//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://mytaxiklia.blogspot.my

Orang umno dan dangdut

                                                       

Semasa jalan-jalan membawa teksi di dalam googel untuk mencari pot parking untuk menunaikan kewajipan kepada sang pencipta aku terhalang oleh Blog ini sebentar.Mari kita lihat apa yang ada di dalam blog ini .lydiausm72.blogspot

Ooooo...cerita orang umno pergi dangdut rupanya.....

                                                       
 Mari ikut cerita aku ini..............      
                                        
Sepanjang pengalaman aku membawa teksi,saban tahun perkara sebagini sudah menjadi lumrah kehidupan perwakilan umno.Lihat sahaja kelab dangdut yang bersepah kat Chokit tu,pasti penuh saban malam dengan perwakilan umno semasa persidangan umno.Kadang-kadang aku naik menyampah  membawa mereka untuk mencari kelab-kelab dandut ini
                                                       
Berada di dalam dangdut dah tentu kita akan minum,takan kita akan minum kopi O kot,mana ada jual,kat kedai mamak adalah,kita kena minum yang ini.....
                                                     

                                                 

Ini di ketahui ketika mengambil mereka pulang ke hotel penginapan,bau mulut masing-masing tuhan sahaja yang tahu,kalau minum kopi O takan mulut bau macam ni dan mabuk ya tak...

Tapi kalau dah berdangdut apatah lagi dangdut yang estrem di tambah dengan mabuk-mabuk sikit badan akan jadi macam ni.........    
                                                
                                                
                                                
                                                
Bila badan dah jadi macam ni mereka akan menjadi lelaki paling romantik sekali di dalam dunia,sudah tentu mereka akan mencari puteri umno(GRO) untuk memujuk rayu...(walau di dalam teksi mereka akan memujuk rayu GRO yang tujuan asal hanya hendak menghantar mereka balik sahaja)

                                               
Ada sesetengahnya si puteri termakan pujukan lalu mengikut si pemimpin pembela bangsa dan ugama ini ke hotel penginapan.Di dalam hotel apa terjadi aku pun tak tahu,kalau dalam teksi aku taula....tapi takan kucing nak tengok aje ikan mengelitik di depan mata....

Mungkin ada pertarungan silat cakaran harimau berlaku.......hanya Allah sahaja yang tahu.....dan mereka-mereka itu.
                                                
Setelah melihat ini baru kita tahu,bahawa memang ada pertarungan cakaran harimau telah berlaku....
                                                
                                                
                                                
                                                
                                                
                                               

                                               
Hek.... heh......yang satu ini tidak ada kena mengena dalam ini cerita....asal kau sesat kat sini...he..he.....
Subahhannaallaah....tergamak mereka- mereka itu membuang bayi........

Tapi sekarang,pemuda harapan bangsa dan pejuang ugama dengan sang puteri tidak perlu risau sebab kita ada menteri yang bertangung jawab......
                                          
                                               
Ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah membuka sekolah termangandung untuk sang puteri yang mengandung tanpa sengaja.
                                                 
Tahun hadapan kalau di panjangkan umur dan saya masih lagi membawa teksi,kita boleh ulangi lagi cerita yang sama,kerana inilah ceritanya selama saya membawa teksi sejak berbelas tahun dahulu.

Wassaalam,renungkanlah bersama wahai pemuda pejuang bangsa dan pembela ugama bersama sang puteri benteng pertahanan negara,haruskah kita ulangi lagi cerita yang sama saban tahun?

Online checking untuk mengatauhi saman


Asalammualaikom...semua..
Hari ahad kebiasaanya aku memang cuti untuk bersama keluarga.
Jadi malam tadi,selepas jenjalan kerumah kenkawan yang datang melawat sini,aku pun sambung balik edit blog aku sampai kul 3 pagi.Akhirnya inilah hasilnya,walaupun aku tak puashati lagi untuk bahagian footernya,tapi cukuplah dah tak larat.

Bagi aku kepuasan dalam berbloging adalah berjaya membuat templet sendiri,tapi aku tak tahu dapat bertahan sampai bila.Bagi yang pernah mengikut aku dari mula sudah tentu tahu,sudah banyak kali aku merubah bentuk tamplet ini.

Bagi latarbelakang Aku pinjam dari blog ini. Hai..!NeidIyra  jangan marah ya..

Ok..lah..Baik aku sambung entri tentang kisah moto yang ku janjikan....Alamak...takjadilah....Ni kisah aku semalam,hendak sambung lesen yang sudah tamat tempoh tapi ada samanla pulak...

Mana aku nak cekau duit ni.....tapi aku terpernah kena saman pun...ni pasti kes tembak belakang kerana memandu laju ni....saman ekor la ..ni...

Jadi kepada kenkawan yang di hormati janganlah jadi cam aku...nak perhidup lesen tak boleh kerana saman.kalau ada duit simpan takpe la juga kalau takde cam mana...

Jadi kepada kenkawan yang lesen di dah nak kojol dalam sebulan lagi tu, Cek lah kat JPJ mana tau ada saman.Korang boleh Cek saman secara online checking.Kepada yang malas tu klik je di sini Link Cek saman JPJ



Waasaallam,..kenkawan aku kena keluar ni nak cari duit saman.

Berburu traffic dengan mudah


Selepas jumaat tadi dan hari pun mula merintik,aku jadi malas hendak keluar membawa teksi,bolehlah aku update blog ini,apatah lagi semalam aku terjumpa satu blog yang cantik hiasanya,apalagi aku masuk blog tersebut untuk melihat kod css nya.(tak kan korang tak tau trik nak ceroboh blog orang lain...ini tidak di galakan) Aku ambil bahagian sidebar dan ku edit sikit untuk kesesuaian blog ini.

Ingat hari ini hendak posting cerita moto yang ku snap gambarnya tapi malas pula nak muat naik gambar dari camera ku.

Tentang aku dan Blog ini

Sebagai seorang pemandu teksi,banyak waktu ku  habiskan di jalan raya dan bertemu dengan berbagai ragam kehidupan manusia.Jadi aku tidak dapat hendak update blog ini selalu.Aku pulang kerumah dalam jam 8malam,dalam pukul10 hingga12 malam baru aku mengadap monitor ini,selalunya aku akan menggunjugi sahabat yang meningalkan jejak di blog ini,melihat-lihat cerita yang menarik.

Kebiasaanku mengunjungi blog yang meningalkan jejak di blog ini dengan mengelidah setiap inci blog tersebut.Aku tidak suka,pergi ke sesebuah blog,tinggalkan jejak dan berlalu,tanpa melihat entri2yang terdahulu.

Mungkin ada sesuatu yang berguna untuk di jadikan pedoman kehidupan di dalam sesebuah blog itu kalau kita rajin menggelongkarnya.

Ada sesetengah shabat blog hanya memburu traffic di blog masing-masing dengan pergi keseberapa banyak blog untuk meningalkan jejak tanpa membaca entrinya..Bagiku cara begitu tidak akan dapat traffic yang banyak mungkin dalam 100 ke 200 shaja.

Sebenarnya ada satu trik yang boleh menambah traffic sehingga ribuan orang memasuki blog kita yang pernah ku gunakan dahulu,skg.aku tidak mengunakanya lagi

Aku juga tidak mengunakan blog sebagai sumber pendapatan,berapa sangatlah duit iklan yang boleh dapat kalau 00.005 sen setiap klik,itupun kalau ada yang sudi nak klik.

Ini sahaja posting ringkas kali ini,akan datang mungkin posting yang gempak sikit kerana tadi dapat snap gambar prototaip moto 100% ciptaan anak tempatan yang jimat minyak 100 km 00.00 liter minyak.

Tip ketika mengunakan perkhdimatan teksi

.



Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah menerima 1,232 aduan terhadap pemandu-pemandu teksi di sekitar Lembah Klang, Johor, Selangor dan Pulau Pinang dari bulan Januari hingga November tahun 2009. Daripada jumlah itu, 493 telah dikompaun, 294 diberi amaran, satu digantung permit, 320 masih disiasat manakala 124 dibebaskan kerana tiada kes. Permintaan tambang berlebihan, keengganan mengambil penumpang, tidak menggunakan meter dan enggan memberi resit serta menurunkan penumpang di kawasan larangan merupakan aduan yang paling banyak terhadap pemandu teksi dalam kaji selidik ketidakpuasan pelancong yang datang ke Malaysia.

Namun begitu, terdapat satu lagi kesalahan yang mungkin tidak disedari oleh pengguna. Pernahkah pemandu teksi bertanya sama ada anda mengetahui atau tidak jalan ke destinasi yang anda ingin pergi? Sekiranya pernah, adakah anda sedar bahawa soalan ini berkemungkinan juga adalah salah satu taktik penipuan? Pemandu teksi akan menggunakan jalan yang lebih jauh ke destinasi kerana penumpang tidak mengetahui perkara tersebut. Tidak ramai pengguna yang menyedari mengenai perkara ini. Pemandu teksi telah menggunakan penumpang untuk mendapatkan wang bayaran yang lebih tinggi.

Pengguna perlu bijak merancang perjalanan untuk mengelakkan ditipu oleh pemandu-pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab ini. Terdapat beberapa panduan yang boleh digunakan oleh pengguna sebelum menggunakan perkhidmatan teksi.

Kenal pasti jalan yang ingin dilalui dan jumlah tambang

Seperti mana anda merancang perjalanan, anda juga boleh mengenal pasti jalan yang ingin anda lalui. Anda boleh bertanyakan pekerja di hotel tempat anda menginap, orang tempatan, pegawai polis peronda, pekerja-pekerja pengkhidmatan penghantaran makanan atau pun posmen. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai jumlah tambang yang sepatutnya dengan menghubungi persatuan-persatuan teksi negeri.

Bawa peta, pensil dan kamera.

Sekiranya anda baru kali pertama pergi ke destinasi tersebut, anda boleh mencatatkan jalan yang digunakan oleh pemandu teksi sebagai rujukan dan langkah berjaga-jaga. Mengambil gambar mercu tanda juga adalah langkah yang bijak untuk memudahkan anda mengingati jalan yang anda lalui.

Sediakan wang kecil secukupnya

Tidak memiliki wang baki adalah salah satu alasan yang sering digunakan oleh pemandu teksi   Sekiranya anda membayar tambang dengan wang secukupnya, anda telah melindungi diri anda daripada pemandu-pemandu teksi yang suka mengambil kesempatan ini..Penumpang juga harus ingat pemandu teksi tidak akan membawa wang yang banyak

Pilih teksi yang menggunakan meter

Segelintir pemandu teksi yang degil masih enggan menggunakan meter dan mengenakan bayaran sesuka hati. Anda perlu bertanyakan kepada pemandu sama ada teksi tersebut menggunakan perkhidmatan meter atau tidak terutamanya apabila anda kali pertama tiba ditempat tersebut.

Bincang harga terlebih dahulu

Sekiranya kawasan tersebut memang tiada perkhidmatan teksi bermeter, pastikan anda berbincang dan mendapatkan harga yang bersesuaian sebelum menaiki teksi. Elakkan bertanya harga tambang setelah anda tiba ke destinasi.

Simpan resit

Resit diperlukan sebagai tuntutan dan sebagai bukti sekiranya berlaku kesalahan. Pastikan anda memeriksa semula resit anda pada penyata bulanan sekiranya anda membayar menggunakan kad kredit.

Pilih untuk duduk di kerusi penumpang belakang

Rompakan dan pencabulan kadang kala boleh berlaku tanpa kita duga. Memilih untuk duduk di kerusi penumpang bahagian belakang adalah pilihan yang bijak terutamanya sekiranya anda adalah penumpang wanita dan bersendirian. Anda berpeluang untuk melindungi diri daripada tindakan yang tidak diingini oleh pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.

Keluar apabila keadaan meragukan

Sewaktu membuat perjanjian, sekiranya pemandu teksi tidak bersetuju dengan bayaran yang sepatutnya dan meminta anda membayar lebih, segera keluar daripada teksi tersebut dan cari teksi lain. Anda sentiasa memiliki hak untuk membuat pilihan. Perhatikan meter ketika dalam perjalanan, dan sekiranya meter bergerak terlalu pantas dan meragukan, beranikan diri anda untuk meminta pemandu teksi berhenti dan anda perlu segera keluar dari teksi tersebut. Pemandu teksi tersebut berkemungkinan telah mengubah suai meter untuk menipu penumpang.

PROSEDUR ADUAN

Aduan tentang perkhidmatan teksi boleh dikemukakan dengan cara menulis, telefon, faks, ataupun melalui e-mel dan disertakan dengan nama dan alamat lengkap pengadu. Dokumen-dokumen sokongan harus disertakan sekiranya ada untuk membuktikan kesahihan seperti resit, invois pembelian pakej, jadual lawatan (itinerary) dan sebagainya.

MAKLUMAT DIPERLUKAN

Sila pastikan maklumat penting berikut disertakan dalam aduan anda:
• Nama penuh Pengadu dan Nombor Kad Pengenalan
• Nama Pemandu
• Tarikh Aduan
• Maklumat Aduan
• Maklumat saksi selain anda yang boleh dihubungi

Proton Inspira akan di lancarkan




Proton Inspira...Model hasil perkongsian bijak Proton dan Mitsubishi Motors Corp.(MMC) itu akan dilancarkan pada 10 November depan. Harga di pasaran bagi model terbaru ini antara RM79,888 hingga RM95,000.

Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad (Proton) bakal melancarkan wajah baru bagi Waja pada November ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, wajah baru Waja adalah hasil kerjasama dengan Mitsubishi Motor .

“Pada masa ini, model baru Waja berkenaan sudah di peringkat pandu uji dan dijangka akan menarik lebih ramai pembeli,” katanya.

Menurutnya, model berkenaan juga hasil daripada maklum balas pelanggan yang menggunakan Waja sebelum ini.
“Pada masa ini, model 
“Kita lihat mereka mahu sesuatu lebih daripada Waja yang sedia ada dan model itu didatangkan dengan enjin baru serta semua peralatan baru, jadi pelanggan harus menunggu ianya dilancarkan secara rasmi akhir tahun ini,” katanya.

Ditanya mengenai harga bagi model berkenaan, Syed Zainal Abidin berkata, harganya melebihi harga Waja sedia ada.

“Namun ianya berbaloi kerana pengguna akan dapat menikmati sepenuhnya harga berkenaan dengan memilikinya,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Proton di Shah Alam, semalam.

Selain itu, Syed Zainal Abidin berkata, Proton kini dalam proses membangunkan kenderaan hybric dan elektrik.

“Bersesuaian dengan standard persekitaran di pasaran kenderaan global, kenderaan ini mempunyai potensi besar untuk menjadi peneraju di negara Asia Selatan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata, bagi tahun kewangan 2009/2010 yang berakhir pada 31 Mac lalu, sebanyak 26 peratus peningkatan menjadikannya RM8226.9 juta berbanding tahun sebelumnya RM6518.7 juta.

“Kejayaan berkenaan disokong oleh beberapa faktor antaranya pemulihan ekonomi, peningkatan jualan kenderaan tiga model utama iaitu Saga, Persona dan Exora, margin keuntungan yang lebih baik dan sebagainya,” katanya.

Gen2 dan Satria Neo yang Mengecewakan

                                
Yang mengecewakan kita sekarang sudah tahun 2010 lebih kurang 6 tahun sudah berlalu dan baru dapat kesan kerosakan 

Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd Proton menganggap langkahnya memanggil semula model Gen2 dan Satria Neo ekoran kerosakan bahagian komponen sebagai satu tindakan positif, dengan menyatakan ia tidak akan memberi kesan buruk kepada prestasi syarikat.


Pemilik model yang terlibat boleh menghubungi mana-mana pusat servis sah Proton bagi pemeriksaan percuma, dan semua kos buruh dan alat-alat ganti berkaitan dengan penggantian clock spring adalah percuma.


Bentuk 'clock spring' baru kenderaan Gen2 dan Satria Neo. 
                                            

Proton pada Khamis lalu membuat panggilan semula suka rela kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan antara 2004 dan 2008 berikutan kerosakan clock spring yang mencetuskan potensi kebimbangan keselamatan.

Clock spring itu menghubungkan suis dan beg udara kepada radio, hon dan kawalan kruis.

Panggilan sukarela itu, sebahagian daripada program Jaminan Kualiti Global syarikat, melibatkan 15,911 unit kereta di seluruh dunia (dua peratus) daripada 660,000 kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh empat tahun berkenaan.

Sejumlah 5,836 kereta di Malaysia terdiri daripada 4,128 Gen.2 1.6 A/T H-Line dan 1,708 Satria Neo 1.6 A/T Hi-Line disediakan dengan fungsi kruis auto.

Semua 22 negara yang terlibat telah dimaklumkan secara rasmi dan bahagian-bahagian telah dihantar bagi tindakan panggilan semula itu Setakat ini, kira-kira dua juta kereta terdiri daripada pelbagai model Proton berada di atas jalan raya.

Proton melancarkan tiga kereta konsep siri EMAS

2010/10/02
PARIS: Proton Holdings Bhd menjangkakan memuktamadkan perbincangan dengan beberapa syarikat pengeluar kereta dunia dalam merealisasikan pengeluaran besar-besaran kereta kompak globalnya, EMAS, hujung tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata pihaknya masih dalam perbincangan dengan beberapa syarikat pengeluar kereta dari Jepun dan Eropah dalam kerjasama dari segi enjin dan platform untuk EMAS.

"Keputusan dalam merealisasikan pengeluaran EMAS secara besar-besaran akan dibuat pada hujung tahun ini," katanya kepada wartawan Malaysia ketika ditemui pada Paris Mororshow 2010, di sini, hari ini.

Pada Mac lalu, Proton melancarkan tiga kereta konsep siri EMAS pada pameran Kereta Antarabangsa Geneva ke-80 sempena sambutan jubli peraknya tahun ini.
Siri EMAS, akronim bagi "Eco Mobility Advance Solution", merupakan usaha sama Proton dengan Lotus dan firma reka bentuk Itali, Italdesign Giugiaro.



Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome