2 jika menggunakan khidmat teksi berkenaan. Berita penuh

Pengurusaan kuanter teksi di KLCC juga menggupah kakipukul untuk menjaganya di mana seorang pemandu teksi telah di belasah hanya kerana mengambil penumpang yang tidak mahu membayar rm2 kepada pengurusaan kuanter tersebut.

Berita 2.

KUALA LUMPUR: Hanya kerana ingin mengambil penumpang di KLCC, beberapa pemandu teksi di ibu negara mendakwa mereka bukan saja dihalau, dimaki-hamun, malah turut dibelasah hingga cedera oleh kumpulan samseng yang dipercayai bekerja untuk syarikat yang mendapat hak menjalankan perkhidmatan teksi di kawasan terbabit.

Pemandu teksi yang sudah lama mencari rezeki di pusat beli-belah terkemuka itu juga mendakwa, beberapa teksi turut dirosakkan dengan diterajang kumpulan samseng berkenaan. Berita lengkap

Maka pihak LPKP mengambil jalan mudah dengan menafikan pihahnya ada terbabit tampa mahu menyiasat dan menyelesaikan perkara sebegini.

Berita 3

KUALA LUMPUR: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) menafikan dakwaan Awana Sutera Sdn Bhd (ASSB) bahawa pihaknya meluluskan konsesi perkhidmatan kaunter teksi yang mengenakan kadar bulanan kepada pemandu sebanyak RM50 bagi menampung kos perkhidmatan.

Pegawai Perhubungan Awam LPKP Semenanjung Malaysia, Nurul Insyirah Mohd Isah berkata, kadar bayaran itu adalah persetujuan antara ASSB dengan Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang juga pemilik premis.

Katanya, LPKP hanya membenarkan ASSB mengenakan caj RM2 kepada penumpang bagi setiap perjalanan untuk menampung kos operasi yang diluluskan pada 20 Mei lalu bukannya tujuh tahun yang lalu.

Pautan berita ini

Pada dasarnya kita tidak perlu semua ini,baik teksi berkopun atau penggurusan kuanter teksi.
Biarkan keadaan seperti asal dengan teksi cekik darah menunggu di depan pintu dan teksi yang mengunakan meter berbaris di teksi stand di jalan pinang.Pilihan kepada penumpang ,yang mana dia mahu gunakan.
Penumpang yang bijak pasti menggunakan teksi bermeter di teksi stand kat jalan pinang tersebut.

Berita 4

KUALA LUMPUR: “Secara dasarnya mana-mana pemandu teksi berhak mengambil dan menurunkan penumpang di Jalan Ampang, di sini dan susur jalan menghubung ke KLCC, berikutan DBKL tidak pernah memberi ‘keistimewaan’ kepada syarikat teksi tertentu.

“Kalau ada yang mengatakan teksi tertentu saja berhak, maknanya dia laksana secara haramlah kerana di sekitar Jalan Ampang dan susur yang menghubung ke KLCC memang tak ada masalah untuk turun dan ambil penumpang, sebab itu kita akan bincang semula dengan pengurusan,” kata Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup.Teruskan membaca klik sini

Pihak LPKP sentiasa menidakan apa yang mereka buat,untuk melepaskan tanggungjawap mereka kepada orang lain.

Contoh pembohongan:

KUALA LUMPUR 21 Julai - Permit teksi hanya dikeluarkan untuk rakyat tempatan sementara warga asing yang memiliki taraf penduduk tetap (PR) serta memiliki lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) hanya boleh menjadi pemandu kedua. Selengkapnya di sini

Kebenaran 1

Ini terbukti dalam satu operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berjaya menahan seorang lelaki warga Pakistan yang sedang memandu teksi untuk mengambil penumpang dari Kampung Baru ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Pemandu terbabit berjaya diperangkap hasil penyamaran pegawai JPJ dalam operasi kira-kira jam 11 pagi semalam. Sumber

Kebenaran 2

JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum ini berjaya menahan dua warga Pakistan yang dikesan menjadi pemandu teksi  Petikan dari

Banyak lagi berita-berita sebegini yang sering kita baca,tampa ada penyelesaianya
Jadi sebagai pengguna anda harus bijak membuat pilihan

Wassalam:joyiman

Percuma download auto blogwalking.


Cbox yang ku buang bahagian bawahnya




Salam semua pembaca blog aku dan teksi.
Kali ini blog aku dan teksi,ingin membicarakan tentang Software supaya ada kelainan N3 pulak.

Aku ingin ceritakan tentang blogwalking secara auto,Apakah aku marah tentang pengunaan ini?
Tidak di ulangi lagi TIDAK,sedangkan rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat boleh di ceroboh (klik sini) apalah sangat sebuah blog.

Sejak dulu, kini,dan selamanya aku taknak pasang nuffnang.


Hari minggu,cuaca tidak menentu membuat aku nak demam kepialu.
Kena demam selasema,rehat hari minggu sambil update blog,banyak kisah di perolehi setiap hari semasa membawa teksi,tapi tidak tahu hendak mengarang macam mana.

Negok kat Cbox yang aku sorokan,ada satu blog sudah singah sambil tinggalkan pesanan "singgah sini sambil klik-klik nuffnang".Nak negok Cbox aku,klik je yang ada tulis Shout facebook .(Sah auto blogwalking)

Ai...bila masa pulak aku ada pasang iklan nuffnang,sejak dulu, kini,dan selamanya aku taknak pasang nuffnang.
Sebab apa aku taknak pasang,nuffnang sedangkan blog lain berlumba-lumba memasang iklan nuffnang.
Korang pernah dapat ke BE dari nuffnang ni...aku nak tanya? Kalau pernah Tolong tunjukan kat aku resit pembayaranya,baru aku percaya.

Ada sesetengah blog,menulis tentang mendapat nuffnang,baru sebulan berblog udah dapat BEnya,tapi korang tunjukan resit yang korang Download dari googel.Menipu orang ramai ke menipu diri sendiri.?

Aku malas nak tulis panjang lebar,baik korang semua baca sini kalau nak tahu lebih lanjut KALAU tak baca rugi rasanya.Klik sini nak lebih lagi klik sini pulak atau korang boleh klik blog Mazidul Akmal Sidik,takan korang tak kenal siapa di ni.Klik je sini

Wasalam;joyiman

Bila aku bertukar menjadi Incredible Hulk.


Salam semua pembaca Blog ini,semoga ceria selalu.
Pada bulan 12 tahun lepas aku terpaksa berkerja lebih lama untuk menghadapi saat sukar di awal tahun,
Telahanku tepat belaka kerana ramai kenkawan ku mengeluh,untuk mendapatkan beberapa puluh rm pun terlalu sukar.

Isnin,awal tahun baru.
Aku harus membawa teksi ke puspakom,untuk pemeriksaan wajib setiap 6bulan sekali.
Teksi ku di dapati GAGAL di dalam pemeriksaan ini,di sebabkan Brek belakang kurang berfungsi,lampu brek belakang tidak berfungsi dan tiada sijil Bomba pada pemadam Api.

Pemadam Apiku adalah baru,masih di dalam kotak bertarikh bulan 6 tahun 2010.Mengikut keadan biasa,pemadam api di dalam masa setahun tidak memerlukan sijil pengesahan dari bomba.
Aku ada memberitahu tentang ini kepada pemeriksa puspakom,apa jawabnya"sekarang tahun 2011 bang"
Apakah ini harus dikira,walaupun kita baru 3hari berada di tahun baru,kalau mengikut tarikhnya aku masih ada beberapa bulan lagi untuk mengenapkan setahun yaitu selama 12bulan.

Untuk menyelesaikan masalah ini di dalam sehari,aku kebalai bomba berdekatan untuk memperolihi sijil ini.
Tiba di balai 12.30 dan di beritahu bahawa orang yang boleh mengeluarkan sijil ini pergi makan dan harus datang kembali pukul 2.00 petang.

Aku balik ke port lepak untuk santap kerana perut sudah berlagu keroncong,hujan lebat jam 2.45 baru berhenti,terpaksa race ke balai bomba.Di balai bomba jawapan aku dapat"orang yang mengeluarkan sijil tak balik lagi,datang esok pagilah".Perrrghh..senak perut mendengar jawapan,cukup senang berkerja sebagai penjawat awam,ikut suka korang nak masuk kul berapa ya,cam aku juga kot.

Race lagi ke satu balai yang ada mengeluarkan sijil ini,jawapan di balai ini lagi piouu "resit habis lah"
Cuba bayangkan kalau terjadi pada korang boleh bertukar menjadi Incredible Hulk tak.

Jawapan-jawapan tahap Gaban dari puspakom hinga ke balai ini,memaksa aku bertukar menjadi Incredible Hulk,terpaksa balik semula ke port lepak mencari air ketom(teh O) untuk memulihkan diri dari berterusan menjadi Incredible Hulk.Hujan lagi,Mood hilang terus balik rumah.The End cerita wayang ini yang bertajuk Bila aku bertukar menjadi Incredible Hulk.

Ini adalah salah satu contoh karenah birokarasi yang banyak di hadapi oleh para pemandu teksi di malayasia ini.Tidak ada keseragaman undang-undang di antara jabatan dengan jabatan yang lain,seperti puspakom dengan JPJ dan Bomba.

Antara Ipkl,Jpj,Bandaraya,kementerian pelancongan,banyak undang-undang yang tidak di seragamkan membuat kami sebagai pemandu teksi,rasa tertekan,yang manakah satu undang-undang yang haru di ikuti

Di pihak puspakom juga tidak ada mengeluarkan satu garis panduan yang boleh di ikuti ketika menghantar teksi untuk pemeriksaan.

Wasalam:joyiman

p/s.Banyak lagi kisah tentang puspakom ini,mungkin di lain N3.

Malam Korban Segala Korban




Selamat tahun baru kepada semua pembaca Blog teksi ini.
Saat ini sudah bermulanya tahun baru,dan selamat berjuang sahabat-sahabat teksi untuk menempuh jem 2-3jam semoga lenguh segala sendi ...haha..

Bagi ku,di malam ini adalah malam Korban segala Korban,kerana itu adalah pengalaman setiap tahun.
Malam korban,terkorban,di korbankan dan segala korban akan berlaku di malam ini,tidak termasuk hariraya korban.

Sidara akan terkorban pada sang teruna,kekasih akan mengorbakan si kekasihnya,si bojan akan korbankan bosianya,mat rempit akan terkorban di jalan rayanya,si bapa akan mengorbankan duit koceknya  membawa anak-anak berjalan dan bermacam lagi korban segala korban akan berlaku di malam ini.

Bagi pemandu teksi,di malam ini adalah malam mencari duit bonus setelah setahun berkerja(pemandu teksi mana ada bonus,gaji tetap,cuti minggu,cuti tahun,kwsp,)jadi setiap pemandu teksi tidak akan mensesiakan peluang ini.

Ilmu pancung memancung akan di gunakan oleh waga teksi,segala pedang, kapak,pisau yang tajam-tajam akan di keluarkan untuk menyembelih korban,pasti pengguna juga yang akan terkorban.

Malam korban segala korban ini adalah,lebih baik dok rumah cam aku,supaya nanti kita tidak akan terkorban.

Secara ringkasnya kutulis tentang pengalaman di malam korban,dan fahamilah maksutnya.

Wasalam :joyiman.
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome