//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://mytaxiklia.blogspot.my
Home » » Pemandu teksi dan GRO

Pemandu teksi dan GRO



 Salam sahabat joyiman blogspot.
Sudah beberapa hari tidak membuka blog disebabkan kesibukan dengan tugas memandu teksi.
Kali ini aku akan huraikan masaalah pemandu teksi yang terperangkap dengan GRO,sebagaimana berita pada 11 jun lalu.
KUALA LUMPUR: Jadi hamba pelayan pelanggan (GRO). Itu istilah tepat menggambarkan kebodohan sebilangan pemandu teksi yang sanggup menjadi pak turut kepada GRO di ibu kota semata-mata untuk mendapatkan pendapatan tambahan dan memuaskan nafsu serakah.



Tugas mereka hanya perlu menghantar pergi balik GRO berkenaan ke lokasi kerja dan rumah, selain turut menyediakan penghantaran ke hotel tertentu jika menerima ‘langganan luar’.


Sebagai upah, pemandu teksi terbabit diberi wang ‘ekstra’ tambang teksi, tetapi selalunya mereka hanya dibayar dengan habuan seks.


Akibat jerat GRO ini, ramai pemandu teksi kehilangan pendapatan harian yang sepatutnya mereka peroleh, malah ada yang lingkup sehingga teksi ditarik balik oleh syarikat sewaan teksi kerana gagal membayar sewa harian.


Hal ini didedahkan seorang pemandu teksi yang hanya ingin dikenali sebagai Ramli Ahmad, 38, yang mengakui turut menjadi mangsa ‘dipermainkan’ GRO sehingga dia kehilangan teksi sewaan, manakala rumah tangganya porak peranda.

Bagi aku kenapa pemandu teksi  bernama Ramli ini tidak bercakap benar dan menyalahkan kepada GRO semata.
Dengan menuduh orang lain yang berbuat salah tampa mahu mengakui kesalahan diri sendiri.
Mengikut pengalaman aku yang sudah memandu teksi selama berbelas tahun,permasaalahan ini berpunca pada pemandu teksi sendiri.

Jika duit yang dicari,maka duit yang kita dapat.
Kalau (b****)perempuan yang dicari kita tidak akan dapat keduanya.

Aku pernah bertahun memandu teksi diwaktu malam,dan kebanyakan pelangan sudah tentu GRO sebegini.
Berbagai rungutan GRO terhadap pemandu teksi yang gatal diceritakan kepada aku.
Ayat-ayat power,pujukrayu malah ada yang sangup menghantar pergi balik kerja percuma semata-mata untuk menagih sex dengan GRO.

GRO tidak pernah mengperhambakan pemandu teksi,hanya pemandu teksi terbabit yang sangup memperhambakan diri kepada GRO semata-mata untuk menagih sex GRO.

Berbagai cerita tentang kerenah kehidupan tentang pemandu teksi dan GRO ini kalau hendak ditulis,mungkin panjang berjela,hanya setakat ini sahaja dulu aku ceritakan,mungkin dilain kali aku ceritakan lagi tentang kehidupan malam di kotaraya ini.

wasalam :joyiman
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome