//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://www.taxiklia.net

Teksi di negara jiran tertanga kita.

Mari kita berkongsi gambar teksi-teksi di negara jiran tertanga kita.


                                           TEKSI SINGAPURA
                                                        
                                       Kat KL teksi begini pun ada,tapi jangan terkejut
                                        buka pintu shj metar sudah rm6 belum jln. lagi.
                                       kalau sudah jln faham2lah.





          
         Teksi di singapura kelihatan mewah jika di bandingkan dengan teksi kita.Mengunakan kereta yg besar dan selesa.

                                                  
                                                   TEKSI THAILAND




      Di thailan mereka juga mengunakan kereta yg luas di dalamnya.Kereta jenama terkenal seluruh dunia.




                                                 teksi indon




 Di indon yg kita sangkakan mundur,teksi mereka lebih cangih jika di bandingkan dengan kita.Proton malaysia pernah menghantar sebanyak 2000 buah kereta wira untuk di jadikan teksi ke indonesia di mana penghantaran tersebut telah di canang di dalam akhbar2 dan TV.Apa terjadi dengan kereta2 tersebut?
Pihak indonesia telah rejeck kereta2 tersebut sebab tidak sesuai di jadikan teksi (ketahanan dan keselamatan takde) tapi di malaysia,lihatlah...



                                                      teksi filipina

    Di filipina mereka juga mengunakan kereta berjenama terkenal,kerana sudah teruji keselamatanya.




                                             teksi kemboja(cambodia)

  Lihatlah di kemboja juga teksi mereka lebih cangih,jika di bandingkan dengan malaysia.




                                            TEKSI MYANMAR(BURMA)
                                       Layakah ini di pangil teksi.        


     Tapi di burma, teksi mereka amat meyedihkan,tidak dapat di luahkan dengan kata2 hanya gambar jadi renugan bersama.



                                             TEKSI IRAN



    Di iranlanatullah (fahaman syiah yg terpesong dari ajaran islam sebenar di haramkan kat malaysia)
walaupun mereka megamalkan ajaran syiah,tapi aku rasa,perempuan lebih selamat semasa menaiki teksi.
Pemandu teksi perempuan hanya mengambil penumpang perempuan shj,begitu juga dengan lelaki.
Sekiranya arahan ini tidak di patuhi mereka akan di hukum(penumpang dan pemandu).


Aku lebih meminati teksi-teksi di mexico,kalau di malaysia membenarkanya,aku ingin menjadi orang pertama memilikinya.

                                            TEKSI MEXICO
                                         cantik dan menawan



                                          hijau putih nampak cantik,
                                         
                                   jika di bandingkan dengan malaysia macam-macam warna.
             
   P/s    kalau pakatan rakyat memerintah mungkin begini waran teksi kat KL.

Politik kita terasa panas

Akhir-akhir ini politik kita terasa panas kerana kita akan mengundi di hulu selangor dan sibu.Aku ada juga megajukan soalan ini kepada penumpang ku,apa yg aku perolehi mereka semua sudah jemu ,muak dengan politik kita.

Aku pun rasa macam tu juga,sepatutnya selepas pilihan raya ,kerajaan tumpukan kepada pembanguan 1malaysia.Ini tidak asik cerita bab politik je,mana tak jemu.

Ia umpama lauk yg dah basi,untuk di hidangkan kepada orang ramai,cuma di perhangatkan aje.
Kami semua sudah muak,jemu,sekali sekala nak termuntah dengan lauk-lauk yg basi ni.

Di pihak pakatan rakyat lauk-laukni cuba di perhangat,mana tau boleh makan lagi.Di pihak kerajaan,terus di bagi aje lauk-lauk basini untuk di hidang kan.Kami orang ramai,usah kata nak makan,buka tudung saji je terus nak termuntah dengan hidangan tersebut.

Kami perlukan lauk yg segar,baru di masak untuk di makan,bukannya lauk-lauk basi tersebut.Orang politik terus berpolitik tampa menghidangkan lauk-lauk yang baru.Merika terasa megah,rakus dan sedap memakan lauk-lauk basi tersebut.

P/S faham-fahamlah masaalah rakyat sebelum rakyat memahamkanya.

penipu

Kisah pemandu teksi kena tipu jarang di dengar,melainkan di kalangan pemandu teksi shj.Ini kisah yg akan aku ceritakan kali ini.

Hari ini dlm pukul 11pagi,aku pusing2 kat area apartmen yg dok kat cerun  bukit yg curam berhampiran bukit lanjan,2x dok naik turun bukit sorang pun takde yg nak naik teksi buruk aku,.Awek2 ramailah dok tunggu bas pekerja sampai,dlm syok cuci mata,adala macik dok jln kat bawah sana,aku pun pergi tanya mak cik yg pakai baju labuh sambil mendengar ayat2 suci kat handphone dia "nak kemana cik" "tmn.tun" ok."Tmn.tun nak turun mana" tanyaku semasa perjalanan, "kat petronas nak cucuk duit"balasnya.

Kami pun berbual2,rupanya sini rumah anak bujang dia,meyewa dengan kawan2nya.Setelah nak dekat sampai dia pun bersuara "kita gi banklah,kat petronas tu duit tak banyak" aku pun pusing balik menghala ke bank,"lepas ambik duit hantar mak cik,ke pekeliling boleh nak balik termerloh,tu yg nak ambik duit banyak ni" aku ok je,megenangkan masukkkk.....

Lebih kurang2,3minit dia pun keluar,sambil tergelak keriangan semasa memasuki teksi ku dan berkata "riang sunguh harini,kerana umur mak cik 55th pegawai bank tu tolong uruskan cepat sungguh" aku temenug sebentar,sambil hati ku berkata2 'betul ke mak cikni,tah2 aku terbawa orang sasau'(korang percaya ke,megeluarkan duit 2,3ribu dari bank mengambil masa 2,3minit je) kemudian dia megajak ku makan,minum di restoran berhampiran,namun aku tidak mahu kerana ingin menamatkan sandiwara ini dengan segera,aku terus menghala ke pekeliling.

Aku harus meguji mak cik ini dengan kepakaranku yg kupelajari selama ini.Aku teruskan perbualan dengan mak cik ini,dan mendapat jawapannya,sah aku akan terkena kalau tidak berhati2.Kemudian mak cik ingin menukar haluan pula "ke the mall" katanya,aku menganguk sambil menghala ke the mall,mak cik ini mahu menukar haluan lagi "ke KLCC" aku tidak mahu kerana aku akan terkena kalau megikut kehendaknya.Kini ia mahu ke ampang point pula dan aku berkeras sedikit,tetap the mall.

Akhirnya ia megalah dan hendak di turunkan di hotel tepi pwtc tu.Aku meminta bayaran dan dia membayarnya,kemudian memasuki hotel tersebut dengan selamba je,seolah2 itu pekara biasa baginya.

{kepada pemandu2 teksi yg membaca blog aku,awas akan ada seorang mak cik penipu terakhir akan menipu korang kalau tidak berhati2}

TIP:melalui perbualan kita seharian kita boleh megatauhi perwatakan/peribadi seseorang.
       kita juga boleh megesan seseorang itu berbohong/menipu atau tidak.
     
    Kepada pembaca blog aku,yg ingin megatauhi caranya boleh hubungi aku di blog ini.

gitar

Selepas jumaat tadi aku jadi malas hendak keluar,kenapa sikap malas tetiba datang melanda aku pun tak tahu,mungkin megenangkan setiap hari jumaat jln jem teruk,apatah lagi kalau hujan,alamatnya bersidanglah ahli parliman di kedai kopi,macam-macam topik keluar,dari pada aku bersidang kat kedai,baik aku mengadap coumputer buruk akuni.

Apa ceta hendak tulis aku pun tak tahu,sebab mingguni tiada yg menarik tentang tugas seharianku.Aku akan tulis tentang pengalaman lalu,kepada yg rajin baca blog ini,dan megikutnya,mungkin dapat sedikit info ketika menaiki teksi.

Ada blog2 yangku layari menceritakan kisah metar teksi yg laju,lebih mahal dari kebiasaan.Mereka sebenarnya telah menaiki teksi rocket namanya.

Di awal pembabitan aku didalam kerjaya ini, sekitar tahun 1997,aku rajin bercampur dengan otai2 kerana ingin berguru mennambah pengalaman bagaimanakah selokbelok tipu muslihat seorang pemandu teksi sehinga aku menjadi seorang yg pro.kata orang la!!



Tentang teksi rocket,ialah bila metar teksi bergerak terlalu pantas menyebabkan harga menjadi mahal.
Untuk membuatnya amat telalu mudah hata orang ramai sekali pun,kalau melihatnya.Tapi ia berfungsi kepada metar berjenama PIC buatan taiwan,(gambar yg aku paparkan di atas)kalau jenama lain ia kurang menjadi.Untu membuatnya hanya memerlukan seutas wayar shj,kebiasan wayar phone kerana ia tunggal tak berserabut.Apa yg perlu di buat,hujung wayar tadi di sambungkan kepada soket meter teksi dan hujung satu lagi di gesekan kepada body kereta,itu shj maka meter bergerak mengikut sebanyak mana kita mengeseknya.Tempat2 yang selalu hendak di gesekan kepada body hanya ada 3 tempat shj untuk teksi iswara kerana ia mudah di capai tangan.Ia selalu di gesekan dekat besi kerusi pemandu sebelah kanan(kebanyakan pemandu meletakanya di sini) dekat kunci kereta dan di dalam getah pelindung gear.

Pemanduan orang yg mempunyai gitar ini(istilah pemandu kerana mengeseknya umpama kita memetik gitar)sentiasa berhemah tidak laju tidak perlahan sopan santun gitu!!!umpama orang yg baik sambil megena,memetik gitar mendendangkan lagu2cinta membuat penumpang terlena dan terkena.Ia banyak di gunakan pemandu2 indon.( hijooo)

Bagi aku yg pro ini, itu permainan budak2yg baru nak belajar kerana ada yg lebih estrem/canggih lagi(intilah pemandu toyol) kerana memerlukan pengatauhan,di pasang oleh pekerja2 kedai meter dan di kenakan bayaran dari rm60 -rm100.((aku semasa bruntal/bujang dahulu banyak menghasilkanya.Ya!!Allah ampunkanlah dosa-dosaku dahulu kerana aku banyak membuat dosa)) Untuk membuatnya kita memerlukan satu relly lampu, mentol kecil ,sebatang eletrott,wayer dan yg penting suis yg kecil.
Suis2 ini selalunya di letakan di bawah pedal klush supaya senang kita memijaknya tidak memerlukan tangan untuk mengesek hanya tekan suis shj.Suis ini boleh di letakan di mana shj megikut kesesuaian pemandu,seperti brek,hujung brek tangan,tombol kepala gear,suis wipper,lampu,hon dan sebagainya.

Pemanduan,kena buat kelamkabut sikit,sekali suis di tekan boleh naik banyak,supaya penumpang tidak memberi perhatian kepada meter,membuat kelamkabut itu bergantung kepada creative pemandu tersebut,seperti tak tahu tempat,terlajak simpang dan sebagainya.Banyak di gunakan oleh apek,maca dan pro.segala jenis meter buatan taiwan boleh di gunakan.Made in italy shj tidak boleh.

Satu lagi adalah dengan ajust meter supaya cepat dengan kilomete dan masa sebagai contoh sekarang jarak 115meter dan21 saat baru naik 10sen kita pendekan jadi 90meter dan 15saat naik 10sen.Pengunaan ini di buat di kedai meter.Semua orang akan terkena kerana ia kekal.nak pi puspokom baru ajust balik kat kedai meter.ia banyak di gunakan oleh siin.nuun.laam.alif

Itulah aku dahulu bukan sekarang.kerana rezeki yg tidak berkat walaupun banyak duit membuat kita tidak tenang,resah gelisah,panas baran dan sebagainya.kini kehidupan aku lebih tenang aman dan aku tabah menghadapi apa jua balasan di atas dosa2ku yg lalu, semoga Allah ampunkan aku!! AMINN!!!
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome