//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://mytaxiklia.blogspot.my

pemandu teksi dan Pak arab

Tidak lama lagi musim cuti bagi orang-orang dari timur tengah kerana waktu itu cuaca di negara mereka akan naik sedikit.

Bagi orang-orang yang berduit semestinya mereka akan keluar negara bagi menghabiskan cuti musim panas mereka.Maka akan bertebaran orang arab ini keseluruh dunia termasuklah malaysia.

Ramai yang berharap,dengan kedatangan pelancong pak arab ini dapat membawa keuntungan,termasuklah pemandu teksi.

Pemandu teksi kaki sembelih pasti tersenyum memikirkan keuntunggan yang di perolehi.Kepada pemandu baru pasti akan belajar cara-cara nak sembelih juga.Pasti banyak juga aduan-aduan yang di terima oleh LPKP.Surat khbar juga pasti akan menyiarkan berita tentang salah laku pemandu teksi ini.

Persoalannya di sini,salahkah perbuataan pemandu teksi menggambil sedikit kesempatan tersebut?

Bukankah, perbuatan pemandu teksi begini dapat menolong kerajaan dari segi sosial ekonomi,menambah pendapatan kerajaan.
Bukankah ini juga tujuaan kerajaan,supaya pak arab ini berbelanja semahunya di malaysia,supaya pengaliran wang tunai dapat membaik pulih ekonomi malaysia yang sememangnya tenat kini.

Jadi salahkah, perbuatan pemandu teksi yang tidak menggunakan meter?
Bukankah di sini kita ada akhad jual beli.
Bukankah pemandu teksi,tidak ada potonggan KWSP untuk hari tua,tidak ada bunos tahunan,biarlah ini menjadi bunos kepada pemandu teksi.

Kepada yang mengatakaan salah, perbuatan pemandu teksi begini, ya ia memang salah sebab tiada lesen/sijil untuk menyembelih pak arab ini.

Bagai mana pula denggan orang-orang yang di beri lesen/sijil untuk menyembelih pak arab ini,bukankah mereka ini sudah kaya raya.

Datanlah ke KL di waktu pak arab tenggah ramai,carilah hotel kalau ada yang murah,pasti harganya berganda.Carilah restoran kunjunggan pak arab ini pasti harganya naik juga.Pergilah ke pusat pelanconggan seperti taman burung,taman rama-rama,menara kuala lumpur dan banyak lagi pasti harganya juga telah di naikkan.Tiket kapal terbang juga di naikan.

Kenapa hal sebegini tidak di hebokkan,di senyapkan.Kemana wartawan akhbar pergi,kenapa berita begini tidak di tulis,kenapa kesalahan pemandu teksi orang nampak,kenapa kesalahan orang-orang yang sememangnya kaya begini di halalkan.

Pemandu teksi dan LPKP

klik besarkan
Inilah bentuk sticker yang di wajibkan oleh pihak LPKP untuk di gantung di dalam setiap teksi bandaraya kuala lumpur.Sekali pandang ia hanyalah satu risalah yang menyenaraikan tentang kesalahan seseorang pemandu teksi.Sekiranya anda perhati betul-betul pastinya anda akan gelengkan kepala,kerana ia mengandungi tata bahasa yang salah.

Bagiku ini hanyalah sampah dari halimah untuk menggotorkan teksi.Sekiranya seorang pejuang bahasa atau pakar bahasa seperti orang-orang di dewan bahasa melihatnya pasti akan ketawa besar.Cuba anda baca tajuknya bukankah bertulis:-LAPORKAN ADUAN ANDA SEKIRANYA TEKSI DAN PEMANDU MELANGGAR PERATURAN-PERATURAN BERIKUT
1.Mempamerkan kad pemandu di dasboard kenderaan.
2.Berkelakuan baik dan beradab....dan seterusnya.
Bukankah seseorang pemandu itu bersalah sekiranya ia mempamerkan kad pemandu,berkelakuan baik dan beradab.Jadi anda harus membuat aduan ke pihak LPKP dengan segera jika anda menaiki teksi yang pemandunya baik dan beradab.

Di sticker itu juga ada tertulis:-Tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit atau sebarang alat komunikasi melainkan peralatan yang tidak menggunakan tangan.


Jadi bagai mana seseorang pemandu teksi hendak menggunakan peralatan radio yang di pasang di kebanyakan teksi kat KLni.Apakah seseorang pemandu harus menggunakan kakinya untuk mengendalikan radio call tersebut.Aku sarankan si halimah dan seluruh kakitanggan LPKPnya turun padang untuk menggajar pemandu teksi cara-cara menggendalikan radio menggunakan kaki
Dan lagi yang tertulis:-Tidak membawa penumpang berlebihan.
                                     
                                        .Teksi Bajet: 6 orang termasuk pemandu




Bukankah di dalam geran dan permit teksi tertulis 5 orang termasuk pemandu.
Di ruang memberi maklumat sebelah kanan juga ada tertulis:-Surat boleh dijalankan ke:
Apakah ini tata bahasa malaysia,aku rasa tidak,ini tata bahasa indonesia
Jadi apakah sticker tersebut di tiru dari pihak indonesia,aku rasa mungkin,sebab kita jauh ke tinggalan di belakang indonesia.Apa yang kita mendahului indonesia hanyalah bangunan KLCC.Indonsesia tidak membuat bangunan setinggi itu sebab mereka berada di zone gempa bumi.




P/s sekali sekala pergilah bercuti kat jakarta.                                                       

kisah palestin

Palestin sebuah negara yang menjadi tumpuan dunia,gara-gara perbuatan zionis merampas kapal mv rachel corrie untuk misi kemanusian di atas nama freedom flotilla.

Bangsa palestin adalah satu bangsa yang terpilih,kerana keimanan mereka tetap utuh walau berbagai ujian di turunkan keatas mereka.

Bangsa yahudi adalah satu bangsa yang keji dan pembunuh nabi.
Mereka memiliki kepintaran,kerana mereka keturunan pemakan,makanan dari syurga.Semua yang berlaku ini sudah tertulis,maka tidak ada mana-mana  negara yang dapat menghancurkan regim zionis ini  Apa yang dapat kita lakukan hanya berdoa saha

Sekarang adalah zaman pegumpulan orang yahudi seluruh dunia
 untuk mendiami israel.Pengumpulan bangsa yahudi ini juga mengambil masa bertahun-tahun lamanya.

Apabila semuanya sudah berada disatu tempat maka senanglah
 untuk menghapuskan mereka dari muka bumi ini.

                                                        
 Hanya bangsa palestin sahaja yang akan menghapuskan orang-orang yahudi ini berbekalkan batu-batu sahaja bukanya senjata senjata canggih sebagai mana di miliki orang yahudi ini.

Apa bila perkara begini berlaku maka kita berada di penghujun zaman.


p/s ini adalah cerita tuanpuya teksi ku,seorang ustat.Kini dia berada di jordan hanya untuk mencari kitab-kitab lama yang masih banyak di sana.

kisah teksi

Kisah pemandu teksi yg merogol pelajar masih hot di perkatakan,ia membuat ramai pengguna takut untuk menaiki teksi.

Kisah-kisahku yg lalu ada memberitahu tentang pentingnya keseragaman warna dan,keseragaman jenis kenderaan supaya peyamar yg belagak sebagai pemandu teksi dapat di hindarkan.

Di luar sana sebenarnya masih banyak lagi teksi-teksi piang ini.(di pangil teksi piang sebab ia teksi pendua)

Aku sedikitpun tidak terkejut dengan berita tersebut,kerana bagiku kedua-duanya bersalah.Pemandu tersebut hanya mengambil kesempatan sahaja.

Sebenarnya ingin menjadi pemandu teksi,ia memerlukan satu kekuatan,bukan kekuatan tenaga tapi kekuatan mental.Kekuatan mental di perlukan untuk menghadapi berbagai-bagai kerenah baik di jalanan mahupun penumpang.

Kerenah anak-anak ikan sebegini sebenarnya lumrah kehidupan di ibukota ini.Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi megejar hiburan.Apabila lobang sudah pecah dan tidak dapat di tutup lagi maka repot polis akan di buat.

Banyak godaan wanita terhadap pemandu teksi,hanya keimanan menjadi benteng pertahanan.
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome