//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://mytaxiklia.blogspot.my

Awang Hitam:Bila kebanjiran warga asing akan selesai?




Dapatkan Google Adsense dengan DocCash

Salam semua sahabat blog aku dan teksi,
Ada sedikit kelapangan masa,jadi aku akan membuat N3 baru,tentang apa aku pun tidak tahu.
Melihat balik Artikel-artikel lama yang di tulis,jadi aku mengambil keputusan untuk menyambung tentang
dapatkan-google-adsense-dengan-mudah.

Kepada blogger yang belum ada akaun Google Adsense dan ingin mendapatkannya tampa kita mempunyai blog sendiri juga amat mudah.

Pergilah ke website http://www.docstoc.com

Cara buat tulisan gaya Typing Text

Salam 1 Malaysia
Sudah lama blog ini berehat,dari menerbitkan N3 baru sebab masa amat terhad sekarang ini.
Kali ini hanya membuat N3 ringkas sahaja tentang Cara buat tulisan gaya Typing Text.
Lihat sini  Blog Gaya Typing Text
Mungkin ada yang tertarik melihat blog yang bergaya sebegini tetapi tidak tahu cara membuatnya.

Mudah sahaja,
Buka blog korang Klik Edit HTML
Cari code </head>

Teksi untuk wanita

KUALA LUMPUR - Kegelisahan penumpang teksi wanita berhubung keselamatan mereka kini berakhir dengan pelancaran projek 'Teksi Wanita'.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kei berkata fasa perintis projek itu, dengan kerjasama ABEX Manufacturing Sdn Bhd, akan menyasarkan 400 teksi beroperasi secara 'on-call' di sekitar Lembah Klang secara berperingkat.

"Setakat ini, kami telah ada 50 pemandu teksi wanita dan kita menggalakkan mereka yang berminat untuk menceburi bidang ini, terutama suri rumah, ibu tunggal dan pesara," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita di Terminal Bersepadu Selatan di sini hari ini.

Beliau berkata teksi itu akan dipandu oleh wanita dan bersedia memberi perkhidmatan kepada penumpang wanita yang bersendirian atau membawa anak agar mereka dapat menjalankan urusan harian dengan selesa serta lancar.

Pengangkutan Awam Malaysia



Kerajaan ingin menambah baikan pengankutan awam di malaysia sehingga menukar Lembaga Perlesenan(LPKP) menjadi SPAD.

Bagi aku bukan begitu hendak menaitaraf pengankukan awam tetapi perlaksaanan harus dilakukan dengan baik sekali.Tidak ada gunanya berbagai kursus diadakan untuk pemandu teksi,untuk menaiktaraf pengankutan awam,sedangkan pengankutan awam yang lain kita abaikan.

Kita juga tiada Hentian setempat dimana segala pengankutan awam boleh didapati.
Jika dahulu KL sentral dicanangkan sebagai hentian bersepadu,bila sudah siap iahanya indah rupa dari khbar sahaja.

Banyak lagi yang kerajaan harus untuk mengambilkira jika mahu melihat pengankutan awam menjadi pilihan rakyat,bukan hanya menguat kuasakan undang-undang yang tah apa-apa tah.

Wawasan 2020 ingin digapai,tetapi pada pandangan aku kita tidak akan mendapatkannya,selagi kerajaan tidak bersunguh-sunguh melaksanakannya.Ini juga pandangan Warga asing dari Negara maju,pada aku.

Rumah kebajikan penjagaan warga emas

Salam semua,
Perasaan marah,geram,sedih bercampur gaul bila membaca berita ini.

TAIPING: Seorang wanita warga emas kini hidup menumpang ehsan rumah kebajikan penjagaan warga emas milik sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) berikutan dihalau keluar dari rumah oleh anak tunggal perempuannya, selepas puas mendera mental serta fizikal warga emas itu.


Nasib malang warga emas berusia 65 tahun itu mencapai kemuncaknya awal Oktober lalu selepas dihalau dari rumah dalam keadaan sehelai sepinggang oleh anaknya itu.


Tangisan air mata dan rayuan wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Mariam ini bukan saja tidak dipedulikan, malah dia diseret keluar dari pintu pagar tanpa belas kasihan.

Cerita Muammar Gaddafi



Salam semua,
Agak lama menyepi dari dunia blogging,yg sebenarnya aku tetap mengunjungi blog kenkawan dengan mengunakan iphone,cuma tidak meninggalkan komen sahaja.

Cerita Muammar Gaddafi sekarang ini heboh dikatakan dikebanyakan blog,ada yg menghina dan ada juga yang memuji.Apa pun ceritanya,secara peribadi aku tetap menyokong Muammar Gaddafi ini atas sebab-sebab tertentu.

Aku pernah membawa dua orang penumpang dari Libya selama tiga hari,amat payah untuk bertemu dengan orang dari Libya ini diMalaysia(mereka datang atas urusan kerja) Dalam masa tiga hari itulah,berbagai Cerita tentang Muammar Gaddafi yang aku perolehi.(cerita ini sebelum pemberontakan di Libya berlaku)

Hati Seorang pemandu teks

Aku melihat dirinya sangat sederhana. Seorang pemandu teksi yang acap kali singgah untuk solat Subuh di masjid berhampiran dengan rumah ku. Kekadang aku berpapasan dengannya lewat solat Asar – jika kebetulan pulang awal dari kerja. Wajahnya jernih walaupun jelas telah berusia. Umurnya, sekitar 65 tahun, mungkin.

“Kenapa masih bekerja Pak cik?”

“Kenapa? Pak Cik dah nampak tua?” tanyanya kembali.

Aku tersenyum. Senang dengan kemesraannya.

“Anak-anak masih kecil?” tanyaku lagi, mencungkil sebab sebenar dia masih bekerja walaupun selayaknya pada usia begitu dia berehat.

Ralat blogger:Tidak boleh membuka blog

Asalammualaikom,sahabat blog aku dan teksi.
Aku mendapat satu pertanyaan dari seorang sahabat blogger,yang tidak boleh membuka blognya disebabkan Ralat blogger.


Google Sitelink aku dan teksi

Salam sahabat blog teksi,sudah lama juga tidak menulis tentang blogger.
Kini aku cuba berikan sedikit info tentang Sitelink yang aku ketahui.

Dairi kehidupan



Salam dan Selamat Hari Raya buat sahabat blogger aku dan teksi.
Andaikata ada salah silap sepuluh jari ku pohon maaf.

Sebelum kita berhari raya,biarlah aku postingkan Dairi kehidupan seorang pemandu teksi.
Kisah-kisah kehidupan seharian seorang pemandu teksi yang banyak kali di minta oleh sahabat blog aku dan teksi ini.

23 OGOS: 11PM(malam) Aku melangkah keluar rumah untuk memulakan tugas sebagai pemandu teksi.
Seorang sahabat ingin berjumpa aku,di sri hartamas berhampiran kediamannya.
Lepak di kedai mamak dihadapan kediamanya disamping kawan-kawan seperjuangan.

Hari Raya datang lagi

Salam Hari Raya kepada sahabat blog aku dan teksi...maaf zahir dan batin!
Hari Raya datang lagi,Maka ramailah yang sibuk untuk membuat persiapan menyambutnya.
Bagi orang mukmin inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk mencari malam Lailatul Qadar dan tak kurang juga yang sibuk untuk menghabiskan duit untuk bermegah-megah bila pulang kekampung nanti.

Bagi aku,sebagai pemandu teksi,inilah masanya untuk mencari duit raya disebabkan minggu terakhir inilah
orang ramai berlumba-lumba menghabiskan duit masing-masing.Lihat sahaja di Shopping Complex atau sepanjang jalan TAR,sentiasa penuh dengan ribuan orang apatahlagi kalau hari cuti.Segala pengangutan awam sentiasa penuh,jalan juga menjadi sesak teruk (kalau tak caya cuba datang chow kit hari cuti)

VIP dan teksi



Salam ramadhan
Lebih sejuta kakitangan awam akan menerima bonus setengah bulan, minimum RM500,(sumber seterusnya )

Pemberian ini sudah jangka,ketika aku membawa tokoh politik dari PKR yaitu Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution ada memberitahu bahawa Najib selaku PM kita akan mengeluarkan sejumlah dana untuk diberikan kepada seluruh kakitangan kerajaan.

Salam Ramadan

Salam Ramadan,semua pembaca blog aku dan teksi.
Sekarang banyak blog menulis tentang bulan ramadan ini,aku juga akan menyentuh sedikit tentang ramadan ini

Ketika berbuka puasa kita akan makan dengan banyaknya,dengan berbagai makanan yang kita buat mahupun yang dibeli di pasar juadah.Ini tidak baik untuk kesihatan kita,kerana kita makan makanan yang bercampur dan tidak digalakan didalam islam.


Bulan Puasa akan mendatang

Dalam beberapa minggu ini aku terlalu sibok mencari nafkah untuk persiapan menghadapi bulan puasa,maklumlah diawal bulan puasa nanti,penumpang teksi akan berkuranggan dan pendapatan juga akan berkuranggan.

Berlainan pula bagi para peniaga dipasar juadah,mereka akan tersenyum lebar,kerana barang jualan akan habis licin.Begitulah senarionya saban tahun.Bagi tahun ini aku hanya membawa teksi sahaja,tidak sebagai mana tahun-tahun sebelumnya,aku juga akan berniaga dipasar juadah.

Rakyat semakin bangkit demi masa depan cucu-cicit

Aku seperti kebanyakan orang lain, hanya insan biasa dan perlu mencari rezeki demi meneruskan kehidupan. Sepertimana orang lain di dunia yang kebanyakan macam aku tidak kira warna kulit, agama dan bangsa pada hakikatnya adalah sama.

Sama dari aspek pegangan kehidupan, kita semua perlu makan untuk terus hidup, punya tanggungjawab dan punya keperluan. Realiti dan fantasi senantiasa bersilih ganti demi mencari kesenangan dalam kehidupan. Ada mahu terus hidup, ada mahu nama, ada mahu harta berjuta semuanya adalah fitrah kita sebagai manusia yang inginkan syurga dunia.

Namun, segalanya berpaksikan pada hakikat realiti individu tersendiri. Aku adalah aku yang pada hakikatnya seorang manusia bertaraf insan di bumi Malaysia bergelar RAKYAT.

Staff KFC sapu ayam di kaki sebelum dimasak



Cara copy paste blog yang memasang script copy paste

Salam 1Dunia
Dalam merayap mencari blog-blog yang menarik,aku terjumpa satu blog yang menawarkan atou blogwaking untuk para pengguna blogger (lihat sini http://yourbloglists.blogspot.com).

Lihat artikel aku tentang auto blogwalking - percuma-download-auto-blogwalking

Yang aku ingin aku bahaskan bukan tentang auto blogwalking,tetapi blog yang menjadi mangsa auto blogwalking.Banyak yang menjadi mangsa adalah blog yang memasang script copy paste

Artikel aku tentang copy paste:
1.blog-copy-paste-atau-cpp
2.copy-paste-kenapa-mesti-takut.
3.copy-paste-dengan-tynt
4.cara-buka-blog-yang-memasang-script copy paste

Kenali pemandu teksi anda



Agak janggal bagi saya, sebagai ibu tunggal yang mempunyai kelulusan sebagai juru ukur bahan berdaftar yang bebas, beliau memilih untuk memandu teksi sebagai salah satu kerjaya.


Ya, berkelulusan ijazah Quantity Surveyor dari London South Bank University, seorang profesional bebas dari sektor swasta memilih untuk membawa teksi sebagai memenuhi masa lapang.(berita penuh)

Ramai orang memandang serong,terhadap pemandu teksi tampa mahu mengatauhi siapa gerangannya pemandu teksi yang anda naiki.

Pemandu teksi dan GRO



 Salam sahabat joyiman blogspot.
Sudah beberapa hari tidak membuka blog disebabkan kesibukan dengan tugas memandu teksi.
Kali ini aku akan huraikan masaalah pemandu teksi yang terperangkap dengan GRO,sebagaimana berita pada 11 jun lalu.
KUALA LUMPUR: Jadi hamba pelayan pelanggan (GRO). Itu istilah tepat menggambarkan kebodohan sebilangan pemandu teksi yang sanggup menjadi pak turut kepada GRO di ibu kota semata-mata untuk mendapatkan pendapatan tambahan dan memuaskan nafsu serakah.

Pemandu teksi Lembah Klang bakal rugi RM3.2 juta sehari



KUALA LUMPUR 11 Jun - Seramai 21,000 pemandu teksi di Lembah Klang akan mengalami kerugian RM3.2 juta sehari jika pembangkang terus berdegil mahu meneruskan demonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai ini.

Selain kerugian, perhimpunan haram tersebut yang dibuat semata-mata demi kepentingan politik pembangkang turut akan menjejaskan kira-kira 100,000 isi rumah kerana ahli keluarga mereka bergantung sepenuhnya kepada gaji harian pemandu teksi.

Presiden Persatuan Pemandu Teksi Lembah Klang, Datuk Aslah Abdullah melontarkan soalan beranikah pihak terbabit membayar ganti rugi kepada setiap pemandu teksi dan ahli keluarga mereka.

Cara letak domain diblogspot

Dahulu aku pernah menulis cara dapatkan domain percuma (baca sini  cara-daftar-domain-cocc)
Juga cara hendak menyambung perkhidamatan domain secara percuma (baca untuk lebih memahami  renew-domain-cocc)
Kini caranya kita masukan domain yang kita dapati secara percuma atau berbayar diblogspot.

Cara letak domain diblogspot ini sangat mudah (artikel ini bagi yang tidak memahaminya lagi,yang otai-otai tengok je ye!)

Pergi ke:

Tetapan
Penerbitan
Domain Khas

Penampilan baru dari blogger sudah tersedia

Salam semua pembaca blog aku dan teksi.
Setelah beberapa hari tidak membuka blog,selepas aku kehilangan semua pengikut aku akibat kecuaian aku sendiri.Bertanyakan diruang  Help forum juga tidak dapat membantu kerana jawapannya adalah "ruang yang terpadam tidak boleh dibuat asal"

Dengan jawapan itu maka blog ini sudah tiada pengikut,jika yang sudi boleh menjadi pengikut baru diblog ini.

Penampilan baru dari blogger sudah tersedia,itulah kejutan yang aku perolehi hari ini ketika membuka blog.
(boleh baca disini untuk info lanjut penampilan-baru-dari-blogger.)
Agak kekok sedikit pada permulaanya,kerana ia benda baru kerana sudah terbiasa dengan yang lama.


Cara mendaftar di Technorati

Technorati adalah salah satu search engine untuk menindex sebuah laman blog sama seperti pagerank dan alexarank.

Betapa pentingnya Technorati ini bagi kemajuan blog yang kita buat, kita perlu untuk mendaftarkan blog ke Technorati.

Cara mendaftar di Technorati
Buka technorati.com
Isi segala data yang diperlukan seperti:

Dapatkan Google Adsense dengan mudah

Salam sahabat blog aku dan teksi
Kali ini aku ingin memberikan tip Dapatkan Google Adsense dengan mudah
Aku sudah lama ingin menulis artikel tentang google adsense ini,tapi aku tangguhkan dahulu dan hari ini baru ada kesempatannya.

Di blog ini juga aku ada menampilkan google adsense,sebab blog berbahasa Malaysia(melayu) juga boleh diletakan google adsense (Baca untuk lebih memahami cara-letak-google-adsense-diblog)

Aku mempunyai beberapa akaun google adsense ini (sebagai persediaan takut kalau di ban oleh google)
Malah mendapatkannya juga amat mudah,tidak susah sebagaimana yang diperkatakan oleh ramai blogger.

Segmen Khas ar-rifke | Jom Review Blog Bersama Aried


Jom review blog bersama aried dengan hanya copy paste sahaja ayat ini! Sama-sama kita lihat siapa yang bertuah dan mereka yang dipilih akan direview habis-habisan! Cepat sebelum terlambat! Copy ayat pendek ini dan paste segera di blog anda! Pastikan anda tidak termasuk dalam 20 top blogger melayu ini agar peluang berharga ini dapat dirasai oleh blogger-blogger lain juga.

Buat Auto blog dengan blogger.com

Salam semua sahabat joyiman blogspot
Baru-baru ini google ada update google pandanya (baca sini kenali-google-panda) untuk membenam segala blog yang mengunakan teknik black hart untuk mendapatkan SEO (Search engine optimization) pada blog masing-masing.Google panda juga akan melancarkan ku fu nya kepada Auto blog.(blog copy paste secara auto).

Disini berbagai pendapat diketengahkan,tetapi bagai mana dengan Auto blog yang disediakan oleh blogger.com sendiri.Disini pening juga untuk aku huraikan,kerana Auto blog aku yang dibuat dengan blogger.com tidak diusik oleh google panda ini.

Auto blog mengunakan blogger.com ini,memberikan backlink secara auto juga kepada blog asal,mungkin itu sebabnya google panda tidak mengusik malah ia kepunyaan Google sendiri.

Belajar menggunakan Wordpress

Salam sahabat dan pembaca blog aku dan teksi.

Dalam amalan dunia blogging di Malaysia,ramai blogger mengunakan blogger.com atau dipanggil blogspot berbanding Wordpress,mungkin perkataan wordpress itu tidak menarik perhatian kita.
(baca mana-lebih-baik-blogspot-dengan wordpress.)

Sebenarnya banyak penyedia blog percuma ini disediakan dari perbaggai penyedia yang boleh kita gunakan.dan kita amat jarang mengunakannya berbanding blogspot.

Aku ada membuat blog dengan sebahagian penyedia ini,hanya sekadar ingin menambah ilmu pengatauhan berblogging sahaja seperti,

Kenali Google Panda.



Pesanan dari google yang dihantar melalui email,mengapa beberapa hari lalu blogger.com tidak boleh dibuka.
Google update google pandanya.

Renew Domain co.cc

Salam 1dunia.
Aku pernah menulis cara untuk mendapatkan domain co.cc (baca  cara-daftar-domain-co.cc percuma)
Bukan domain co.cc sahaja yang percuma malah [dot] TK juga ada memberi secara percuma.
Aku tidak mengalakan korang mengunakan domain dot tk secara percuma,kerana ia ada terma dan syarat yang tersembunyi,semacam memaksa kita mengunakan yang berbayar setelah kita mengunakannya.

E-mail yang datang sebulan sekali dari dot tk,mengatakan aku melanggar terma dan syarat,padahal aku tidak mengusik apa-apa pun.

Target negara mana blog ingin ditampilkan

Salam semua sahabat aku dan teksi.
Semasa berblogwalking baru-baru ini,aku ada terjumpa blog yang meluahkan perasaannya tentang blog berbahasa inggeris.Ayat yang masih kuingat berbunyi begini "Buat apa kita tulis blog berbahasa inggeris kerana pembaca dimalaysia tidak seberapa" ada juga yang berbunyi sebegini "buat apa memohon google adsense sedangkan iklan yang keluar hanya layanan masarakat"

Ilmu blog amat luas,kita juga boleh Target negara mana blog yang kita tulis ingin ditampilkan.
Aku ada beberapa blog berbahasa inggeris dan Target negara mana blog ingin ditampilkan sudah semestinya negara luar.Salah satu blog Target negara yang aku letakan adalah US,ada juga yang aku Target negara German(kawasan eropah)

Sebab mengapa aku Target negara US?
kerana blog berbahasa inggeris dan perklik untuk adsense juga mahal.
(adsense mengeluarkan iklan mengikut isi blog kita)

Mana lebih baik Blogspot dengan WordPress



Kenapa blogger dimalaysia,sesudah mengunakan domain berbayar baru hendak mengunakan wordpress
malah mengajak penguna blogspot meningalkannya tampa hendak mengkaji perbezaan dianta keduanya.

Blogspot (blogger.com) memiliki kelebihan  rekabentuk yang boleh kita ubah sesuai mengikut selera kita sendiri. Ada banyak template percuma untuk pilihan  blog kita di internet. Kita tak perlu menguasai bahasa HTML atau Javascript. Cukup copy paste kode HTML atau javascript template yang kita mau. Maka jadilah blog yang kita inginkan

Blog WordPress templatenya tidak dapat diubah kecuali sebagian header dan sidebar serta warna. Blog WP hanya membaca bahasa HTML tapi tidak dapat mambaca Javascript. Walau bagaimanapun kita merekabentuk blog WP kita, tampilannya tak jauh berbeda dengan template standar yang disediakan.

Blog Yang Mesra Pembaca


Blog Yang Mesra Pembaca


Salam semua pembaca yang singgah sini.
Semasa berblogwalking untuk mencari berbagai info yang berguna,kadang kala kita mengalami masaalah untuk melihat artikel yang lama-lama didalam sesebuah blog,apatahlagi kalau blog tersebut mempunyai berbagai info yang sangat berguna.

Sebagai blogger kita sepatutnya membuat blog yang mesra pembaca dengan pemasangan widget yang sangat membantu pembaca mencari artikel-artikel lama kita.

Di blog Aku dan Teksi ini,aku menyediakan widget yang sangat membantu pembaca untuk mencari artikel lama aku.Banyak widget-widget yang boleh kita pasang untuk mencari artikal lama.

Membuat Blog Yang Mesra Pembaca harus ada widget-widget ini:

Khasiat Madu Lebah

Khasiat Madu Lebah


Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;

Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:
Yang Bermaksud: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."

Templet baru untuk blog



Salam semua sahabat Blog Aku dan Teksi.
Dalam beberapa harini aku tidakdapat membalas kunjungan sahabat blog,kerana aku sibuk dengan membuat templet baru untuk blog aku dan teksi ini.

Templet lama aku sudah rosak teruk dan tidak mesra google lagi,tapi boleh diperbaiki
Templet baru untuk blog ini mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan kerana kengkangan masa kerana kesibukan berkerja.Kalau korang hendak membuat templet baru untuk blog masing-masing boleh membaca artikel lama aku,disini(cara-membuat-tamplate-sendiri untuk blog)

Sebagaimana templet aku yang lain, aku banyak mengunakan kode Css didalam pembuataan Templet baru untuk blog agar loding blog menjadi lebih ringan sedikit.

Sebagai pembaharuan,aku telah meletakan 2 columns didalam Header dan 3columns dibawah header sebagaimana templet aku yang lama.Bahagian footer aku tidak merubahnya dari yang lama dengan 4columns.

Latarbelakang aku tetap menggunakan gambar kegemaran aku,bintang-bintang dilangit.
Papan pemuka yang seakan bingkai gambar,terbang bebas melayang dilangit(mengikut perwatakan aku)

Google Tidak pentingkan Update blog



Salam pembaca blog aku dan teksi.
Dalam dunia blogging tentu ramai diantara kita yang selalu update blog dengan harapan google akan lebih mesra dengan blog kita.Malah ada dikalangan blogger yang update blog sampai tiga kali sehari.Kita bukan blog-blog politik yang memaparkan berita semasa sehingga perlu update blog sehinga sedimekian rupa.

Templates blogspot untuk blogger



Salam para blogger dan rakan Aku dan Teksi semua.
Ada antara pengunjung blog aku dan teksi mencadangkan agar,artikel tentang tip blog dibuat didalam sebuah blog yang lain.Memang betul cadangan itu,kerana ia akan membuat blog kita lebih SEO lagi dimata google.
Aku memutuskan,biarlah aku teruskan diblog ini,sememangnya aku seorang pemandu teksi yang tidak dapat lari dari hal-hal teksi.

Cara daftar domain co.cc dengan mudah

Cara daftar domain co.cc

Salam sahabat Aku dan Teksi.
Dalam amalan berbloging di Malaysia,banyak yang mengunakan blogspot.com berbanding domain berbayar seperti[dot]com.net,atau org.Buat apa kita harus membayar kalau kita berblog hanya sekadar suka-suka,baik kita mengunakan yang percuma.

Co.cc penyedia domain dari korea ada menyediakan domain percuma  dan berbayar untuk para blogger
Cara-cara daftar domain co.cc ini juga agak mudah,mari kita sama -sama mengunakannya,walaupun ia agak asing bagi blogger di malaysia jika dibandingkan dengan blogger indonesia.

Domain co.cc ini kita boleh gunakan pada blogspot dan juga wordpress
Cara daftar domain co.cc dengan 3 langkah mudah,memula buka www.co.cc
Isi alamat yang dikehendaki

Cara mudah lihat blog

Penampilan baru dari blogger
Salam semua,rakan aku dan teksi.
Didalam artikel aku yang bertajuk penampilan-baru-dari-blogger
Google ada membuat penampilan baru,(Cara mudah lihat blog)dimana kita boleh melihat sesebuah blog itu dengan cepat.
"Cepat" yang dikatakan,apabila kita ingin melihat artikel sesebuah blog itu dari yang baru hingga yang lama menjadi mudah(lihat sini: http://joyiman.blogspot.com/view/timeslide)

Dengan Dynamic Views orang dengan mudah berpindah dari satu halamn ke halaman lain dengan waktu yang sangat cepat.
Jika blog korang berat bersiap-siaplah semua orang akan menggunakan dynamic views untuk membaca blog korang dengan alasan kemudahan akses.

Cara letak Google Adsense diblog berbahasa Melayu

Google Adsense

Salam semua rakan blogger Aku dan Teksi
Mungkin ada diantara kita blogger malaysia sudah mempunyai akaun Google Adsense tetapi belum meletakan diblog berbahasa Melayu,atau kita terasa gerun dengan peringatan dari Google Adsense ini bahawa Adsense tidak menyokong blog yang berbahasa Melayu,begitu juga dengan situasi aku..Gerun/takut.

Membuat Kotak Iklan Untuk Blogger

Salam semua rakan-rakan blog Aku dan Teksi
Kali ini aku menerima email dari seorang rakan blogger,bagai mana hendak membuat kotak-kotak iklan disidebar kita agar mudah untuk meletakan iklan diblog.

Banyak blog-blog tutorial membahaskannya tentang bagaimana hendak membuat kotak iklan ini,tapi blogger ini terus bertanya bagai mana membuat kotak iklan setelah aku menampilkanya di blog Aku dan Teksi ini.

Sudah aku katakan berkali-kali bahawa blog Aku dan Teksi ini bukannya blog tutoril untuk membuat berbagai widget untuk blogger,tapi akhirnya aku mengalah juga sebab pertanyaan dari blogger Koding masih belum ku jawab,tentang penampilan-baru-dari-blogger.Mungkin blogger Koding tidak klik line yang kuberikan,sebab itu di tidak berapa memahaminya.(cuba klik ini joyiman.blogspot.com)

Header blog dari blogger Ammar

Header blog


Salam,pembaca blog Aku dan Teksi

Hari ini blogger Ammar telah memberikan aku gambar header blog yang baru,setelah aku memintanya untuk edit  sedikit agar warna teksi itu berwarna merah putih sama warna teksi di KLni.

PERHATIAN : telur tiruan di pasaran

PERHATIAN : telur tiruan di pasaran


Terkejut juga baca N3 ini,sampai telur tiruan pun ada dipasaran.
Baca terus artikel PERHATIAN : telur tiruan di pasaran  yang aku ambil dari HD ini.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Penampilan baru dari blogger


Penampilan baru dari blogger


Apabila google mengatakan,akan membuat penampilan baru untuk blog,aku tertunggu-tunggu juga bagai mana penampilan baru itu.Kini google mengotakan janjinya dengan penampilan baru dari blogger.
Blogger memperkenalkan lebih lima cara penampilan baru untuk melihat blog, iaitu dalam bentuk Flipcard, Mosaic, Sidebar, Snapshot dan juga Timeslide. Masing-masing dengan bentuk berbeza, memudahkan anda untuk melihat dan membaca kandungan sesuatu blog itu dengan lebih menarik dan interaktif lagi.

Kesesakan di Kuala Lumpur

Kesesakan di Kuala Lumpur

BAS Mini disebut juga lipas kudung atau BMW (Bas Mini Wilayah) menghidupkan Kuala Lumpur pada awal 1980-an hingga 1998. Ketika itu jalan raya dikuasai oleh 1,200 bas mini milik 320 pengusaha yang menyediakan peluang pekerjaan kepada 7,000 pemandu dan konduktor.

Bas mini adalah nadi Kuala Lumpur.

Bas mini menjadi pilihan utama kerana tambangnya murah, pantas walaupun terpaksa berhimpit-himpit. Beberapa hentian seperti Bangkok Bank, Bus Stand Kelang, Kota Raya sangat dikenali oleh warga Kuala Lumpur.

Harga Minyak Naik Lagi

NONE

Pada bulan  februari lalu selepas kenaikan harga minyak,aku ada mengambil penumpang dari kementerian.
Didalam perjalanan kami ada berbual tentang berbagai topik,termasuklah dengan harga minyak yang naik.

"dalam tahun ini kerajaan akan menaikan harga minyak sehinga rm3.00 seliter"

Perkataan itu terkeluar dari mulutnya,dan aku hanya tersenyum bila mendengar sambil terbayang dengan harga barang-barang  yang akan naik juga.Kini harga minyak akan dinaikan lagi menjadi rm2.70.Ini bermakna harga minyak akan naik lagi dimasa mendatang,untuk mencukupkan rm3.00 seliter dengan berbaki 30sen.Kita tunggu dan lihat apakah harga minyak naik lagi.

Dapatkan Meta Tag Yahoo


Dapatkan Meta Tag Yahoo


Banyak blogger mengunakan enjin carian Google dan tak kurang juga dengan Yahoo.
Apakah kita sedar bagai mana pengunjung blog kita datang,adakah melalui blogwalking atau hasil enjin carian.

Cuba korang uji kekuatan blog korang di enjin carian Google ataupun Yahoo,dengan menaip Tajuk blog korang dipencarian bar,sebagai contoh Aku Dan Teksi jika ada diGoogle bagaimana pula diYahoo.Uji lagi dengan Nama korang pulak,sebagai contoh "Joyiman",begitu juga dengan "tajuk Artikel" korang,kalau ada allhamdulilah jika tiada ini caranya Dapatkan Meta Tag Yahoo.

Ranking blog Umum

Ranking blog Umum

Buat pertama kali TRO mengeluarkan ranking blog-blog Umum yang paling ramai dilayari di Malaysia. Sebenarnya banyak lagi blog-blog Umum yang masih belum disusun oleh TRO dan ianya akan dilakukan secara berperingkat. Bagi blog-blog yang tiada dalam senaraian di TRO, anda bolehlah menghantar url-url blog anda kepada kami untuk ranking yang akan datang.

Pesanan dari TRO buat para blogger Malaysia semua,jika merasakan blog anda layak untuk masuk Topranking sila hantar URL blog anda ke pihak TRO di http://topranking100.blogspot.com

Header blog


Salam dari blog Aku dan teksi buat pembaca semua.
Semalam aku telah dihadiahkan gambar header oleh seorang blogger bernama Ammar.
Dia suka membuat gambar header blog,kepada sesiapa yang meminta bantuannya.

Ranking Blog Pro Barisan Nasional

Ranking Blog Pro Barisan Nasional

Setelah lama terlantar sakit di WAD googel,kini Top Rangking kembali lagi mengeluarkan Rangking blog dengan berwajah baru dan alamat baru juga http://topranking100.blogspot.com.

Kali ini TRO telah mengeluarkan Rangking Blog Pro Barisan Nasional.
Nampaknya banyak juga perubahan yang terjadi.

Dapatkan meta tag google


Dapatkan meta tag google


Site verification using a meta tag 
This is the best option if you use the content system such as Blogger. Webmaster Tools provides the meta tag in XHTML syntax, but you can convert it to HTML; both can be used.

Mala'un dalam masyarakat Melayu


POKOK SENA, 23 Mac (TakBernama) - Adakah benar sesetengah mala'un dalam masyarakat Melayu itu tak kesah langsung tentang kesusahan dan kerugian orang lain? Dalam masyarakat Melayu kita, yang mana dahulunya diakui mempunyai sifat lemah-lembut dan berbudi-pekerti, sekarang ini ramai yang dah berubah macam lanun di daratan dan sudah banyak yang berperangai macam cacing kerawit?

Cara memasang meta tag alexa

Cara memasang meta tag alexa

<head>
<meta content='Letak,keyword,anda,disini ' name='keywords'/>
<meta content='Letak,keterangan blog anda disini' name='description'/>
<meta content='6xABRO6zjBKyDkc3YTa4s9ENkm0' name='alexaVerifyID'/>

Banyak blogger ada meletakan meta tag diblog mereka,ini juga banyak dibahaskan diblog-blog tutoril
tetapi tidak banyak yang membahaskan tentang meta tag alexa,lihat link berwarna hijau di atas.

Hatyai di malaysia


Hatyai di malaysia


Membaca berita-berita semasa di akhbar aku tertarik dengan tajuk Bukit Bintang seperti Hatyai.
Terkejut,mungkin orang-orang dari luar kuala lumpur terkejut dengan berita itu,tapi bagi aku,itu cerita-cerita biasa bagi aku.Tanya semua pemandu teksi di kuala lumpur ini,rasa semuanya mengatauhi tempat-tempat sebegini.

Pormosi Perkhidmatan


Salam semua pembaca Blog Aku dan Teksi.

Top Rangking Online akan beroperasi semula


Blog Top Rangking Online.net yang telah diserang,(lihat N3 serangan top-rangking-online-kena-attack.)kini telah bertukar URL di http://topranking100.blogspot.com,akan beroperasi semual dan akan mengeluarkan Rangking blog.Itu pesanan dari blog Gerakan Anti Najib/Rosmah yang ku terima diruang koment.

Cara berhenti jadi follower blog

Cara berhenti jadi follower blog


Ini kisah semalam Ahad 13 Mac, blog Aku dan Teksi telah di serang malware semasa aku  membukanya.Amaran mengatakan blogger.com aku masih ada bersangkutpaut dengan Toprangkingonline.net.

Aku terpaksa mencari jalan bagai mana blog Aku dan Teksi ini hendak dibuka, sambil memikirkan bahagian mana lagi yang masih menyimpan URL Toprangkingonline.net.
Kepada yang belum tahu kisah ini boleh baca sini  top-rangking-online-kena-attack.

Blog Copy paste atau CPP

Blog Copy paste atau  CPP


Copy paste,banyak blogger takut dengan perkataan itu,sehingga ada yang memasang berbagai script anti copy paste(Disable right click)),aku ada menulis tentang copy paste ini,lihat N3 ku yang lalu copy-paste-dengan-tynt atau ini copy-paste-kenapa-mesti-takut.

Kalau anda seorang blogger Copy paste atau CPP,mungkin tidak dapat mengatauhi sesebuah blog itu sudah ditanam dengan berbagai script atau juga mengalami kesukaran untuk membuka blog yang memasang script Disable right click boleh lihat disini cara-buka-blog-yang-memasang-script right klik.

Rangking blog Pro BN

Rangking blog Pro BN


Top Rangking Online telah terlambat mengeluarkan ranking blog akibat diserang,lihat N3 ku top-rangking-online-kena-attack maka hari ini ranking blog dikeluarkan di Top Ranking Online 2

Nampaknya banyak perubahan rangking telah melanda blog-blog Pro BN
Nampaknya Gerakan Anti PKR mempertahankan kedudukan No:1nya.
Mungkin kerana ia telah menggabungkan dua parti yaitu Gerakan dan PKR,dimana persamaannya adalah parti berbilang kaum yang mana Gerakan didokong kaum cina dan PKR didokong kaum Melayu atau parti Gerakan anti parti PKR(cina anti melayu)berlainan dengan blog aku dan teksi,kalau tak Gerak maka tak Makan.

Top Rangking Online kena attack

Semalam blog aku dan teksi telah disingahi Malware,aku terkejut kerana aku sentiasa berjaga-jaga tentang hal-hal sebegini.Setelah diselidik maka punca itu pun dijumpai,Top Rangking Online kena attack maka kubuang Top Rangking Online dari senarai bloglist "aku dan teksi" ini.

Alhamdulilah,segalanya selamat.
Tengah hari tadi aku hubunggi admin blog TRO mengapa semua ini terjadi.
Maka banyaklah perkara-perkara yang dibualkan dari blog hingga ke Alexa.

Copy paste dengan tynt

copy paste dengan tynt


Jika didalam artikel ku yang bertajuk copy-paste-kenapa-mesti-takut mengunakan script untuk diselitkan di setiap perengan artikel kita,yang sebenarnya banyak lagi cara untuk kita mengatauhi perkara copy paste ini.

Tynt.com telah meyediakan script secara auto sekiranya artikel kita di copy paste.
Pengunaan tynt ini lebih sempurna jika di bandingkan dengan teknik trackback kerana ia meliputi keseluruhan blog kita.

Contest untuk backlink

Dalam ingin menambahkan ilmu berblog,aku pun membuat blogwalking,godek sana godek sini
dan berbagai cerita yang diperolehi.

Sejak akhir-akhir ini,banyak blog yang menganjurkan berbagai "Contest",berbagai cerita tentang contest ditemui,untuk masuk bloglist pun anjurkan contest.

Copy Paste kenapa mesti takut.

copy paste

Salam semua pembaca blog aku dan teksi,
Cuaca malam ini panas sebagai mana panas di Kerdau dan Marlimau.
Sungguh payah hendak melelapkan mata dek cuaca yang berbahang di siang tadi,lebih baik aku update blog aku dan teksi ini..

"Trackback" pernah dengar perkataan ini?
Inilah trick yang selalu aku gunakan semasa menulis artikel.
Banyak blogger sangat takut,kalau-kalau N3 mereka di Copy Paste sehinga memasang script Disable right click
sehingga menambah berat blog semasa loding dan tiada gunanya memasang script tersebuat kerana ia masih boleh di buka,lihat artikel ku dahulu cara-buka-blog-yang-memasang-Disable right click

Lagi cara mempercepatkan loding blog

Salam semua pembaca Blog Aku dan teksi,Sudah seminggu aku tidak update blog disebabkan oleh kesibukkan aku berkerja,terasa rindu pula kepada kenkawan blog.

Dikesempatan yang terluang ini aku cuba,membuka blog yang sudah seminggu kutinggalkan,di ruang koment ada pertanyaan dari kenkawan blog,dan dari e-mel juga ada banyak pertanyaan.Aku akan cuba menjawap melalui N3 di blog ini satu persatu,insaalah.

Memindah milik code-code Javascript



Sebagai mana N3 saya yang sebelumnya untuk meringankan blog dengan script menolak gambar dari diindek oleh googelbot.Mungkin ada yang masih tidak tahu cara pemasangan meta tag tersebut.

Untuk memasangnya korang harus meletakan di bawah code ini.
<b:include data='blog' name='all-head-content'/>

Satulagi cara agar blog kita menjadi ringan semasa proses loding adalah dengan cara memindah milik code-code Javascript yang kita gunakan menjadi milik blog kita sepenuhnya.

Cara meringankan blog

Untuk meningkatkan kunjungan,sesebuah blog itu haruslah ringan semasa proses loading(senang di buka)
Ada sesetengah blog terlalu lama/berat untuk di buka sehingga memakan masa ini membuatkan para pengunjung/pembaca akan meningalkan blog kita.

Ada juga blog yang berat/lama untuk di buka ini mempunyai 'kunjungan' yang ramai,malah ada para pembaca yang setia menunggu sehingga proses loadingnya selesai.
Ini di sebabkan blog-blog tersebut,mempunyai Artikel yang menarik, minat orang untuk membacanya.
Kebanyakan blog-blog sebegini berkonsepkan politik

Ranking Blog Paling Berpengaruh di Top Rangking Online

Top Rangking



Ranking Blog Paling Berpengaruh Di Malaysia sudah di keluarkan.
Nampaknya banyak kejutan kali ini dimana,blog-blog kepunyaan penulis yang hebat telah turun anak tangga dan ada juga telah terkeluar dari senarai.

Nampaknya Angin perubahan sedang melanda pembaca-pembaca di malaysia,dengan blog-blog kepunyaan penulis baru memasuki senarai Ranking.Mungkin pembaca Malaysia,mengginkan idea-idea baru yang di bawa oleh penulis-penulis muda.

Award dan banner untuk mencuri

Dalam dunia blogging,para blogger semestinya mengginkan blog mereka di kunjungi ramai pembaca.
Jadi bermacam-macam cara di lakukan untuk menarik minat pengunjung ini.

Ramai pengunjung,ertinya popular
Ramai pengunjung ertinya,duit melimpa ruah,bagi yang berblog untuk duit.
Aku berblog hanya sekadar meluahkan pendapat dan pandangan ku sahaja, baca kisah ku ini Tentang aku dan blog ini

Semenjak dua menjak ini,heboh di perkatakan tentang kecurian traffic,di mana ada para blogger mencuri traffic dari para blogger yang lain,setelah dulu kita di hebohkan dengan Auto blogwalking.Baca pasal auto blogwaking Percuma downlod auto blogwalking

Cara buka blog yang memasang script Disable right click

Salam semua pembaca blog aku dan teksi.
Aku sebenarnya tidak mahu berkongsi tentang bagai mana hendak copy paste di blog yang suda meletakan tool klik kanan ini,tetapi disebabkan ada blog yang memperlecehkan aku,mengapa aku membenarkan korang semua copy paste di blog ini dan mencabar untuk mengambil N3 di blog dia yang memasang Disable right click.

Minah hitam

Awang hitam dan minah hitam atau orang-orang dari rantau afrika memang ramai kat KL.Kawasan diorang tinggal kat kepong,damansara,ampang dan ceras.
Diorang masuk malaysia mengunakan PAS pelajar tapi banyak yg tak belajar pun bila aku tanya.

Aku heran juga dengan Awang hitam ni,sebab boleh hidup mewah kat sini jika di bandingkan dengan tempat asal diorang.Disini diorang duduk menyewa kondo-kondo bertaraf 3bintang.Mana diorang dapat duit?

Terindex di Google dengan Cepat

broken

Paling tidak disedari pemilik blog adalah soal Broken Link, broken link juga mempengaruhi blog kita Terindex di Google dengan cepat . Semakin banyak broken link di blog kita, maka semakin lama pula search engine mengindeks  halaman blog kita. kalau sedikit  broken link,Googlebot  akan semakin mudah merayap di dalam blog kita, broken link juga wujud pada komen pengunjung yang mana tidak kemaskinikan profail masing masing pada blog.

Blog Paling Berpengaruh Di Malaysia

Top Ranking Online Malaysia

Mungkin ramai blogger malaysia tidak begitu mengenali Blog http://www.toprankingonline.net,tapi bagi blog-blog politik ia tidak asing lagi bagi mereka,baik blog politik yang PRO Pakataan atau PRO kerajaan.

Pengguna harus bijak

SABAN hari kita disogok dengan rungutan dan luahan tidak puas hati terhadap perkhidmatan teksi atau lebih tepat sikap pemandu teksi di Kuala Lumpur. Pelbagai gelaran diberikan menggambarkan kemarahan yang meluap-luap.

Googel Analytics untuk mengetahui pengunjung blog kita



Salam semua,
Dalam berblogwalking sudah tentu kita dapat melihat,kebanyakan blog memasang script widgeo,Hit counters dan yang paling banyak dah tentu feedjit.

Mungkin sesetengah blog yang memasangnya untuk memantau pengunjung blog,melihat seberapa ramai orang yang mengunjungi blog mereka atau sesetengahnya sekadar ikutan,blog lain memasang kita pun ikut memasangnya.

Cara cek blog sama ada menggandungi virus



Salam semua,
nampaknya blog aku dan teksi ni dah lari dari tajuknya,yang mana ia berkisah tentang penggalaman seharian semasa membawa teksi.
Tiada kisah-kisah menarik nak di kongsi bersama kerana aku tak berapa pandai nak mengarangnya.

Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome