//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://mytaxiklia.blogspot.my

Perkhidmatan teksi perlu perubahan

Sudah lama aku tak berblog,jenguk pun tidak kerana ke sibukan aku,harini aku cari juga kesempatan untuk ulas serba sedikit tentang tajuk di utusan di muka depan.

Kalau korang ada baca utusan mungkin sudah tahu ceritanya,sehingakan ada laman di FB yang mengutuk pemandu teksi di malaysia,khasnya kat KL ni.Sehingakan wartawan utusan menyamar turun padang,menjenguk para pemandu teksi di KL ni.

Apa yang di tulis adalah cerita-cerita basi bagi ku,tentang cerita teksi di indonesia dan malaysia,sudah ku ceritakan  dahulu,korang boleh cari di sini dan juga di sini Atau klik sini boleh juga cari di label untuk cerita selanjutnya.



BILA mahu pulih? Itu persoalan yang dilemparkan orang ramai apabila bercakap mengenai mutu perkhidmatan teksi di negara ini yang bukan sahaja menimbulkan rungutan dan rintihan warga tempatan malah pelancong asing.
Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kenderaan awam itu, namun ia masih tidak berubah.

Syarikat dan pemandu teksi seperti enggan berubah dan bekerjasama demi meningkatkan mutu perkhidmatan mereka agar setanding dengan negara-negara maju.

Persoalannya tidakkah mereka berasa malu sedangkan negara seperti Indonesia sudah memiliki perkhidmatan teksi kelas pertama dan terbaik, justeru kenapa tidak di negara ini?

Ikuti siasatan wartawan unit khas Utusan Malaysia UMAVATHI RAMAYAH, AZRAI MOHAMMAD, MOHD. AMIRUL AFIQ MASTOR dan ROSALINDA MD. SAID serta jurugambar AMIN FARIJ HASAN dan HAFIZH KHOSMAT terhadap teksi di sekitar Kuala Lumpur sementara wakil Utusan Malaysia di Indonesia, BORHAN ABU SAMAH pula melakukannya di Jakarta.

Hasilnya, terdapat perbezaan ketara bagi perkhidmatan teksi antara kedua-dua bandar raya ini. Di Kuala Lumpur, mutu perkhidmatannya masih rendah berbanding di Jakarta yang cekap dan selesa .Utusan


Sebagai pemandu teksi(perkhidamatan awam) kami tertakluk dengan 5 kementerian.Apa perkerjaan lain di malaysia ini yang tertakluk dengan 5 kementerian? Jawapannya TIADA hanya kami Sahaja sebagai pemandu teksi.Lima kementerian yang menjaga kami tetapi semuanya hampeh....!

Kalau korang kenal wartawan-wartawan tersebut,boleh tak korang kenalkan kat aku supaya aku boleh jawab,mengapa pemandu teksi kat KL ni,tak berubah....

Penjenayah siber Malaysia menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat


Malaysia boleh,yang di tunjukan oleh Lin Mun Poo telah membawa padah,pada dirinya apabila telah menyalahgunakan bakat yang ada padanya,Korang bacala berita hari ini.

NEW YORK 19 NOV : Seorang penjenayah siber Malaysia dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan mencuri hampir setengah juta nombor pemegang kad kredit dan debit, kata pejabat Peguam Negara di New York.

Lin Mun Poo, seorang warga negara Malaysia ditahan 21 Oktober lalu selepas memasuki Amerika Syarikat dihadapkan di mahkamah juri, semalam. Beliau dituduh atas kesalahan menggodam Bank Pusat Amerika di cawangan Cleveland, Ohio dalam beberapa serangan menggodam untuk mencuri lebih 400,000 nombor kad kredit.

Beliau juga didakwa kerana memecah beberapa sistem pertahanan komputer di negara itu.

Poo yang kini dalam tahanan untuk perbicaraan dikatakan amat cemerlang dalam kerjayanya di beberapa institusi kewangan, mengambil kontrak untuk mengukuhkan sistem pertahanan komputer, termasuk menjual dan memperdagangkan maklumat," kata pejabat Peguam Negara Amerika.

Pasukan perkhidmatan perisikan Amerika memberkas Poo yang berusia 32 tahun itu beberapa jam selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York.

"Ejen perisikan merampas komputer bimbit Poo yang mengandungi ribuan data akaun kewangan dan maklumat peribadi yang dipercayai diperolehnya menerusi kegiatan penggodaman," katanya.

Ketua perkhidmatan perisikan Amerika, Brian Parr, berkata antara kegiatan Poo yang dikesan ialah memecah masuk sistem pertahanan kontraktor Pentagon yang 'mengandungi maklumat logistik ketenteraan yang amat sensitif'.- AFP 

AC Mizal :JAWABAN BODOH PASAL GELANG MAGNETIKNYA.

gelang

1) Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000


Apa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.

2) Tiada Lesen Jualan Langsung

Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.

3) Penjualan gelang AC Mizal di gedung Marks & Spencer, London

Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Memang saya ada kata gelang saya dijual di London tetapi dijual kepada orang perseorangan.

4) Testimoni yang ditiru daripada laman web

Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain.

5) Gelaran Datuk

Kenapa ada yang mahu mempertikaikannya? Saya bukan mahu berlagak menggunakan gelaran berkenaan, tetapi sememangnya ia adalah penganugerahan daripada Sultan Pahang. Saya ada dokumen pengurniaan kebesaran dan pingat negeri Pahang oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail.

Proton Inspira yang boleh di pandu uji.

Mengatahui tentang Inspira yang sudah di lancarkan,dan boleh di pandu uji sekarang.
Proton melahirkan Inspira dengan lesen kebenaran MMC. Teknologi dan prestasi Lancer sudah diperakui. Dan paling penting, harganya kini ditawarkan pada harga yang sangat hebat. Malah ia bakal menggegarkan dua segmen sekali gus iaitu segmen enjin 1.8 liter dan 2 liter.

Mitsubishi Motors Co. (MMC) di Jepun melarang perubahan dilakukan ke atas enjin dan sistem gantungan. Namun jurutera Proton berjaya menyakinkan mereka bahawa perubahan yang dilakukan bukan untuk merosakkan Lancer, sebaliknya meningkatkan pengalaman pemanduan. Proton mengadakan beberapa sesi demonstrasi khusus untuk jurutera MMC yang secara ringkasnya dirumuskan 'menyesuaikan sistem gantungan dengan permukaan jalan di Malaysia yang memiliki ciri-ciri tersendiri seperti jalan beralun, bertampal-tampal ,berlubang sana sini dan tidak licin'.Sehingga jurutera MMC Jepun memberi kelulusan kepada perubahan (setelah berkeras sekian lama) sistem gantungan.

Prestasi bagi enjin 2 liter Inspira tidak jauh berbeza daripada Lancer. Bagi varian 1.8 liter (yang tidak dijual oleh Mitsubishi di Malaysia), ia menggunakan enjin diperbuat daripada aluminium keseluruhannya iaitu Global Engine Manufacturing Alliance yang dibangunkan bersama antara MMC dengan Chrysler dan Hyundai.

Kuasa maksimumnya ialah sekitar 143 ps/177 Nm manakala varian 2 liter Lancer yang dijual di Malaysia menjana 155 ps/199 Nm.

Jika ada yang masih sinikal mengenai Proton Inspira yang dicemuh kerana 'menceduk' dari Mitsubishi Lancer,  "mengapa tidak?''. Jika anda boleh menerima Perodua Myvi, anda harus bersedia menerima Proton Inspira. Mudah saja.



proton


proton1

proton2

proton3

proton4

proton5

proton6

proton7

proton8

proton9

proton11

proton12

proton13

AC Mizal:Kaki Penipu Dakwa Seorang Blogger

AC Mizal
Seorang Blogger telah mendedahkan siri penipuan ini terhadap AC Mizal
Blog aididmuaddib menyiarkan siri artikel yang mempertikaikan keberkesanan gelang magnetik yang dijual oleh ACK. Malah blog itu mendakwa artis AC Mizal menipu orang ramai dengan menjual gelang yang tidak terbukti dari segi saintifik dan hanya bergantung pada testimoni yang boleh direka-reka dan diplagiat daripada laman sesawang syarikat antarabangsa.

Pendedahan demi pendedahan disiarkan oleh pemilik blog untuk membuktikan muslihat di balik penjualan gelang itu termasuklah dari segi kajian saintifik, kes penipuan gelang magnetik di luar negara, kes saman awam terhadap pemilik syarikat di luar negara, penipuan testimoni yang diplagiat daripada laman web syarikat lain, pendedahan fungsi sebenar logam yang digunakan untuk membuat gelang ini, dan pelbagai pendedahan lain.

Korang baca seterusnya kat SINI

Wanita dan sangul

tudung

sangul

renungan



jilbab
Ini yang di katakan berpakaian tetapi telanjang,sebab
menampakan bentuk tubuh

Ini adalah kesalahan yang terjadi pada banyak wanita yang memakai jilbab, dimana mereka mengumpulkan rambut-rambut mereka di belakang kepala mereka sehingga menonjol dari belakang kepalanya seandainya mereka memakai jilbab di atasnya.

Dan diantara syarat-syarat tersebut adalah pakaian mereka tidak membentuk bagian tubuh atau sesuatu dari tubuh wanita tersebut, oleh kerana itu tidak boleh bagi seorang wanita menggelung rambutnya dibelakang kepalanya atau disampingnya yang akan menonjol seperti itu, sehingga tampaklah bagi penglihatan orang walaupun tanpa sengaja bahwa itu adalah rambut yang lebat atau pendek. Maka wajib untuk mengurainya dan tidak menumpuknya.

Ujudnya Malaysia sudah di rancang

user posted image
Kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis kata nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.. perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON!



kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.. semasa perletakan batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University.. USA panggil dia "specialist on nationalism in Asia" mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON nih..

user posted image
Di fitnah bangsa sendiri sehinga keluar umno
                                                    
aku rasa macam nak menangis je bila jumpa benda ni semasa aku cari mengenai sejarah sebenar penubuhan negara MALAYSIA dan INDONESIA, ia bermula ketika aku berasa amat hairan kenapa FILIPINA suatu ketika dahulu pernah nak klaim nama MALAYSIA, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dulu dulu nama MALAYSIA.

rupa-rupanya perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan "merdeka", dan yang amat jelas ialahkertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University

dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.... kuat betul perisik CIA nih
"Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."

Dato Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation(UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan


Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:


Motosikal 100% buatan tempatan akan di lancarkan

Minggu lepas ketika turun dari genting,sesudah menghantar penumpang ku,berdekatan tokong cina yang selekohnya tajam dan curam tetiba Zzaarrr sebelah kanan ku,,,Heh..apa tu...dan Zzaarrr sebelah kiri pulak..Ehh...mamat ni tak sayang Nyawa betulah.

Dua orang mamat rempit yang tak sayang Nyawa,telah memintas teksiku dengan kelajuan tinggi lebih kurang 100perkilometer.Apalagi tercabarlah aku,dengan berfikir 10kali akhirnya aku nekat mengejar mereka,dengan pengalaman bermain Drifthing di gelangang,kurasa selekoh sebegini tidak menjadi masaalah buat ku.Tapi ni teksi bukan kereta Drift...ahh lantaklah...kejarrr.( jangan tiru kalau anda tiada pengalaman pasti masuk gaung/jurang)
Teksi yang ku pandu ketika mengejar mereka
                                      
Akhirnya setelah bertarung aku dapat memintas mereka tapi...Apa...ni...moto..apa...ni...!!
Moto ni tiada di dalam pasaran lagi..Ahh...jangan lepaskan peluang ini ambik gambar dulu...

Setelah sampai di chek poin(pondok polis bantuan buat pemerikasaan)Aku pun menahan mereka untuk bertanya moto apakah yang mereka bawa tu.

"moto ni masih prototaip lagi(dalam pembinaan) cuma nak uji motoni aje"
Itulah yang mereka katakan ketika ku bertanya.

Setelah bertanya lebih kurang,moto ini bercirikan:
1.Menjimatkan tenaga,kerana mengunakan kuasa gravty
2.100% mengunakan bahan tempatan
3.100%juga pereka tempatan
4.kuasa pecutan mengikut kuasa gravty sesuatu tempat
Dan banyak lagi ciri-ciri yang menarik.

Sekarang aku dah jadi ejen mereka bagi kawasan tengah,Kl/Selangor/Perak/N.sembilan dan Melaka
Sesiapa yang ingin menempahnya bagi kawasan tengah boleh Hubungi aku:
di alamat Blog ini,e-mail ada di atas,no fon belum lagi sebab pejabat ku tengah di ubah suai.
Ingin Melihat model-model tersebut boleh Klik Di Sini

Wasalam,
              Tinggalkan lah komen tentang moto ini,mana tahu pengeluar boleh ubah suai dengan komen anda itu.
Ahh..ubah suai lagi..latar belakang gambar teksi ..la pulak.
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome