//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://mytaxiklia.blogspot.my

Teksi Bermeter,Teksi Berkupon dan Sistem Kaunter


N3 ini aku minum kopi 'O' kaw-kaw dari blog sahabat di putrajaya tentang pengunaan teksi berkupon.
Walaupun berlainan pendapat tetapi kami masih di landasan yang sama,sebagai pemandu teksi.
Bagi ku teksi berkupon,sepatutnya di hapuskan sama sekali kerana kita di wajibkan memakai meter.
Teksi berkupon juga menekan para penguna dan pemandu sekali.Bagi penguna kupon sangat mahal jika di bandingkan dengan pengunaan meter.Bagi pemandu pula,ia di pergunakan oleh pemilik syarikat kaunter untuk mengaut keuntungan dengan mudah kerana 10% pendapatan pemandu akan di potong semasa menukar kupon kepada wang tunai.

Baca seterusnya N3 sahabat yg linknya di sini

Beberapa minggu yang lepas saya bersama beberapa pengusaha teksi berkupon dijemput menghadiri satu mesyuarat di Ibu pejabat LPKP mengenai cadangan LPKP untuk menukar sistem teksi berkupon kepada sistem “kaunter teksi”.

Berdasarkan pemahaman saya dari taklimat yang disampaikan pegawai LPKP, Sistem Kaunter Teksi bermaksud satu pengurusan teksi yang diselenggarakan oleh satu kaunter pengurusan bagi memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan teksi yang lebih murah iaitu dengan menggunakan meter selain mematuhi peraturan yang ditetapkan.

LPKP memaklumkan bahawa sistem teksi berkupon bagi sesetengah destinasi mendapat aduan dari pelanggan kerana terlalu mahal. Walau pun demikian, isu terbesarnya ialah kadar tambang bagi sistem kupon terlalu sukar di gazet kan kerana sukarnya menetapkan garis panduan harga bagi sesuatu destinasi berikutan jarak dan masa perjalanan adalah bergantung pada keadaan jalan raya pada waktu perjalanan tersebut dibuat.

Oleh yang demikian, LPKP mencadangkan sistem kupon ini ditukarkan kepada penggunaan meter sepenuhnya. Kaunter pengurusan dibenarkan pula mengenakan caj sebanyak RM2.00 bagi setiap trip kepada penumpang yang menggunakan teksi di kaunter tersebut.
Harapan LPKP, dengan penggunaan sistem ini, pengguna akan lebih berpuas hati terhadap tambang yang dikenakan kerana ia adalah berdasarkan meter. Di samping itu, LPKP telah pun menggazet kan kadar surcaj RM2.00 ini.

Dari sudut perundangan, kelihatan cadangan baru LPKP ini adalah lebih baik, namun demikian, berdasarkan realiti, timbul beberapa persoalan di fikiran saya yang antaranya;-

Dengan perubahan sistem kupon kepada sistem kaunter teksi dengan surcaj RM2.00 ini;-


Adakah penumpang akan bersetuju untuk membayar surcaj RM2.00 ini sedang mereka masih belum yakin kepada pemandu sama ada mereka akan menggunakan laluan paling dekat?
Adakah penumpang bersetuju bayar RM2.00 walhal mereka masih khuatir kalau-kalau meter teksi yang dinaiki telah diubahsuai menjadi laju?
Apakah pengurusan “kaunter teksi” boleh memastikan pemandu menggunakan laluan meter teksi yang betul selepas menerima bayaran RM2.00 bagi setiap trip tersebut?

Tanpa ingin menyanggah pendapat LPKP, saya berpendapat, buat masa ini, sistem teksi berkupon adalah yang terbaik kerana;-

Penumpang telah mengetahui satu harga yang tetap untuk sampai ke sesuatu destinasi,
Pemandu tidak akan mencari jalan jauh atau berpusing-pusing 2-3 pusingan untuk sampai ke sesuatu destinasi kerana kadar bayaran adalah sama,
Penumpang tidak perlu risau dengan meter roket lagi, dan
Pemandu juga tidak perlu lagi berasa sangsi dengan penumpang yang menganggap mereka menipu walhal hanya sebahagian pemandu yang sedemikian.

Saya akui bahawa sistem terbaik bagi perkhidmatan teksi ini adalah dengan menggunakan meter sepenuhnya. Namun, apakah kita khususnya LPKP dapat menguatkuasakan dengan tegas penggunaan meter ini sehingga 98% pemandu teksi mematuhinya. Jika KPI ini dapat dicapai oleh LPKP atau SPAD yang menggantinya nanti, saya yakin persepsi masyarakat umum dan pelancong kepada perkhidmatan teksi di Malaysia akan berubah.

Jika pengurusan kaunter ini di teruskan apakah pembaca blog Aku dan teksi ini mahu membayar duit PAU sebanyak rm2 kepada syarikat kroni lpkp ini semasa hendak mengunakan perkhidamatan teksi?
Kalau syarikat pengurusan ini di miliki oleh persatuan atau koperasi pemandu teksi,aku sokong sangat kerana keuntungannya nanti akan di agih kepada pemandu balik.Tetapi kebanyakan kaunter ini di miliki oleh kroni-kroni lpkp sahaja.Apa modal  atau perkhidamatan yang mereka berikan kepada penguna dan  pemandu,hanya menyuruh pemandu teksi ini beratur dan meminta rm2 kepada orang ramai yang hendak menaiki teksi.


Cukup senang mencari duit kalau anda  menjadi kroni dan mendapatkan lesen untuk Pau duit orang ramai dan pemandu.


Apa pandangan pelancong ASING tentang perkhidamatan teksi di malaysia ini.Sudah tentu akan  memburukan lagi keadaan, yang sedia ada buruk di mata orang ramai.
Walaupun pengarah LPKP sudah bertukar orang,hal-hal yang sedemikian masih tidak dapat di tangani kerana konsep kroni di utamakan pemandu pi jahanamla.



Sekian dahulu Wasalam:joyiman

Penghargan kepada semua pengikut blog ini

Salam semua shabat
Nak cerita apa aku pun tak tahu,nak cerita tentang pengalaman seharian membawa teksi tiada yang menarik sekadar kisah yang sama sahaja.Nak tulis tentang kena tipu dah biasa kena tipu dengan penumpang,cam hari ini kena tipu lagi,tak banyak pun cuma RM17.40sen,cuma penat hantar dia,redah jem melekat2 lagi ,penat..penat.

Harini nak cerita tentang pengikut blog yang tidak di sangka-sangka,pengikut yang ke 84(tak ramai pun yang suka walau pun dah lama berblog al maklumlah pemandu Teksi)
Sebelum tu nak ucapkan berbanyak2 Terima kasih kepada yang telah sudi follow blog yang ntah apa-apa ntah ni.Penghargan korang semua kepada blog pemandu teksi cam aku ni memang ku hargainya.

Pengikut aku yang ke 84 ni,adalah teman seperjuangan semasa membawa teksi,tetapi di membawa teksi secara sambilan sahaja,perkerjaan sebenarnya adalah seorang Guru dan pakar komputer yang mengajar di kawasan Damansara ini.

Kepada cikgu Lan,Akhirnya jumpa juga blog ini ye...!Harap cikgu JANGAN beri tahu Ustat YA..!
Takut haru biru nanti,kena kutuk pulak ngan ustat..mampos aku...hehe..
Kepada kenkawan aku yang rajin baca blog aku ni,kalau nak negok blog cikgu Lan boleh klik di sini.

Kepada KudopRogon yang nak negok N3 aku,inilah yang sempat pun,ntah apa-apa ntak kan.(link KudopRogon di sini) Cikgu Lan fahamla kot apa makna kudopRogon ni,di org.sana.

Wasalam....

Antara ShoutMix,Cbox dan ShoutBox


Ada pengunjung blog ini merasa hairan,sebab aku selalu sangat menukar ShoutMix ke Cbox kemudian tukar lagi ke ShoutBox.dan tukar lagi dan lagi.

Aku berbuat demiakian untuk mencari di antara kesemuanya yang mana selamat di gunakan.ShoutMix dan Cbox
memang cantik di gunakan berbanding ShoutBox tetapi ShoutBox lebih selamat di gunakan kerana aman sikit dari ganguan.

Berita mengejutkan untuk rakyat malaysia

Berita mengejutkan untuk rakyat malaysia,dengan bebanan kehidupan sekarang,apabila di umumkan kenaikan barang keperluan,maka barang-barang lain juga akan turut naik.Aku bukan blog politik,tetapi memadangkan situasi terkini,aku ulas serba sedikit tentang politik.Jika kerajaan berterusan menekan rakyat,tidak mustahil ia akan menjadi pemeritahan terakhir,kerajaan sekarang kerana kebosanan rakyat melihat situasi yang sentiasa menekan,dalam soal kehidupan masa kini.

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Semua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga barangan tersebut dibuat malam ini.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.
azlan
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome