//]]> //]]> //]]>

Sila masukkan alamat email jika ingin Artikel terkini dihantar terus ke email anda:

qrcode

Sekiranya artikel-artikel di blog ini berguna,Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain,gunakan facebook,twitter atau google plus.
dari

admin blog:

joyiman

teksi
TAXI SERVICE 24 Hours From:
KUALA LUMPUR,AMPANG,
GOMBAK,SELAYANG,RAWANG,
KEPONG,SG BULUH
PETALING JAYA, DAMANSARA
SUBANG JAYA, SHAH ALAM.
TO
KLIA Airport & Outstation
email to :
taxiklia@yahoo.com.my
with big luggages and credit card accept
http://mytaxiklia.blogspot.my

rocket

Setelah bercuti panjang,kerana menyambut kelahiran anaku yg ke tiga,aku baru mula berkerja minggu ini.
Langkahku bermula dengan baik bila dapat penumpang ke subang jaya.rezekiku memang tertulis kat area sini sahaja harini,asik-asik s.jaya, u.s.j bilala nak dapat penumpang balik ke tempatku kat damansarani....

Di sini banyak penumpang tak mahu mengunakan meter,mereka lebih suka mengunakan meter mulut shj.
Kat area subang 15 aku di tahan seorang perempuan india warga malysia nak ke usj 19 "berapa ke usj19"
aku menjawap 'saya ikut meter tak tahula berapa" "kalau ikut metar saya tak mahu" aku terpaku sebentar,kalau yang ini pun tak mahu mengunakan meter yg sememangnya mereka terkenal dengan kedekut,maku aku tahu jawapnya.

Kat area sini telah di kongker teksi dari syarikat kepunyan seorang dato,yang asalnya seorang pemandu teksi kaki sembelih juga,kale teksinya biru dibawah putih di atas.Satu lagi syarikat yg kale hijoo(kata orang jawa).

Pemandu2 teksi di sini telah mengajar penduduk di sini siapa mereka sebenarnya.Mereka kebanyakanya pemandu impot dari dua negeri yg berbeza.Satu kumpulan ialah orang awak(indon minang) dan satu lagi datang dari negeri di bawah bayu(sabahan).mereka memang ganas pemanduan mereka juga ganas dan sanggup melakukan apa shj janji dapat duit.

Pot mereka kat sunway piramet dan sekitar subang 15,satu lagi kumpulan yang konker kawasan kondo sekitar sini adalah geng maca.Pemandu teksi warga malaysia macam aku di angap orang luar,jangan kacau kawasan nanti kena hambat.Kalau nak penumpang pergi beratur kat sunway piramet kerana di situ ada di sediakan tempat untuk potong/sembelih penumpang yang di berikan lesen oleh LPKP dan JPJ(teksi berkopun di mana syarikat jual kertas bercetak boleh untung riban2 satu hari tampa usha ,siapa yang bodoh dlm hal ini lu fikirlah sendiri.......)

            [aku akan memberi jawapan kenapa ada setengah orang tidak mahu mengunakan meter bila naik teksi kerana melibatkan banyak pihak dari menteri sampai ke orang ramai dan juga akan membuka PEKONG DI DADA bagi sesetengah persatuan terutama kat kawasan khlid samad nun.itu hari orang kuat persatuan ada kuar surat khbar megatakan mereka guna meter orang luar yg datang tak mahu guna meter chit..!! podah..!! dah tua dah kitani cakap yg betul apa salahnya.]

Di tipu MB

Kisah pemandu teksi di tipu penumpang,tidak pernah keluar dimana-mana akbhar.Bagi kami sebagai pemandu teksi,di tipu penumpang adalah perkara biasa sahaja,kerana tiada tempat hendak megadu.
Bagi penumpang di tipu pemandu teksi perkara luar bisa,kerana akan kecoh di dada-dada akbhar.
Malah banyak tempat untuk megadu,di belakang teksi pun ada no lpkp untuk membuat aduan,bagi kami sebagai pemandu teksi bagai mana?(maka nangis tak berlagulah jawabnya)
                     
Pemandu teksi di tipu oleh MB(menteri besar) bagai mana,tentu cerita sangat...luar bisa.
Itulah pengalaman aku yang pernah di tipu oleh seorang MB yang di sanjung orang ramai.
Sejak itu pandangan politikku berubah 100% dari meyokong kepada membangkang,MAKA BUDAK-BUDAK SEMUA KELUAR BARISAN MASUK BULATAN.
                                        
Penipuan ini berlaku semasa MB selangor baru menjawat jawatan tersebut,dan tertubuhlah persatuan teksi di sahah alam yang penaungnya MB.Persatuan akan mendapatkan sebuah teksi dan permit di atas nama pemandu, yang membuatkan ratusan pemandu mengigau siang malam.,pemandu mana yang taknak kalau dapat permit sendiri.

Aku di ajak seorang kawan untuk memasuki persatuan tersebut,yang pada mulanya ditolak olehku.Disaat akhir aku berubah fikiran setelah di pujuk kawan-kawan yang telah mengaangotai persatuan tersebut.Sayarat-sayarat permohonan untuk mendapatkan permit,setiap ahli harus membayar sebanyak rm1000.00,ketika itu aku tidak mempunyai rm sebanyak itu.

Atas simpati kawan-kawan sejatiku,yang ingin kami berubah bersama-sama,telah memperkenalkan aku dengan seorang ah-long.Dengan duit itulah,aku mendaftar menjadi ahli dengan harapan setinggi KLCC untuk mendapatkan permit sendiri.

Di hari pelancaran maka datanglah menteri peyapu,untuk merasmikan persatuan dan sebuah model teksi shah alam baru, sebuah kenari yang kecik molek.(orang shah alam kecik-kecik tapi rumah besar-besar)Berbangalah aku kerana dapat duduk didalam teksi tersebut. dengan pemandunya seorang MB.
Tampa di sedari,agenda sebenar hanyalah untuk menyapu duit-duit pemandu teksi(nak buat istana kena pakai duit banyak)hanya beberapa orang sahaja yg mendapat permit tersebut.(bleh tanya orang shah alam berapa bijik teksi kenari yg ada kat sana).

tentang aku,dahla kena tipu hutang ngan oh-long lagi.   kes naya....
           kepada YB,kalau nak tipu pun,tipula bank,banyak duit
                      kalau tipu kami,undi kami merobah segalanya.
                          HIDUP SELANGOR.

kedutaan amerika dilanda ketakutan

Cerita ini berlaku kepada kawanku semalam,tentang ketakutan pihak kedutaan amerika di jalan Tun razak.Kawanku mengalami kerosakan teksinya berdekatan kedutaan amerika apabila kabel culhtnya putus.

Setelah kawanku memberhentikan teksinya,dan keluar untuk memeriksa apa yang rosak,datang pengawal pihak kedutaan bertanyakan kenapa kawanku memberhentikan teksinya di situ.Kawanku menerangkannya kenapa ia memberhentikan di situ.Setelah penerangan di berikan,mereka pun masuk semula ke kedutaan dan kawanku memangil seorang lagi kawanku(pomen)supaya membantu.

Lebihkurang 15minit menunggu,pengawal kedutaan datang lagi kerana ingin memeriksa teksi kawanku.
Kawanku membenarkan mereka memeriksanya,setelah berpuashati kerana tiada apa-apa BOOM yang di jumpai mereka pun masuk semula.10minit kemudian,mereka kembali semula kerana ingin mengambil butiranperibadi kawanku seperti nama,no fon,alamat dan alamat syarikat teksi.

Setelah pomen sampai dan sedang membaiki kerosakan,keluar pula ketua pengawal(di ketauhi melalui pakaian yg penuh dengan paku-paku tak termasuk paku payung)dan pegikutnya,mengambil gambar-gambar kawanku dan teksinya.

Kawanku berkata kepada ketua pengawal "tak perlu semua ini bang,kita kat malaysia bukan indon atau pakistan yg nak letup,guna boom kereta"Ketua pengawal menjawap dengan berbisik takut di dengar melalui rakaman CCTV "apa boleh buat,saya tahu semua tu,tapi yg didalam sana dah huru-hara jadinya"

Itulah kisah kawanku semalam,yang di ceritakan semasa kami makan malam bersama,
    (apabila kita membuat salah,maka kita akan sentiasa ketakutan walau dengan bayang-bayang sendiri)

Aku dan teksi

Petang tadi semasa melalui jalan berhampiran KTM sg.buluh aku ditahan perempuan indon,setelah membuka pintu ,di pun bertanya "boleh pergi RRI" jawap ku "boleh".dalam perjalanan aku bertanya,kenapa tak mengambil teksi yg banyak menunggu tadi.teksi tu tak pakai meter jawabnya."berapa diorang mintak"tanyaku.selalunya dalam rm20 ke rm30 dia menjawab.lumayan sekali kerana meter teksi ku hanya menunjukan rm10 shj.setelah sampai kat RRI

.Ini contoh yg tidak patut pemandu teksi kenakan,kerana jalan yg luas tak jem dan bukan jauh kedalam.(dari sana aku mendapat penumpang lagi).Lainlah kalau penumpang hendak ke pasar bangla kat kg.baru tu,bolehlah cas sikit,kerana ia jauh kedalam,jln.yg sempit ,berlopak-lopak pulak tu.[pasar bangla=kerana terlalu ramai orang bangla,seolah-olah kita berada di negeri bangladesh.mereka berkerja di kilang, yg banyak kat kg.baru tu.status banyak kilang haram.]

Sebagai pemandu teksi yg berpegalaman,sebenarnya ada tempat-tempat dan orang-orang tertentu yang  tidak boleh mengunakan metar.kalau mengunakan juga,maka pemandu itu akan terima akibatnya.

Saya memberi beberapa contom sahaja,seperti pak arab(pelancong timur tengah itupun bukan semua tengok dari negeri mana di datang)kalau, sekeluarga 8orang seboleh-boleh akan di sumbat semua kedalam teksi kita, macam iklan milo tu.kesian teksi iswara kita yg kecik molek tu,tak macam teksi kat negeri diorang besar-besar belaka.Harga kita kena bincang dahulu,kalau tidak di akan bagi tambang yg di datang tadi,seperti rm5 di datang dari jalan P.ramli ke KLCC dan balik pun di nak bagi harga yg sama.Ini tidak adil(kata s.kadarisman)kerana dari KLCC ke jln.P.ramli kita akan mengambil jln.yang jauh maklumlah KLni banyak jln,sehala.jadi meter tidak sama semasa di datang tadi.((boleh bertanyakan kepada ramai pemandu teksi.ada setengah tu tak mahu ambil langsung pak arab ni kerana banyak kerenah.=banyak songel)) Pak menteri(pinjam kata indon kerana ramai indon bawa teksi) bukan tahu semua ini.Diorang bukan bawa teksi,termasuk pengarah LPKP si halimah tu.Tes tengok bawak teksi,silap-silap jadi kaki sembelih macam puak-puak kat KLCC tu.Bagi aku hanya si mat noh omar je yang faham,tu pun tak lama kena tukar jadi menteri lain.(sebab ayah di bawa teksi).

Lagi satu,mat-mat dan minah saleh ni, kalau waktu tengah malam,kena letak harga.kalau guna metar juga, diorang akan bayar apa yg tertera kat meter, kan kes nanya.Sebabnya hanya malaysia dan singapura sahaja ada exstra cas tengah malam.kat negeri  diorang mana ada cas sebegini.Duit tip adalah.

Banyak lagi aku nak tulis, tapi tak larat mengantuk.......sambong lain kalilah.wasalam.

Kerenah birokarsi jabatan agama islam malaysia

Hari ini selepas aku menghantar seorang minah hitam untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya kat area kepong(sempat juga aku melihat majlis tersebut) naik pula seorang saudara baru(muallaf) berasal dari kuching sarawak.

Dalam perjalanan kami berbual tentang ketidakpuashatinya dengan jabatan agama islam malaysia.
Beliau tidak puashati dengan kerenah birokarsi jabatan tersebut,tentang membantu saudara baru.bukan wang ringgit yg di tagih tetapi tentang bagai mana hendak mempelajari selok belok agama islam.

Pertanyaan di mana hendak belajar mengaji, sollat di jawab dengan kata-kata hinaan dan kejiaan dari pegawai yg bertugas dengan kata-kata "kalau taktahu nak sembahyang,baca quran masuk islam buat apa,pergi belajar dulu baru datang sini,susahkan orang shj"begitulah penghinan yg di terimanya.

Apa tugas pegawai tersebut?apa peranan jakim dalam soal begini?Di manakah tempat hendak belajar membaca quran,sembahyang dan sebagainya bagi orang-orang sebegini?aku yg pusing satu KL selama 12tahun pun tidak tahu,apakah tempat sebegini ujud di kl ini?

Kita selalu melaungkan malaysia negara islam,silap sikit berdemo sana sini,sebenarnya HAMPEHH!!!

Lihat pendakwah kristian di malaysia, berdakwah dalam diam ,makin lama berkembang ajaran kristian.contohnya pusat dalisis(mencuci darah bagi pesakit buah pinggang) di kota damansara yg dimiliki pertubuhan kristian, hanya megenakan beberapa ringgit shj.kepada yg tidak mampu.

Aku pernah beberapa kali mengambil dan menghantar penumpang melayu islam yg tidak berkemampuan menjalankan rawatan di hospital,di pusat ini.mereka berkata di sini layanan sangat baik dan memuaskan di bandingkan dengan hospital.

Aku sangat pasti,di samping layanan yg baik mesti ada ajaran mereka yg di sogokkan.

Apakah jabatan agama islam malaysia ada tanggungjawap sosial sebegini untuk orang-orang islam yg tidak berkemampuan?

tambang

Kalau kita tengok kat TV,suratkhabar dan dengar radio,berbagai-bagai sungutan orang ramai tentang isu tambang teksi.Teksi cekik darah,teksi tak guna meterlah dan berbagai lagi.

Berbagai kempin di jalankan,banyak tindakan telah di ambil.tetapi bendani masih lagi kedengaran,tak pernahnya surut malah semakin menjadi-jadi.

Siapakah yang bersalah tentang hal ini?

Penumpang,pemandu,kementerian lpkp atau pemimpin.(menteri)
tepuk dada tanya selera dan tunding kepada sesiapa sahaja.

1.Penumpang yg bersalah,sebabnya menaiki juga teksi yg tidak mengunakan metar.penumpang juga yg selalu bertanya berapa harga kalau pergi ke sesuatu tempat.itulah pantang pemandu teksi,kalau penumpang bertanyakan harga termasuklah aku, pasti akan aku kenakan harga.jadi beritahu sahaja lokasi yg ingin di tuju contoh@boleh pergi 1utama?kalau boleh naik sahaja, kalau tak boleh tunggu teksi lain habis cerita.

2.Pemandu yg bersalah kerana mengambil kesempatan megenakan tambang lebih kepada yg memerlukan teksi.

3.Kementerian LPKP,kerana memberi terlalu banyak permit teksi kepada pihak syarikat,di mana mereka megenakan sewa harian yg tinggi dan tempoh tunggakan yg pendek contoh@rm50 tunggakan 2minggu jika terlewat teksi akan di tarik maka hangus deposit rm5000.Pihak syarikat juga mengambil sesiapa sahaja pemandu meraka kerana saingan dari syarikat yg lain,hasalkan teksi mereka ada pemandu daripada terbiar tampa pemandu dan deposit.janji masukkk...
Oleh itu maka separuh pemandu teksi di KL adalah warga asing mereka warga indon,bangla dan pakistan.Harap maklum kepada penumpang semua.mereka inilah yg banyak melakukan onar di kalangan pemandu teksi, hingga pemandu teksi mendapat nama yg buruk di mata awam.
Pihak LPKP juga ada memberikan permit kepada mereka,sehinggakan mereka naik tocang.Aku yg memohon banyak kali pun tak dapat sebab tak masukkkk........

4.Pemimpin(menteri) kerana banyak membolot permit-permit yg di keluarkan.kemudian mereka akan memajakan (ali bin baba) permit kepada pihak syarikat untuk mendapat untung atas angin sahaja(masuk riban-riban tiap bulan).kalau permit di berikan kepada pihak individu mereka akan takut untuk melakukan kesalahan kerana takut di tarik balik.banyak permit pihak syarikat di tarik balik oleh pihak LPKP kerana kesalahan pemandu tetapi di pulangkan semula kepada syarikat kerana itu permit ana yg punyaaaa...


kesimpulanya: untuk menyekat salah laku pemandu teksi hanya dengan memberi permit individu shj.jika amalan sekarang masih di amalkan maka sungutan orang ramai akan berterusan,dimana pihak syarikat memeras pemandu teksi dan pemandu akan memeras penumpang pula.untuk hidup bebbb... jika tidak teksi kena tarik.wasalam harap maklum.

pemandu teksi sentiasa terdedah dengan berbagai bahaya

Sekarang masih lagi di awal bulan maka duit-duit bernilai besar masih banyak di tangan kita.Kalau hujung bulan maka duit seringit-seringit yg tingal di dalam poket.

Aku ingin memberitahu kepada semua orang,kalau mengunakan pengankutan awam sediakanlah duit kecik dengan secukupnya.

Hari ini lima penumpang aku,hulur not rm50,mana nak cari duit tukar.malah aku yg kena marah kerana tidak meyediakan duit kecik.Perlu di ingat kami pemandu teksi tidak meyediakan duit kecik kerana seribu kemungkinan.

Kalau bawak duit banyak-banyak takut dirompak,jadi siapa yg susah...aku juga!!

Begitulah nasib kawan aku pada malam minggu lepas,lesap rm500 kerana di rompak dekat sungai way.orang indon yg rompak dari percakapanya.

Begitulah kami pemandu teksi sentiasa terdedah dengan berbagai bahaya,itu belum di campur dengan kaki pau berlesen seperti polis,jpj,lpkp.

Jadi kepada sesiapa yg ingin menaiki teksi di harap,sediakanlah duit kecik dengan secukupnya.
Aku Dan Teksi © Template Design by joyiman | Publisher : Free Templates for blog| © Best View With Google Chrome